Senarai Kedai Telah Dibuka di KTCC Mall Terengganu


KTCC Mall Terengganu dibuka! Yey! Betapa rindunya perasaan nak shopping sambil pusing-pusing dalam mall macam yang selalu saya buat masa tinggal di Puchong dulu. Bila pindah ke Terengganu, aktiviti pusing-pusing mall dah terhenti sebab di sini takda mall selain Mydin dan Giant sahaja. Jadi bila KTCC Mall Terengganu dah dibuka, ini adalah berita gembira bagi kami!


Disebabkan tak sabar nak shopping dalam KTCC Mall, jadi kami tak lepaskan peluang sertai proses soft launch pembukaannya pada 24 Januari 2020 yang lalu walaupun hakikatnya pada masa tersebut kami baru je lepas pulang dari hiking di Bukit Besar. Kebetulan masa kami sampai, tarian naga sedang dipersembahkan di hadapan supermarket Pacific yang terdapat di dalam KTCC Mall Terengganu tersebut.

KTCC Mall Terengganu

Lihat persembahan lion dance, nikmati makanan percuma serta bawa pulang goodies adalah aktiviti kami buat semasa soft launch tersebut berlangsung. Turut tak lepaskan peluang, kami menambah stok bahan mentah apabila lihat tawaran harga rendah yang ditawarkan pada sesetengah produk di Pacific, amat berbaloi dibeli. Walaubagaimanapun, tidak banyak lagi kedai yang dibuka pada masa itu.


Senarai Kedai yang Telah di Buka di KTCC Mall Terengganu


Kini, kebanyakan kedai telah dibuka di dalam KTCC Mall. Malahan tempat parkir kenderaan semasa cuti hujung minggu juga sesak walaupun tidak 100% kedai beroperasi sepenuhnya. Medan selera yang terletak di tingkat 3 bangunan KTCC Mall juga telah dibuka untuk pelanggan yang ingin menjamu selera. Jadi setelah empat kali ke KTCC Mall sejak pertama kali ianya dibuka, saya senaraikan antara kedai yang telah beroperasi di sana supaya senang dijadikan rujukan.


1. Pasaraya Pacific
2. Harold's Bread
3. Kitea
4. Chatime
5. Tealive
6. Uwalk
7. DIY Accessories
8. New Market
9. Simply Famous Perfume
10. OPPO
11. Kedai Jam Kwang Ming
12. Xing Fu Tang
13. Fitness Concept
14. Oasis
15. Butik Pakaian Naeema
16. 7 Specs
17. Skechers
18. Super Jimat by The Store
19. Cool Blog
20. Scholl
21. Hanzo
22. Dan's Outlet
23. KFC
24. Pizza Hut
25. Ayam Penyet AP
26. Mr Dakgalbi
27. Vern's
28. Jefferson
29. Spiffy
30. YES
31. Eureka
32. Habib Jewel
33. Takoyaki and Tart
34. Kickers
35. Money Changer KNS
36. High Cultured
37. Drum
38. Lazo Diamond
39. Swatch
40. MU Optic


Ini adalah antara senarai kedai yang telah dibuka dalam KTCC Mall Terengganu tapi mungkin ada yang saya terlepas pandang. Antara kedai yang sangat-sangat saya tunggu pembukaannya adalah Starbucks dan cinema. Dah lama tak minum Starbucks ni, mengidam oi :D

Senarai Kedai yang Telah Dibuka di KTCC Mall Terengganu

Buat masa ini, saya sempat buat spek mata pertama saya di 7 Specs, makan popcorn super sedap di Eureka (banyak pilihan flavour, semua sedap!), cuci mata di Skechers (btw mereka ada buat stock clearance pada harga RM170 untuk kasut. Tak banyak pilihan tapi kualiti macam biasa, tak mengecewakan), beli brown sugar milk tea Chatime, beli sling beg kakak di Oasis dan beli kasut kakak dan adik di Spiffy.


Selain itu, suami sempat cuci mata di kedai jam Swatch dan Kwang Ming, tak lupa juga beli bahan mentah di Pacific. So next, kita tunggu pula kedai apa bakal beroperasi seterusnya dalam KTCC Mall Terengganu dan semoga Starbucks cepat buka di sini okeh. Saya tak sabar nak cuba okinawa latte dan caramel macchiato.


Senarai kedai yang telah dibuka di KTCC Mall ini tentulah akan berubah dari masa ke semasa. Jadi untuk dapatkan info terbaru mengenai senarai kedai yang telah beroperasi, boleh layari laman media sosial KTCC Mall di facebook ya.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. terbaek.. bertambah tempat shopping. hehehe

    BalasPadam
  2. Hari tu lalu masa cuti CNY tak banyak lagi kedai bukak. Ke sebab tak masuk dalam? Paling excited part Starbuck n cinema jugak. Boleh la midnight dengan adik-adik lepas ni. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, selama ni asyik pi LFS je kalau nak tengok wayang. Takde choice nak pi tempat lain, sekarang boleh la nak berjimba selalu..

      Padam
  3. Balasan
    1. Mai Hana..maiiii! Akak ajak ni tau..cepat sikit datang..

      Padam
    2. Ok! nanti Hana turun via helicopter depan rumah akak ya... jangan lupa sedia red carpet tau! hahaha *alahh gurau jee :P

      Padam
  4. yayy lepas ni dah tau nak p mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bilanya nak sampai Terengganu tu Ray? Hahah..

      Padam
  5. Balasan
    1. Akak tak makan lagi kat kfc kat situ, baru pi pizza dan kenny rogers. Rasanya next nak try texas chicken la, baru buka aritu..

      Padam