Home Tester Club Malaysia : Macammana Nak Daftar?


Pernah dengar tentang Home Tester Club Malaysia tak?

Kalau awak suka cuba produk baru dalam pasaran tapi malas nak membeli kerana takut tak sesuai dengan kulit atau tak kena dengan citarasa, apa kata mendaftar je di Home Tester Club. Home Tester Club adalah kelab yang memberi sampel produk percuma kepada pelanggan dan in return, pelanggan kena kasi honest review tentang barang yang telah diterima. Simple!

Home Tester Club Malaysia : Macammana Nak Daftar?

Sebenarnya saya rasa terpanggil nak bercerita tentang kelab ni memandangkan saya dah beberapa kali dapat produk percuma daripada Home Tester Club Malaysia. Kebanyakan produk yang saya terima itu memang best dipakai dan bermutu tinggi.


Seingat saya ada dalam lima kali saya dapat produk review percuma. Antara produk tersebut adalah >> Loreal Micronized Centella Essence Water, Comfort Luxury Nature, SAFI Micellar Cleansing Oil, CLOROX Scentiva dan Loreal Revitalift Day Cream. Amacam? Semua product best kan?


Yang lagi best bila saya tiba-tiba dapat message daripada Home Tester Club Malaysia yang beritahu saya dah menang contest. Aik, rasanya saya takde join mana-mana contest yang dianjurkan oleh Home Tester Club.


Rupa-rupanya review yang saya beri selepas penggunaan produk yang diberi terpilih sebagai pemenang untuk contest di instagram. Dua dalam satulah ni, dapat produk review secara percuma dan berpeluang juga untuk menang contest yang berupa produk bernilai RM150.

Home Tester Club Malaysia : Macammana Nak Daftar?
Excitednya menang banyak hadiah!

Bila dah menang contest ni terus rasa berkobar-kobar nak share pasal Home Tester Club Malaysia supaya semua boleh dapat manfaatnya. Yelah, kalau beli produk kemudian tak sesuai tentu rasa frust sebab tak boleh guna tapi duit dah melayang. Sekurang-kurangnya kalau ada produk yang kita nak cuba dan boleh dapat secara percuma, tentu tak rasa rugi walaupun produk itu tak berapa serasi kan.


Macammana Nak Daftar?


Cuma daftar di laman web Home Tester Club Malaysia dan tunggu sehingga awak terima email yang mengatakan awak terpilih untuk buat review je. Kemudian barang akan dihantar terus ke alamat rumah dan kemudian awak buat review berkenaan produk yang diterima.


Tak perlu bohong pun, kalau rasa produk tak best just cakap je dalam review. Kalau best bagitau honestly kenapa best. Itu je. Kalau rezeki awak baik, boleh menang contest pula. Nak daftar, ikut je step-by-step kat bawah ye:

Home Tester Club Malaysia : Macammana Nak Daftar?

1. Klik link >> Home Tester Club Malaysia
2. Klik Join Now.
3. Pilih samada nak daftar menggunakan Facebook atau Email. Saya guna Facebook je, senang nak log masuk.
4. Klik pada Apply dan isi butiran peribadi, alamat rumah dan email yang betul dan tepat. Save. Boleh start godek dan cari produk yang ingin di review ya.


Syarat utama yang perlu ada sebelum mendaftar sebagai ahli adalah awak perlu mempunyai akaun sosial media sendiri. Akaun wajib ada ialah instagram dan facebook. Kenapa nak kena ada dua akaun ni?


Sebab nanti awak kena tulis review pendek di laman web Home Tester Club Malaysia serta di sosial media sendiri. Dengan cara itu, ramai yang akan tahu tentang kewujudan dan kelebihan produk yang telah awak review itu.

Home Tester Club Malaysia : Macammana Nak Daftar?

So, overall produk yang saya terima adalah sangat memuaskan hati dan berguna dalam kehidupan seharian. Malah, ada sesetengah produk yang saya terima untuk review task daripada Home Tester Club Malaysia kini dah jadi keperluan wajib ada di rumah.


Bila dah jatuh cinta, tentu akan beli sendiri sehinggalah baru perasan dah jadi regular customer pula. Semuanya bermula kerana Home Tester Club Malaysia. Terima kasih Home Tester Club Malaysia! Jom daftar ramai-ramai..

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. wow banyaknya awak dapt..sharing la ngn kita :)

    BalasPadam
  2. bestnyaa dapat barang dan boleh cuba sendiri barang tu bagus ke tak..thank you for sharing..:D

    BalasPadam
  3. uuish menarik. banyak tu dapat..
    bagus kasi tester dulu tengok product srasi dengan kita o not..

    BalasPadam
  4. Wahhh tq taw share. Bole la ena cuba. Semoga diperluaskan rezeki awk

    BalasPadam
  5. Woww... Thanks Info... Nak jugakla... Mcm best sungguh tuuu

    BalasPadam
  6. Dah lama daftar dan cuba aplly tapi belum pernah dapat lagi. Belum ada rezeki lagi. :)

    BalasPadam
  7. insya allah boleh laa cuba nasib nnt

    BalasPadam
  8. Dah daftar dah. Maybe belum rezeki lagi dpt hadiah

    BalasPadam
  9. Tahniah.. sekurang-kurang dapat jimat perbelanjaan beli barang rumah kan.. alhamdulillah

    BalasPadam