Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu


Sebagai seorang ulat buku, tempat yang sering menjadi pilihan kegemaran saya untuk habiskan masa selain di perpustakaan, tentulah di kedai buku. Bau buku yang wangi dengan persekitaran yang dipenuhi pelbagai jenis buku amat mengujakan. Manakala, Big Bad Wolf pula merupakan antara jualan buku yang paling saya tunggu kehadirannya. Jadi apabila mendapat tahu bahawa Big Bad Wolf Malaysia akan gamatkan Terengganu dengan diskaun daripada 75 % sehingga 95 %, tentulah saya sangat teruja!


Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Kali terakhir saya menjejak kaki ke Big Bad Wolf adalah pada tahun 2016 kerana pada masa itu saya masih bekerja di Selangor. Masih segar di minda, saya memandu ke jualan buku terbesar ini sebanyak dua kali dan mengharungi perjalanan sesak daripada Puchong ke The Mines demi semata-mata untuk mendapatkan buku berkualiti tinggi pada harga menarik. 

Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Setelah berpindah ke Terengganu, saya langsung tidak terfikir bahawa Big Bad Wolf akan menjengah datang ke kampung halaman saya pula kerana kebanyakan event besar biasanya diadakan hanya di Pantai Barat. Tapi siapa sangka pada tahun 2019, saya boleh kembali shopping sakan di Big Bad Wolf, bertempat di Terengganu pula tu. Lagi best sebab ada diskaun dari 75% hingga 95%!


Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu 2019



Jualan buku yang diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu ini diadakan selama 11 hari bermula pada 8 sehingga 19 Ogos 2019. Ia dibuka secara percuma kepada orang ramai seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah malam setiap hari kecuali pada 11 Ogos 2019. Kebanyakan harga buku di sini diberi diskaun antara 75% sehingga 95%.


Terdapat kira-kira 8,000 buah buku merangkumi pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, fiksyen, bukan fiksyen, keagamaan dan thriller bakal menemui para pengunjung di sini. Pengunjung juga boleh mendapatkan buku-buku terkenal hasil terbitan daripada Karangkraf serta Kualiti Books atau buku pendidikan daripada terbitan Pelangi atau Sasbadi pada harga berpatutan.

Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Bagi peminat novel pula, pilihan novel kontemporari Malaysia samada di bawah terbitan Buku Fixi, The Patriots, Iman Publications dan banyak lagi juga boleh diperoleh ketika jualan ini berlangsung. Manakala bagi pengunjung yang inginkan kelainan, pilihan lencana, magnet, kemeja t-shirt atau barangan cenderamata Big Bad Wolf juga boleh dibeli untuk dijadikan koleksi simpanan. 


Apa yang menariknya, selain menawarkan pelbagai jenis buku samada dalam dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina, Big Bad Wolf juga turut mengedarkan "Buku Ajaib" yang digabungkan dengan teknologi Reality Augmented (AR) di jualan Big Bad Wolf Terengganu. Ibu bapa boleh dapatkan buku yang serba canggih dan interaktif bagi anak mereka di jualan buku ini kerana Big Bad Wolf merupakan pengedar terbesar serta ekslusif bagi Buku Ajaib.


Buku Berkualiti, Murah dan Menarik



Pengalaman mendapatkan buku yang berkualiti, murah serta menarik pada jualan Buku Big Bad Wolf sebelum ini menjadikan saya teruja untuk menambah koleksi buku terbaharu pula. Cuba anda bayangkan, buku berkulit tebal jenis hard book boleh saya dapati di Big Bad Wolf hanya pada harga RM12 senaskhah! Percayalah, anda tidak akan dapat membeli buku pada harga begini di kedai buku yang lain kecuali jenis preloved sahaja.


Tawaran harga dengan diskaun antara 75% hingga 95% membuat saya rambang mata melihat kualiti buku yang terbaik pada harga murah. Tidak sedar pula saya mengisi buku ke dalam troli tanpa henti. Malangnya, saya perlu mengikut peruntukan yang telah disediakan, bimbang terpaksa pula makan maggi sementara menunggu peruntukan baru keluar nanti :(

Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Bahagian buku kanak-kanak merupakan bahagian yang paling kami sukai. Teruja dan kagum melihat buku dengan ilustrasi berwarna-warna, canggih dan interaktif. Beberapa buah hard book yang boleh dilap dan senang dibersihkan menjadi pilihan Auni untuk dijadikan koleksi. Senang untuk diguna semula apabila Ameera sudah besar nanti.


Selain itu, bahagian buku keagamaan dan motivasi merupakan ruangan wajib singgah kami untuk mencari buku yang boleh menguatkan spiritual dalaman. Tidak terasa masa berjalan sepanjang berada di ruangan ini kerana terlalu ralit mencari buku. Begitu juga di ruangan novel, terlalu asyik mencari sehingga tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari.

Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Proses pencarian terpaksa kami hentikan meskipun saya belum mendapat buku yang diingini. Ini kerana jualan buku Big Bad Wolf akan dihentikan seketika sebagai menghormati hari Jumaat dan suami saya juga perlu menunaikan solat Jumaat. Auni adalah orang yang paling gembira kerana kebanyakan buku yang tersusun dalam troli kami adalah kepunyaan beliau. Untunglah...


Selepas membuat pembayaran, kaki kami terhenti seketika di ruangan "buy 1 free 1" yang terletak di tepi pintu keluar. Koleksi cenderamata Big Bad Wolf turut dijual di ruangan ini. Terus kami sambar beberapa barang yang diperlukan sebelum meninggalkan jualan buku Big Bad Wolf. Dengan tawaran harga diskaun sebanyak 75% hingga 95% dan item "buy 1 free 1" ini, maka lengkaplah sudah misi pencarian buku kami.

Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Tapi sebelum keluar, awal-awal saya beritahu pada suami yang saya akan datang kembali untuk mencari buku saya pula selepas ini. Rugi jika tidak ambil peluang sementara Big Bad Wolf Malaysia masih ada untuk gamatkan Terengganu dengan diskaun daripada 75% hingga 95% ini,


Big Bad Wolf  Jelajah Malaysia Sempena Ulang Tahun ke-10



Bagi yang tidak dapat pergi ke Big Bad Wolf Terengganu, usah bimbang. Sempena ulang tahunnya yang ke-10, Big Bad Wolf akan mengadakan misi penjelajahan ke 10 buah negeri di Malaysia. Jualan buku ini telah menjelajah ke Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Misi ini akan diteruskan ke negeri berikutnya seperti ke Perak serta negeri-negeri lain dalam masa yang akan datang.

Big Bad Wolf Malaysia Gamatkan Terengganu dengan Diskaun 75% - 95%

Dalam tempoh sedekad yang lalu, jualan buku Big Bad Wolf juga telah merentasi negara apabila berjaya menjelajah ke beberapa buah negara luar seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina dan Korea. Dengan matlamat untuk memupuk amalan membaca di kalangan masyarakat dengan memberi akses bahan bacaan pada harga mampu milik, diharapkan agar usaha Big Bad Wolf ini mendapat sambutan ramai pihak dan akan terus berkembang di serata dunia.


Layari platform media sosial di bawah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jualan buku Big Bad Wolf ;

Facebook : Big Bad Wolf Books
Instagram : Big Bad Wolf Books


Big Bad Wolf Malaysia telah gamatkan Terengganu dengan diskaun daripada 75% hingga 95%. Bagaimana pula dengan negeri awak? Boleh check jadual perjalanan team Big Bad Wolf Malaysia di laman web mereka ye.

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. wahh bestnya. dah lama tak g pesta buku cmnii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, bila dah pergi ni terus rambang mata..

      Padam
  2. banyak x memborong buku? boleh pening kn nk plh mcm2 buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sangat sampai taktau nak letak kat mana pulak bila bawak balik buku2 ni..aduila

      Padam
  3. Tengs sharing, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru ema.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ema, thanks sudi singgah. Kita pi melawat blog awak kejap lagi ye..

      Padam
  4. seronok g BBW ni sebab harga murah2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, tak sedar duit dah habis sebab banyak sangat ambil buku. Nangis :I

      Padam
  5. kalau banyak duit saya nak borong untuk bekalan setahun buku-buku yang best dan murah begini

    p/s : patutla penulisan sedap dibaca...ulat buku rupanya hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak banyak duit tapi dah borong buku untuk setahun sebab peluang nak beli buku murah macamni susah nak dapat selalu..huhu

      Padam
  6. mmg best kat BBW ni..tak sabar nk tunggu tahun depan bila BBW kembali ke KL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak, saya kalau dengar je BBW nak datang memang wajib la pergi. Susah nak dapat buku berkualiti dengan harga murah kecuali di BBW..

      Padam
  7. Balasan
    1. Banyak pilihan buku Rabia, rambang mata tengok..

      Padam
  8. buku yg ray beli time bbw yg lepas pun tak habis baca lagi hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..nasib baik akak dah baca habis buku yang beli 3 tahun lepas tu, kira bolehla tambah stok lain pulak :)

      Padam
    2. wow 3 tahun lepas. dasyat. hahahah

      Padam
    3. Haha..lepas tiga tahun baru jumpa balik BBW ray :(

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. boleh jadi ketagih kalau beli buku ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketagih elok kan Diah, maka mohle kita berbondong2 membeli buku..haha

      Padam
  11. Balasan
    1. Best sekejap je wak tapi jadilah dari takde langsung kan..

      Padam
  12. Balasan
    1. Borong tak ingat duit dalam purse wak, bukak purse baki tinggal syiling je :P

      Padam
  13. Memang rambang mata pergi karnival buku macam ni kannn.. Haihh tak puas book hunting haritu. Datang lagi BBW

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kalau BBW ni tiap tahun datang Ganu pun memang akak pi la..seronok betul cari buku murah2..

      Padam