Cetak Business Card Murah dengan BG Design


Eh, surirumah pun nak kena ada business card

Bukanlah awak, sebenarnya saya nak buat business card untuk job blogger. Senang kalau berjumpa client, boleh pass card supaya nampak lebih profesional. Satu hal lagi, since saya dah berjaya menjadi agen unit trust PMB, jadi mempunyai business card sendiri adalah suatu kewajipan kan. Rezeki saya baik tau sebab dapat tahu tentang BG Design untuk cetak business card pada harga murah. Boleh buat online pula tu..semudah ABC!

Cetak Business Card Murah dengan BG Design

Cetak Business Card Murah dengan BG Design

Design yang saya pilih adalah jenis simple memandangkan target saya adalah untuk diberi kepada rakan-rakan blogger dan kawan-kawan yang baru nak kenal tentang pelaburan unit trust. Untuk bakal client yang saya jumpa di booth atau melalui call, saya akan tempah satu design lain yang nampak lebih profesional kerana ia melibatkan hal kerja. Tapi yang itu saya akan order kemudian memandangkan design belum ada. Tapi hopefully saya sempat order sebelum akhir tahun ini memandangkan BG Design sedang buat promosi harga tau sekarang.


Kebetulan masa saya tengah buat tempahan, BG Design sedang offer harga promosi sekotak business card hanya berharga RM9. Tapi syarat wajib minimum tempahan adalah sebanyak 3 kotak. Setiap kotak mengandungi 100 keping kad dan harga promosi ni valid sehingga penghujung tahun 2019 sahaja. Jadi saya terus grab offer tersebut memandangkan saya tak perlu ke office BG Design untuk buat tempahan. Semua secara online. Asalkan ada Whatsapp, dah boleh buat tempahan.

Cetak Business Card Murah dengan BG Design

Untuk cetak business card murah dengan BG Design, saya cuma perlu beri  maklumat yang saya inginkan di atas kad melalui aplikasi Whatsapp. Kemudian nyatakan design yang saya mahukan. Khidmat designer juga disediakan jika buntu memikirkan design yang dikehendaki. Selepas membuat tempahan, tunggu beberapa hari sebelum kad dihantar. Senang sangat! Tak perlu bersusah payah ke pejabat, mencari parking sambil bawa anak-anak, semua dilakukan di rumah sahaja. Paling penting, saya boleh cetak business card murah dengan BG Design!


Sebenarnya, saya buat tempahan business card ni melalui blogger juga iaitu Huda Halid. Beliau adalah pemilik bagi BG Design. Jadi mudah untuk saya buat tempahan memandangkan blogger ni memang peramah sifatnya, apa-apa yang saya nak tukar terus saya inform beliau. Hasil kerja BG Design sangat cepat dan memuaskan hati. Business card yang saya tempah pun dihasilkan mengikut design yang saya kehendaki. Cantik dan terbaik!


Sebab itulah saya berhasrat untuk buat kad kedua nanti dengan mereka juga, rugi rasanya tak grab peluang untuk cetak business card murah dengan BG Design. Hasil cantik, servis pun mesra pelanggan. Lagi best, kena pula masa tengah ada promosi, sambar teruslah jawabnya! Bagi yang tertanya-tanya tentang harga business card yang ditawarkan oleh BG Design, boleh lihat senarai harga dalam jadual di bawah.

Cetak Business Card Murah dengan BG Design

Btw, harga di atas bukan harga promosi ya. Promosi yang sedang berlangsung sekarang adalah satu kotak RM9 dengan minimum tempahan 3 kotak. Jadi, sementara promosi harga murah sedang berjalan ni apa kata kalau kita buat tempahan sekarang. Jom cetak business card murah dengan BG Design!


Untuk lebih maklumat, boleh layari laman di bawah:

Facebook : BG Design
Instagram : BG Design

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Balasan
    1. Kan? Banyak tempat saya survey, yang ni harga paling best dan murah..

      Padam
  2. Murahhh dan cantik. Nama card sy pun dah abis stok ni. Bleh la order.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh order ni wak, jangan lambat tau sebab nanti tak dapat harga promosi pulak,,

      Padam
  3. it is good untuk ada business card.
    mudah untuk berkongsi details..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! First introduction just hulur kad, senang customer nak simpan juga..

      Padam
  4. Yg tahun 2017 pun masih ada lagi teringin nak.buat gak hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow cik ash, kad 2017 pun ada lagi. Tak payahla order lain, pi perabis stok yang ada dulu la :P

      Padam
  5. Whaaaaa, muraaaaah dan bagus juga :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah kan? Ha..jom la order kad dengan BG Design wak..

      Padam
  6. Wah murah sangat nie.. boleh lah lelaju order kan..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Kan? Saya sendiri terkejut time order tapi alhamdulillah rezeki jumpa yang murah..

      Padam
  8. sudah lama juga tidak mempunyai kad nama..

    nama sahaja blogger tetapi kad tiada..

    rasa malu hingga ke sum-sum tulang hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe wak, lepasni boleh order dengan BG Design. Grab harga promosi untuk jimat ye..

      Padam
  9. cantik minimalist design. Harga printing pun murah. Berbaloi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taknak banyak sangat warna atas kad, nanti sakit mata memandang pulak..

      Padam