Tempat Hiking di Bukit Maras Terengganu


Tempat Hiking Bukit Maras Terengganu | Kalau sebelum ini tempat hiking kami kebiasaannya di Bukit Besar, tapi kali ini suami ajak saya dan anak-anak hiking di Bukit Maras Terengganu pula. Katanya, pemandangan di puncak bukit Maras lebih cantik dan menyegarkan. Tak cakap banyak, tentulah saya setuju untuk hiking di bukit yang pernah jadi lokasi terkenal aktiviti paragliding Terengganu suatu ketika dulu ini.


Btw kalau awak nak cari bukit cantik untuk hiking, cubalah ke Bukit Jelutong yang terletak di Kuala Berang. Cuba tengok gambar kami di sini ---> Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu.


Ada tiga laluan boleh dilalui sekiranya hiking di Bukit Maras Terengganu. Samada nak melalui jalan tanah merah atau jalan denai. Jalan tanah merah jaraknya lebih dekat iaitu 1.8km daripada puncak manakala dua laluan denai yang ada jaraknya lebih jauh iaitu 3.3km dan 5.8km masing-masing.

First Time Hiking di Bukit Maras Terengganu

Pada trip pertama hiking di Bukit Maras Terengganu ini kami pilih untuk menggunakan jalan tanah merah kerana lokasinya lebih dekat dengan puncak dan kurang memenatkan. Berketinggian 329 meter dari paras laut, lokasi Bukit Maras terletak dalam daerah Kuala Nerus dan mengambil masa anggaran 30 minit pemanduan dari bandar Kuala Terengganu untuk sampai ke lokasi.


Awal pendakian lagi saya dah mula kehairanan bila tengok kebanyakan pendaki yang dalam perjalanan menuruni bukit akan berlari sambil melompat-lompat. Tak risau tergelincir ke? Lagipun bahaya berlari turun bukit sambil terlompat-lompat. Tapi akhirnya saya dapat jawapan kenapa mereka terlompat-lompat begitu.

Hiking di Bukit Maras Terengganu


Meskipun trek jalan tanah merah disediakan tapi perkara yang paling mencabar semasa hiking di Bukit Maras Terengganu ini adalah pasir halus yang terdapat di sepanjang trek laluan. Cuba bayangkan apa akan jadi jika saya turun daripada bukit tinggi dengan kehadiran pasir-pasir halus yang ada di atas trek laluan sepanjang perjalanan. Tapak kasut tak dapat mencengkam tanah dan boleh akibatkan pendaki tergelincir jatuh ke bawah.


Itulah sebabnya kenapa pendaki yang menuruni bukit terutamanya remaja lelaki berlari-lari anak sambil melompat-lompat sepanjang perjalanan turun. Saya juga turut melompat-lompat semasa turun di sesetengah tempat tapi nasib baik masih pandai cover, kalau ada orang lalu automatiknya saya berjalan secara sopan santun dan lemah gemalai lah :P

First Time Hiking di Bukit Maras Terengganu

Berbeza dengan Bukit Besar yang kebiasaannya kami akan habiskan masa selama dua jam sahaja, di Bukit Maras Terengganu kami menghabiskan masa selama tiga jam untuk mendaki bukit, menikmati pemandangan puncak dan turun kembali ke bawah. Tentu sahaja kepenatan terutama sekali bila melalui proses pendakian di kawasan berpasir halus tapi kepenatan terubat sebaik saja kami sampai di puncak Bukit Maras.


Di puncak bukit, terdapat beberapa buah gerai kecil yang menjual makanan segera seperti jajan dan keropok dibuka. Minuman sejuk juga boleh dibeli di gerai ini. Kami tak lepaskan peluang bergambar di  puncak bukit serta mengalas perut dengan makanan segera setelah penat mendaki. Semoga keindahan alam ini akan terus terpelihara dan buat pendaki, jangan lupa buang sampah di tempat yang sepatutnya ya.

First Time Hiking di Bukit Maras Terengganu

Angin perbukitan yang bertiup lembut ditambah pemandangan indah sekitar daerah Kuala Nerus dari puncak Bukit Maras Terengganu membuat kami terleka seketika menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Bayu sejuk yang menyapa juga seolah membisik kata untuk terus meluangkan masa berada di puncak sehingga tidak sedar awan biru sedang mengumpul kepungan air untuk diturunkan ke bumi.

Hiking di Bukit Maras Terengganu

Sebaik titisan air mengenai kami, baru tersedar yang kami sekarang sedang berada di puncak bukit! Macammana nak turun ke bawah dengan keadaan bukit basah dan berpasir nanti? Nasib baiklah ada Menara Tinjau Bukit Maras yang boleh dijadikan tempat berteduh sementara menanti hujan berhenti. Walaubagaimanapun kami tak berteduh lama di menara tinjau kerana ingin cepat turun ke bawah kerana perut dah mula berkeroncong.


Dalam hujan rintik-rintik, kami menuruni puncak Bukit Maras Terengganu secara berhati-hati dan perlahan. Mujurlah hujan hanya sekejap, selepas 5 minit perjalanan hujan mulai berhenti dan langit kembali cerah. Jadi kami teruskan perjalanan menuruni dengan gaya tersendiri, berlari anak sambil melompat-lompat seperti sekumpulan kera yang sedang bergembira :P

Hiking di Bukit Maras Terengganu

Seronok rasanya bila pengalaman pertama kali hiking di tempat baru iaitu Bukit Maras Terengganu berjalan lancar. Meskipun kepenatan masing-masing gembira dengan pengalaman hiking di sini. In shaa Allah jika berkesempatan lagi, kami tentu akan kembali menjejak Bukit Maras Terengganu untuk aktiviti hiking yang seterusnya.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Bestnya hiking. Dah lama Nurul tak hiking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru je start hiking gara-gara dah resign ni. Kalau tak, sebelum ni tak pernah hiking pun wak..

      Padam
  2. bestnya..tak pernah g hiking lagi ni. cabaran tu bawa anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 rasa payah sikit bawak budak2. Lama2 dah terbiasa pulak, pelik kalau diorang takde hiking sama2 :D

      Padam
  3. Balasan
    1. Aah, sejuk je kat atas tu..tapi sebelum sampai jenuhla dulu berjalan..

      Padam
  4. Subhanallah cantiknya pemandangan 😍

    BalasPadam
  5. Cantik sangat view di atas tuu.. Jom hiking sama2. Tp CR serikkk da hiking ni. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa CR? Kan baru lepas hiking aritu, serik kenapa?

      Padam
  6. bagusnya habiskan masa dgn hiking dgn family. sambil2 sihatkan tubuh badan kn.. jadi moment indah untuk anak2 nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga boleh jadi kenangan terindah untuk mereka, bila dah besar boleh pi hiking sendiri pulak. Mak ayah tak larat dah :D

      Padam
  7. Hana suka aktiviti lasak! tapi hiking tak pernah try lagi... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah hiking Hana, tapi akak pun baru try hiking lepas kawen. Kawen dulu la Hana..haha

      Padam
  8. bestnye dpt hiking. love the view

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah start rindu nak pi hiking sejak PKP berjalan ni. Perut pun dah boroi ke depan dah ni :(

      Padam
  9. Balasan
    1. Sejuk berangin sambil tengok view cantik tu memang best..

      Padam
  10. alahai comel yang kecik tu pun semangat memanjat =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kecik tu sibuk jugak nak berjalan, kita lepas je la..alih2 mintak dukung pulak sebab tak larat nak mendaki dah :D

      Padam