Bakes2bites : Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa


Siapa je yang tak suka makan kek kan? Lembut, gebu dan manis di mulut menjadi sebab kenapa berat badan saya masih tak turun sehingga sekarang. Apatah lagi bila terjumpa pula page bakes2bites yang menjual kek mini pelbagai perisa di instagram, makin menjadi-jadilah selera makan kek saya!


Kebiasaannya jika saya terasa nak makan kek, tak perlu tunggu lama. Suami akan terus dapatkan kek untuk saya. Bukan sepotong tapi sebiji kek terus. Tapi kalau kebetulan duit hanya tinggal beberapa keping dalam wallet, kek mini menjadi sasaran kami. Kek mini pilihan saya tentulah kek coklat manakala untuk suami, beliau lebih sukakan cheese cake.

Bakes2bites : Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

Bakes2bites : Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa


Kebetulan pula terlihat page bakes2bites menjual kek mini pelbagai perisa dengan topping yang menarik dan berwarna-warni, terus hati saya tertarik untuk mencubanya. Selain daripada faktor kek yang cantik dan nampak lazat, bakes2bites juga beroperasi di Terengganu serta turut menyediakan servis cod kepada pelanggannya. Jadi mudahlah saya nak membeli!


Tak perlu saya memandu ke Gong Badak Terengganu demi untuk mendapatkan kek mini pelbagai perisa daripada bakes2bites kerana pihak bakes2bites sendiri boleh hantarkan kek kepada saya dengan syarat sekurang-kurangnya saya membuat belian minimum. 

Bakes2bites : Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

Jika tidak pun, saya boleh bayar sedikit cas penghantaran supaya kedua-dua pihak mendapat win-win situation. Saya boleh makan kek sedap dan pihak bakes2bites boleh hantarkan kek mini pilihan saya hingga ke depan pintu rumah.


Lokasi penghantaran bagi servis cod kek daripada bakes2bites adalah di sekitar Gong Badak, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Penghantaran percuma bagi pelanggan yang berada di Gong Badak manakala bagi penghantaran ke sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, sedikit cas tambahan akan dikenakan sebagai duit minyak kenderaan ye.


Pelbagai Perisa Kek Mini yang Sedap dan Menarik


Untuk memenuhi nafsu makan saya terhadap kek, tanpa teragak-agak saya terus mencuba lima jenis kek mini daripada bakes2bites. Antaranya adalah chocolate moist cake, indulgence cake, pandan cheese cake, oreo cheese cake dan vanilla cheese cake. Setiap kek mempunyai keistimewaan masing-masing dari segi rasa dan toppingnya juga tentulah berbeza.


Di antara kelima-lima kek tersebut, indulgence cake adalah antara kek yang paling berjaya menambat selera kami sekeluarga. Kek yang tebal, lembut dan gebu ditambah pula dengan topping daripada cream cheese dan pure chocolate ganache menjadikan setiap suapan ke dalam mulut sangat menyelerakan. Tak hairanlah mengapa kek ini menjadi kek pertama yang habis dimakan oleh kami dalam masa sehari sahaja.


Selain daripada kek indulgence, chocolate moist cake dan oreo cheese cake juga berjaya merangsang nafsu makan tanpa henti saya. Meskipun setiap lapisan kek diperbuat daripada jenis kek yang sama iaitu chocolate moist, namun perbezaan topping menjadikan setiap satu kek mini tersebut menghasilkan rasa yang berbeza dan lazat.

Bakes2bites : Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

Puas hati kami makan kerana setiap bekas diisi penuh dengan kek. Bagi suami, kek yang paling disukainya tentulah yang berunsurkan cheese. Bukan lima jenis perisa kek mini ini sahaja yang dijual oleh bakes2bites, malahan bakes2bites turut menghasilkan perisa kek mini yang lain seperti chocolare cake dan chocolate nutella cheese cake.


Bagi pelanggan yang ingin membuat belian kek bersaiz besar, tiada masalah kerana bakes2bites juga turut menjual dua jenis kek bersaiz besar iaitu chocolate moist cake dan chocolate marble cake. Jadi pelanggan mempunya pilihan untuk meraikan tetamu dalam majlis perkahwinan dengan kek mini bersaiz kecil atau mengadakan majlis makan malam bersama keluarga terdekat dengan pilihan kek bersaiz besar.


Macammana nak Order?


Harga bagi satu bekas kek mini pelbagai perisa ini adalah di antara RM7 hingga RM12 sahaja. Bagi pelajar yang turut ingin mencuba kek mini daripada bakes2bites namun mempunyai masalah wang belanja yang terhad, jangan lupa untuk tunjukkan id pelajar kepada pihak bakes2bites. Kenapa? Kerana awak akan mendapat potongan harga!


Bagi yang berminat untuk membuat pembelian atau tempahan kek mini pelbagai perisa dengan bakes2bites, boleh hubungi atau whatsapp terus ke nombor >> 013-434 0960. Tapi jika awak nak tengok contoh kek yang dijual terlebih dahulu, bolehlah singgah ke page >> bakes2bites di instagram.


Buat masa ini, bakes2bites masih lagi beroperasi daripada rumah. Namun diharapkan semoga bisnes kek mini pelbagai perisa bakes2bites akan berkembang maju dan dapat membuka kedai jualan suatu hari nanti seterusnya mengembangkan jualan hingga ke sekitar kawasan perumahan saya pula. Jadi makin senanglah saya nak membeli :D

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Sedapnya. Suka sangat beli kek mini. Biasanya orang jual kek sebiji besar macam tu. Kalau teringin nak makan susah pula nak kena beli yang besar kan. Okay sangat ada mini saiz ni dan banyak pilihan. Nampak sedap tu

    BalasPadam
  2. teruja plak akak tengok kek mini tu ha...sedapnyaaaa...nasib akak tengah cut sugar..

    BalasPadam
  3. Klau da dpt org buat kek sedap mmg cnfirm tempah kat org tu je kan. ;). Follow sini ya.

    BalasPadam
  4. Ni yang buat teringin nak pegi Ganu... heheh
    .
    Nice Sharing!! ^_^

    BalasPadam
  5. Sedapnya lahai kek ni semua. Isi kek penuh bekas.. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  6. Nampaknya balik ni kena cari kek ni.. terliur tengok kek-kek tu.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Nampak semuanya menyelerakan.. 😍 😍 😍

    BalasPadam
  8. Mengidam pulak nak mkn kek ni bila tngok gambar tu..

    BalasPadam
  9. Awak,.,,saya terliur nii..bila saya boleh makan kek sedap2 gini nii...nyam3.. saya tengok makan jelaaa...

    BalasPadam
  10. alaaa kelemahan betul laa tengok kek2 cemni..
    kitee suka juga. yang cheesee penuh tu coklat penuh tu !!
    suka size macam ni at least sikit2 kecik kan x muak =D

    BalasPadam
  11. Huhuu apesai semua nampak sedap ni

    BalasPadam