Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya


Selain Bukit Maras, para penggemar aktiviti hiking di sekitar Kuala Terengganu pastinya juga tidak asing lagi dengan nama Bukit Besar. Selain menjadi pusat tumpuan aktiviti hiking bagi penduduk sekitar, lokasi ini juga menjadi lokasi jungle trekking bagi pelajar sekolah dan unit beruniform.


Mempunyai tiga bukit berbeza pada satu lokasi yang sama, pengunjung boleh memilih samada ingin hiking melalui jalan bertar atau jalan bertanah merah. Yang penting, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Sebelum ini saya tidak pernah menyangka bahawa terdapat beberapa buah bukit yang berbeza pada satu lokasi yang sama terdapat di Kuala Terengganu untuk aktiviti hiking. Seringkali saya dan suami menghabiskan cuti hujung minggu dengan membawa anak-anak hiking di Bukit Besar.


Namun saya langsung tidak terfikir yang kami boleh memilih trek perjalanan sendiri samada mahukan perjalanan yang sukar dan mencabar atau trek mudah di sekitar lokasi ini. Bukit yang saya maksudkan ini adalah Bukit Besar, Bukit Rohok, Bukit Botok dan Bukit Tobak yang terletak di sekitar kawasan Bukit Besar, Kuala Terengganu.


Bukit Besar, Kuala Terengganu


Melalui jalan bertar hitam dengan jarak dari bawah ke puncak hanyalah 1 km perjalanan, kepenatan yang dirasai hanyalah sebentar. Apabila tiba ke puncak, kelegaan yang dirasai ditambah dengan tiupan angin sejuk kawasan perbukitan menghilangkan segala kepenatan dan mengeringkan peluh yang membasahi diri.


Nyaman rasanya bila berada di puncak. Itulah perasaan kami apabila tiba di puncak Bukit Besar yang terletak di pinggir pusat bandar ini.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Bagi pengunjung yang datang bersama anak kecil untuk aktiviti hiking, laluan ini amatlah disarankan. Selain lebih selamat dan kurang berbahaya, trek melalui jalan bertar Bukit Besar ini juga tidak terlalu curam.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk naik ke puncak dan setengah jam perjalanan turun. Tapi jangan lupa untuk mengenakan baju dan kasut yang bersesuaian, bimbang melecet pula kaki jika pakai high heels :P

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Pengunjung yang datang pada hujung minggu kebiasaannya lebih ramai berbanding pada hari biasa. Maka tidak hairanlah jika pada setiap pagi hujung minggu, terdapat beberapa buah kanopi jualan yang dibuka di bahagian bawah bukit.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Jika terlupa untuk membawa air atau membelinya sebelum mula mendaki, usah risau. Pengawal keselamatan yang bertugas di puncak Bukit Besar juga menyediakan perkhidmatan jualan air.


Bukit Rohok, Kuala Terengganu


Sejak kami dapat tahu tentang kewujudan beberapa buah bukit di sekitar Bukit Besar ini, kami tidak lepaskan peluang untuk cuba mendakinya. Bukit Rohok merupakan lokasi kedua yang kurang berbahaya bagi aktiviti hiking di sini.


Bukan maksudnya tiada risiko, cuma kecerunan bukitnya tidaklah sebanyak Bukit Tobak dan trek perjalanannya adalah lebih mudah.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya
Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Meskipun begitu, bagi pengunjung yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, amatlah tidak disarankan untuk mendaki Bukit Rohok terlebih dahulu tanpa mendaki jalan bertar Bukit Besar.


Boleh saya katakan kepenatan mendaki Bukit Rohok adalah dua kali ganda lebih memeritkan berbanding Bukit Besar. Tanpa penggunaan kasut yang sesuai dan kemahiran mendaki, kemungkinan tergelincir adalah tinggi.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya
Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Walaubagaimanapun, trek yang mencabar di Bukit Rohok ini menjadi kegemaran kakak untuk aktiviti hiking. Katanya Bukit Rohok lagi best dari Bukit Besar, sebab itulah kami panggil Bukit Rohok sebagai bukit seronok.


Walaupun pengalaman pertama kali kakak mendaki Bukit Rohok ini, seluarnya koyak akibat terjatuh dan tergelincir, namun tetap gelaran bukit seronok diberinya kepada Bukit Rohok.


Bukit Botok, Kuala Terengganu


Bukit Botok adalah salah satu bukit yang terdapat di sekitar Bukit Besar. Ia terletak di tengah-tengah antara Bukit Besar dan Bukit Rohok. Selain itu, ia juga terletak di tengah-tengah antara Bukit Besar dan Bukit Tobak.


Jadi  jika pengunjung ingin ke Bukit Botok, ada tiga jalan yang boleh di pilih. Samada mendaki melalui Bukit Besar atau melalui Bukit Rohok serta yang terakhir melalui Bukit Tobak.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Tidak diselimuti dengan pepohonan menghijau seperti tiga buah bukit yang lain, Bukit Botok hanya dipenuhi dengan batu merah besar. Disebabkan kegondolan inilah saya agak namanya diberi sebagai Bukit Botok (baca sebagai Bukit Botak) memandangkan tiada pokok yang sudi hidup di sekitar bukit ini.

Tempat Hiking di Terengganu : Bukit Besar dan Bukit Sekitarnya

Jika sudah berada di puncak Bukit Botok, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan sekitar Kuala Terengganu yang berkabus ini ya (musim jerebu punya pasal).


Bukit Tobak, Kuala Terengganu


Bukit yang paling mencabar dengan kecerunannya tentulah terdapat di Bukit Tobak. Agak berbahaya berbanding Bukit Rohok, oleh sebab itulah saya dan anak-anak belum pernah hiking di bukit ini.


Kebetulan suami pernah mengikuti sahabatnya mendaki Bukit Tobak sebelum ini, jadi setiap kali saya ajak beliau untuk hiking di Bukit Tobak, katanya tidak boleh dengan alasan tunggu anak besar sedikit kerana trek mencabar. Erm, baiklah..


Dari Bukit Rohok ke Bukit Botok dan ke Bukit Besar


Setiap kali hiking di lokasi ini, kami pasti akan menggunakan trek yang sama. Dari Bukit Rohok terus ke Bukit Botok dan berakhir di Bukit Besar.


Jadi kami akan hiking di tiga bukit berbeza pada satu hari yang sama. Kebiasaannya perjalanan melalui trek ini mengambil masa selama dua jam sebelum kami tiba ke bawah.


Bagi  pengunjung yang sedang berjinak-jinak dalam dunia hiking, saya cadangkan naik Bukit Besar beberapa kali terlebih dahulu. Jika sudah biasa, boleh hiking melalui Bukit Rohok dan turun melalui Bukit Besar.


Atau jika sudah mahir mendaki, boleh terus hiking melalui bukit Tobak dan turun melalui Bukit Besar. Aktiviti hiking ini jika dilakukan sekali sebulan pun sudah dapat membantu kita membaiki sistem pernafasan yang lebih baik dan sudah tentu meningkatkan lagi stamina tubuh.


Saya tak pernah naik lagi Bukit Tobat, awak pernah naik? Atau baru first time dengar nama bukit yang pelik-pelik ni? :P

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. tampak redup dan tenang... kalau cuaca x ujan mmg seronok berhiking mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah bernasib baik lagi sebab time pergi tak pernah hujan. Pernah sekali start hujan renyai-renyai tapi nasib baik lepas kitorang masuk kereta nak balik..

      Padam
  2. Teringin betul nak hiking bukit kat terengganu. view dari peak dia lawa. tapi tu lah jauh sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sesekali datang jalan2 kat Terengganu, boleh terus masukkan hiking dalam itinerary. Ha..dapat first experience hiking kat sini terus..

      Padam
  3. Balasan
    1. Tak boleh tinggal yang kecik2 ni, handbag mak ayah. Kalau tinggal rasa tak lengkap :D

      Padam
  4. Balasan
    1. Tak bahaya la Rabia kalau lalu jalan tar tu, cuma penat je sikit..

      Padam
  5. comelnyaa dengan baby skali angkut..
    seronok diaa kena dukung hehe..

    BalasPadam