Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite


Pengalaman menginap di Allur Galley Suite yang menawarkan pakej day trip ke Pulau Redang membolehkan saya menikmati percutian hebat yang menyeronokkan. Selain penginapan privacy sepanjang percutian serta day trip ke pulau, saya juga berpeluang melihat kelip-kelip di sepanjang Sungai Penarik dengan menaiki rivercruise. Pakej Pulau Redang day trip oleh Allur Galley Suite memang awesome dan pasti akan menjadi pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.


Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Perjalanan ke Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite


Perjalanan kami menuju ke Pulau Redang bermula seawal jam 8 pagi kerana bot dijangka akan mula bergerak daripada jeti Penarik pada jam 9 pagi. Mengambil masa tidak sampai 3 minit perjalanan daripada Allur Galley Suite ke jeti Penarik, kami tiba agak awal di Kedai Makan Selera Pantai yang terletak bersebelahan jeti untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Mencari kedai makan yang terletak berdekatan jeti adalah penting untuk mengelakkan daripada terlepas menaiki bot, jadi itulah sebabnya mengapa kami menikmati sarapan pagi di Kedai Makan Selera Pantai. Selain kedudukannya terletak berdekatan jeti Penarik, ia juga terletak di hadapan tempat meletak kenderaan. Oleh itu kami tidak perlu risau untuk meninggalkan kenderaan kami sementara berseronok di pulau, apatah lagi ianya adalah percuma.


Pelbagai juadah sarapan pagi seperti nasi goreng, mee dan roti bakar boleh dinikmati di Kedai Makan Selera Kampung pada kadar harga berpatutan. Kami turut membungkus nasi berlauk bagi bekalan makan tengahari kami semasa di pulau nanti. Harga bagi makanan tengahari ini tidak perlu dibayar kerana ia telah termasuk di bawah pakej yang kami ambil.


Selesai makan, kami berjalan kaki menuju ke jeti Penarik sambil membawa beg pakaian masing-masing. Perjalanan menaiki bot pada waktu siang amat berbeza dengan pemandangan ketika kami melihat kelip-kelip pada waktu malam sebelum ini. Pokok paya bakau di di kiri dan kanan Sungai Penarik menjadi penyeri mata sepanjang perjalanan kami ke Pulau Redang.


Terdapat 5 checkpoint yang kami tujui semasa day trip ke Pulau Redang dan setiap checkpoint mempunyai keistimewaan dan kisahnya tersendiri.


Checkpoint Pertama : Pulau Pasir Akar



Checkpoint pertama kami adalah di Pulau Pasir Akar. Perjalanan tiba ke Pulau Pasir Akar mengambil masa selama 45 minit daripada jeti Penarik. Disebabkan sudah agak lama saya tidak menaiki bot untuk perjalanan jauh di laut, perut terasa mual dan loya.


Walaubagaimana pun, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk berenang bersama kawanan ikan sebaik tiba di pulau ini. Pulau Pasir Akar merupakan lokasi yang sangat cantik dan saya sukai kerana sebaik sahaja tiba, pelbagai jenis ikan telah tersedia menanti kami.


Bagai ayam menanti makanan, sebaik sahaja saya taburkan makanan yang dibawa, terus berebut kawanan ikan menangkapnya. Bukan itu sahaja, saya pegang sedikit makanan dan genggam erat dalam tangan sewaktu turun bermain ke tengah lautan untuk menarik ikan mendekati saya.

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Hasilnya, kawanan ikan berebut dan merampas makanan daripada genggaman tangan saya hingga meninggalkan luka-luka halus pada tangan. Walaupun luka namun itu bukan masalah, saya suka digigit oleh mulut-mulut comel ikan yang suka merampas itu :D


Berenang bersama kawanan ikan di Pulau Pasir Akar mengingatkan saya pengalaman pertama kali saya ke Taman Laut beberapa tahun yang lalu. Suasananya seolah berada di Taman Laut dengan kehadiran kawanan ikan yang berwarna-warni dalam pelbagai bentuk dan saiz. Meskipun kelihatan jinak namun hati-hati kerana mereka juga suka menggigit.


Auni turut excited melihat kawanan ikan menghampirinya dan sesekali menjerit kegelian. Kami langsung tidak naik ke atas bot sepanjang berada di sini dan seronok berenang di dalam laut sehinggalah pemandu bot mula menyatakan kami perlu ke checkpoint seterusnya. Alahai..terasa sekejap pula dapat berenang bersama kawanan ikan. Jadi, kami mula naik untuk ke checkpoint seterusnya iaitu ke Pulau Lima.


Checkpoint Kedua : Pulau Lima


Pulau Lima merupakan lokasi yang sesuai dituju sekiranya anda merupakan seorang diver dan pandai berenang. Memandangkan saya bukanlah seorang perenang mahir apatah lagi seorang diver, jadi lokasi ini tidak berapa menarik minat saya kerana kurangnya kehadiran ikan berbanding semasa berada di Pulau Pasir Akar.

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Walaubagaimanapun kehadiran lima pulau kecil di sekitar Pulau Lima boleh memberikan hasil wow apabila bergambar kerana kecantikan dan kehijauannya di sebalik lautan membiru. Instagram worthy jika bergambar di sini, jadi sudah tentulah saya tidak menolak untuk bergambar ala-ala dalam series baywatch :P

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Kami hanya berhenti seketika di Pulau Lima untuk bergambar. Nama Pulau Lima diambil bersempena dengan kehadiran lima pulau kecil yang terdapat di sini. Setelah puas bergambar, kami ke checkpoint seterusnya yang wajib dilawati dan sering menjadi tumpuan pelancong iaitu di Pulau Redang.


Checkpoint Ketiga : Long Beach



Long Beach merupakan antara hub hentian utama yang wajib dilawati oleh pelancong yang bercuti ke sini kerana ia menempatkan kebanyakan rumah penginapan dan hotel serta mempunyai kemudahan asas yang kebiasaannya tiada di pulau lain. Kemudahan wifi tentulah tiada, namun kemudahan lain seperti tandas, cafe, karaoke dan hotel terdapat di sini.

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Jadi itulah sebabnya mengapa Long Beach sentiasa dipenuhi dengan kehadiran ramai pengunjung dan sentiasa meriah. Selain itu, bentuk muka buminya yang landai di bahagian gigi pantai membolehkan pelancong berenang bebas di lautan jernih membiru tanpa perlu menaiki bot ke tengah laut. Malah jika bernasib baik, kawanan ikan juga turut berenang gembira bersama anda.


Kami berhenti seketika di Long Beach untuk menikmati hidangan tengahari yang telah disediakan oleh Allur Galley Suite bagi pakej Pulau Redang day trip ini. Sambil makan kami mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar pulau sambil berbual. Golongan suami dan anak-anak pula sibuk bermain pasir di tepi pantai. Sempat juga kami bermain air seketika di gigi pantai sambil bergambar dengan pemandangannya yang cantik dan instagrammable.


Checkpoint Keempat : Telok Batu Sauh



Setelah selesai makan dan menghabiskan masa di Pulau Redang, kami meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya iaitu di Telok Batu Sauh. Telok Batu Sauh merupakan lokasi kedua yang sesuai dijadikan pilihan buat kaki diver kerana lautnya yang lebih dalam dan tenang.


Walaubagaimanapun, kami yang telah agak kepenatan tidak turun bermain air di telok ini. Lagipun tiada kehadiran ikan yang dapat kami lihat, jadi kami minta dibawa ke pulau terakhir kerana kata pemandu bot, di pulau terakhir kami mungkin dapat melihat penyu. Maka, jom ke Teluk Dalang, tidak sabar kami hendak melihat penyu!


Checkpoint Terakhir : Teluk Dalam



Teluk Dalam merupakan checkpoint yang paling mengujakan bagi saya kerana pertama kali dalam seumur hidup saya berjaya memegang penyu liar yang masih hidup dan sedang berenang bebas di laut dalam! Gigih saya mengumpan penyu datang ke tangan sambil membawa sotong untuk menarik perhatian si badan bercengkerang.


Pada awal ketibaan kami ke Teluk Dalam, kami dapat melihat beberapa ekor penyu mengerumuni dan mengelilingi bot kami meskipun enjiin belum dimatikan. Setelah beberapa ekor sotong dicampak sebagai umpan, segera penyu-penyu ini mengejar untuk mendapatkannya. Namun lain pula jadinya bila kami telah mula turun ke dalam laut. Semua penyu menghilang dan hanya datang sekali-sekala mengelilingi bot.


Ketibaan beberapa buah bot pelancong yang lain ke lokasi telah menarik penyu kembali naik menunjukkan diri. Anggapan saya penyu ini tertarik dengan bunyi bot yang bising. Apabila beberapa orang pemandu bot turun dan mencari penyu yang sekejap tenggelam timbul, saya juga turut tidak melepaskan peluang untuk turut serta, sibuk sangat kan perangai tu. Sotong ditangan saya genggam erat sambil berenang mencari penyu.

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Kebetulan penyu kembali datang dan berada hanya di bawah badan saya, jadi saya terus hulurkan sotong di tangan. Sebaik sotong bertukar tangan kepada mulut, saya terus menyentuh cengkerang sang penyu. Berjaya! Pengalaman pertama saya menyentuh penyu liar di lautan biru terpahat di Pulau Redang. Haha..excited betul rasanya dapat menyentuh penyu kerana bukan selalu peluang begini saya dapat.


Setelah puas berenang, tibalah masa untuk kami pulang ke darat. Perjalanan pulang hanya ditemani oleh bunyi enjin bot yang membelah lautan. Tiada lagi suara bising bergelak ketawa kerana kebayakan daripada kami telah tertidur setelah penat beraksi di dalam laut sebelum ini. Saya juga antara salah seorang daripada mereka yang turut tidur :D


Bayaran bagi Pulau Redang Day Trip bersama Allur Galley Suite



Bagi day trip ke Pulau Redang, bayaran yang dikenakan adalah amat berpatutan. Jika inginkan perjalanan beserta penginapan, disarankan agar anda mengambil pakej yang ditawarkan oleh Allur Galley Suite. Check >> Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan untuk dapatkan maklumat harga dan aktiviti yang dijalankan. Namun jika anda  berminat untuk melakukan perjalanan day trip ke Pulau Redang sahaja, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

Dewasa - RM120
Kanak-kanak - RM80
Percuma bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 3 tahun 



Pakej Pulau Redang Day Trip Memang Awesome!



Pakej day trip ke Pulau Redang oleh Allur Galley Suite memang terbaik dan awesome! Terbaik dari pelbagai segi, samada semasa penginapan, perjalanan melihat kelip-kelip, day trip ke Pulau Redang atau semasa menikmati sarapan pagi di Kedai Makan Selera Pantai.


Layanan dan bantuan daripada staff juga turut memuaskan hati. Pemandu bot sangat mesra dan tidak lokek ilmu, setiap pertanyaan dan permintaan kami dilayani dan disantuni dengan baik. Malah pelbagai tips dan ilmu dikongsi bersama buat bekalan kami pada masa akan datang. Kelengkapan asas semasa berenang juga disediakan secara percuma.

Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite Memang Awesome

Kami dimaklumkan bahawa selepas ini, bot yang kami naiki tidak akan digunakan lagi dan  akan diganti dengan bot baru yang lebih besar dan cantik. Wah, untunglah bagi mereka yang membuat tempahan pakej ke Pulau Redang day trip bersama Allur Galley Suite selepas ini. Perjalanan ke pulau tentu lebih selesa dan menggembirakan.


Bagi anda yang berminat untuk menempah pakej ke Pulau Redang atau mencari tempat penginapan di sekitar Pantai Penarik, jangan lupa untuk masukkan Allur Galley Suite ke dalam list pilihan anda. Pakej Pulau Redang Day Trip oleh Allur Galley Suite memang terbaik dan awesome!

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. aduhhhh bila laa turn sy dapat ke pulau redang niiiiiiii.... cantiknya air lauttttttt

    BalasPadam
  2. bestnya pergi pulau. air kemain jernih. rindu plak nak bersnoerkeling.

    BalasPadam
  3. Napelah kita tak pergi lagi pulau2 kat Terengganu. Cantik2 kot.. pulau lain kat Malaysia nie kita dah pegi. Tak boleh jadi nie..
    Ingatkan kat Kuala selangor je ade kelip2.. kat ganu pun ade jugak.. bestnye ganu..

    BalasPadam
  4. bestnyaaa dapat pergi pulau redang!

    BalasPadam
  5. pengisahan pengalaman travel yang sangat menarik..

    bahkan saya cukup tertarik dengan ayat ini " suka digigit oleh mulut-mulut comel ikan '.

    sangat melucukan hahahaha

    BalasPadam
  6. Seronoknya alahai.. mama akan ke Sana bulan 7 Ni insya Allah

    BalasPadam
  7. adoi.. best nya wey.. teringin nak bawak anak2 g pulau tapi tu lah.. hahahaha~ tak de masa.. em..

    BalasPadam
  8. Wuaaah ..., lihat penampakan foto lokasi pantai-pantai cantik dan bersih begini ..., saya ingin mantai lagiiiiii hahaha ..

    Kalau sudah nyebur main-main air di pantai, rasanya .. bahaga bangeeet :)

    BalasPadam
  9. berbaloi bayar banyak tu dengan pelbagai aktiviti tu.. Paling best bila dapat bagi penyu makan dan pegang badan penyu..

    BalasPadam