Resepi Puding Trifle Sedap dan Senang


Sudah agak lama saya tak kongsi resepi masakan di blog ni kan. Disebabkan anak-anak tengah tidur dan saya pun tengah free sekarang, apa kata kalau saya kongsikan resepi puding yang menjadi kegemaran kami sekeluarga iaitu PUDING TRIFLE. Guna resepi ni konfirm puding trifle awak akan jadi sangat sedap dan lazat..cewah!

Resepi Puding Trifle Sedap

Sebenarnya, first time saya mula makan puding trifle ni adalah semasa pergi beraya di rumah kawan sekerja suami. Kebetulan masa kami sampai tu, tengah panas terik. Puding trifle yang dihidang pula tengah sejuk baru keluar dari peti ais..dia punya sedap tu, tak tergambar masa makan. Bila balik rumah, terus saya google resepi puding trifle dan cuba buat sendiri.


Tips Hasilkan Puding Trifle yang Sedap

Cubaan kali pertama buat puding trifle gagal, cubaan kedua failed, cubaan ketiga bermasalah. Akhirnya lepas berapa kali cubaan, barulah saya tahu macammana caranya nak menghasilkan puding trifle yang sedap dan lazat. Keyword paling penting adalah TEPUNG KASTARD kena jaga. Yang lain-lain tak perlu titik beratkan sangat.


Tips pertama kena make sure tepung kastard betul-betul masak. Nak masak kena guna api kecil dan dikacau sentiasa, kalau tak dijaga nanti tepung akan jadi berketul dan tak cantik. Tips kedua, tepung kastard jangan terlalu banyak atau jangan terlalu sedikit. Kalau banyak sangat nanti pekat jadi macam puding jagung, kalau sikit sangat nanti akan cair pulak masa potong. Jadi kena sukat secukupnya.

Resepi Puding Trifle Sedap

Yang ketiga, jangan masukkan semua gula sekaligus dalam tepung kastard masa masak. Kalau manis sangat tak sedap nak makan. Sebaiknya, masukkan sebahagian dulu sukatan gula. Bila nampak kastard dah hampir nak masak, rasa dan baru sesuaikan tahap kemanisan mana yang dikehendaki. Masa tu baru tambah baki gula yang belum ditambah.


Yang keempat, dalam kotak kristal jeli ada dua bungkusan plastik. Satu bungkusan besar dan satu yang kecil. Masak mengikut sukatan seperti yang terdapat di belakang kotak tapi jangan letak semua serbuk yang terdapat dalam bungkusan kecil tu. Letak sikit sahaja untuk elakkan lapisan jeli jadi masam. Btw, serbuk dalam bungkusan kecil tu adalah cuka buah-buahan.




Resepi Puding Trifle Sedap

Bahan Lapisan Pertama (Kek)

Sebungkus kek swiss roll
Air daripada dalam tin buah-buahan campur/ nata de coco

Cara Penyediaan

1. Potong kek swiss roll mengikut ketebalan yang sama dan susun ke dalam bekas.
2. Basahkan kek dengan air daripada buah-buahan campur dalam tin.
Biar sekejap.


Bahan Lapisan Kedua (Kastard)

1. 4 sudu besar tepung kastard
2. 5 sudu besar gula
3. 1 tin buah-buahan campur/ nata de coco
4. 1 tin susu cair
5. 1 tin air masak (sukat dengan menggunakan tin susu cair)

Cara Penyediaan

1. Masukkan susu cair, gula dan separuh daripada air masak ke dalam periuk dan kacau.
2. Larutkan tepung kastard ke dalam separuh lagi air masak yang tinggal.
Kemudian masukkan ke dalam periuk.
3. Kacau sehingga mendidih.
Guna api kecil dan kacau sentiasa untuk elakkan daripada berketul.
4. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan sebentar.
5. Kaup dan masukkan kastard yang telah dimasak ke atas lapisan kek yang pertama tadi.
Ratakan ke seluruh bahagian. Sejukkan sekejap.
6. Apabila lapisan kastard telah keras,
tuang buah-buahan campur ke atas lapisan kastard dan ratakan.


Bahan Lapisan Atas (Kristal Jeli)

1. 1 kotak kristal jeli
2. 400ml air (2 cawan)

Cara Penyediaan

1. Masukkan kristal jeli dan air ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2. Tutup api dan sejukkan seketika.
3. Tuang ke atas lapisan buah-buahan campur.
4. Simpan dalam peti ais untuk lebih sedap.


Jadi selamat mencuba bagi yang nak buat puding trifle sedap ni. Anyway, kalau first time buat tak sedap, jangan putus asa okeh. Cuba lagi sampai jadi. Kalau dah jadi sangat sedap tu, jangan lupa bagitau saya. Saya kongsikan alamat rumah supaya awak boleh pos sikit ke rumah saya untuk buat minum petang. Hihi..selamat mencuba :)

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Uwhh tq tips ni. Tips ketiga tu boleh la cuba. Hehe. Sbb biasa masuk semua terus gula. Fail bab2 tepung custard ni. Nnti nk cubala. Letak aiskrim ats tu marveles jgk kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan tapi saya tak pernah tengok orang letak aiskrim. Boleh cuba la lepasni, cuma ada yang letak krim kat layer atas. Rasa macammana, yang tu kena cuba dulu..

      Padam
  2. wah sedapnya nanti post shah alam tau hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, semua dah selamat masuk perut la mama :D

      Padam
  3. Tengok pun dah tau sedap ;) Inshaallah nanti nak try buatlah...
    .
    Thank you bagi resipi ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib buat tau Hana, pastu pos kat akak jugak :P

      Padam
  4. Tengok pun dah tau sedap ;) Inshaallah nanti nak try buatlah...
    .
    Thank you bagi resipi ;D

    BalasPadam
  5. Tengok pun dah tau sedap ;) Inshaallah nanti nak try buatlah...
    .
    Thank you bagi resipi ;D

    BalasPadam
  6. ya Allah. hasilnya sangat lah menggoda mata ini yg memandang ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mata yang terliur, tapi mulut yang nak makan kan? Ha...

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. nampak mcm mudah but for sure it looks good.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah je sebenarnya bila selalu buat. Kalau first time buat memang rasa leceh sangat..

      Padam
  9. kalaula kita jiran.. lama da buat muka x malu p mintak haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kita tak jiran mai la datang kat rumah...saya buat untuk awak nanti..

      Padam
  10. Balasan
    1. Awak dah buat ke? Kalau dah buat, jangan lupa ayat paling last okeh?

      Padam
  11. Balasan
    1. Banyak pun boleh, mai ganu saya buatkan untuk awak..

      Padam
  12. Sedapnya. Lama tak buat. Nampak senang tapi bila kemalasan melanda, jadi kurang rajin nak buat. resepi pun dah lupa. Tq share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lama tinggal memang resepi pun lupa kan. Yang ni je saya expert, yang lain semua tak ingat resepi dah..

      Padam