Karnival Kewangan Terengganu Padat dengan Aktiviti, Meriah dan Berinformasi

Saya dan keluarga tidak lepaskan peluang untuk pergi ke >> Karnival Kewangan Terengganu anjuran Bank Negara Malaysia pada minggu lepas yang bertempat di Tabung Haji Hotel and Convention Centre. Rugi besar jika tidak ke sana kerana Karnival Kewangan ini merupakan program berskala besar yang julung kali dianjurkan di Terengganu. Ternyata tidak sia-sia kami ke karnival ini kerana ia padat dengan aktiviti menarik, sangat berinformasi dan meriah dengan pelbagai hadiah dan kunjungan orang ramai!


Sebaik selesai menjemput Auni dari sekolah, saya tidak tunggu lama dan terus memandu ke Tabung Haji Hotel untuk merasai kemeriahan berada di karnival ini. Dalam minda saya telah merencana pelbagai soalan yang ingin saya tanya di booth pilihan kerana ini merupakan Karnival Kewangan pertama yang saya pergi sejak kali terakhir iaitu semasa di universiti.

Karnival Kewangan Terengganu Padat dengan Aktiviti, Meriah dan Berinformasi

Jadi dalam minda saya bermain banyak persoalan tentang perkara berkaitan kewangan, sementelah lagi kini saya menguruskan kewangan keluarga dan diri sendiri, jadi memang suatu keperluan untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih dari sumber yang boleh dipercayai.


Setibanya di Tabung Haji Hotel, deretan bas yang tersusun di tepi jalan memberi saya gambaran awal kemeriahan yang sedang berlangsung di karnival. Saya bernasib baik kerana mendapat ruang parking bersebelahan hotel.


Sebaik menjejak kaki ke ruang menuju dewan, kami menerima sticker dan buku passport mini di dalam woven bag. Syarat untuk melayakkan kami menyertai cabutan bertuah adalah dengan mendapatkan cop di setiap booth mengikut kategori masing-masing pada buku passport. Jadi, eksplorasi mengumpul cop pun bermula!


Perasmian Pembukaan Karnival Kewangan Terengganu oleh Menteri Besar


Saya berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan Karnival Kewangan Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dr Ahmad Samsuri. Turut dilancarkan ketika majlis perasmian tersebut adalah portal MyWakaf yang dapat memudahkan umat Islam melakukan sumbangan wakaf secara atas talian melalui saluran perbankan yang efektif dan inovatif. Kami turut dihiburkan dengan video kompilasi siri penjelajahan program yang telah dianjurkan oleh BNM sebelum ini.

Karnival Kewangan Terengganu Padat dengan Aktiviti, Meriah dan Berinformasi

Saya tidak melepaskan peluang membuat semakan wang tidak dituntut di booth Akauntan Negara manakala suami pula membuat cetakan laporan CCRIS yang boleh terus diakses di booth BNM. Selain itu, saya juga baru tahu tentang kewujudan badan Non-Profit Organisation (NPO) seperti Ombudsman yang memberi khidmat kaunseling kepada pengguna yang pernah ditipu oleh pihak insurans.


Pengetahuan tentang takaful dan pelaburan juga boleh diakses secara mudah di sini. Pelbagai jenis bank berkumpul di bawah satu bumbung dan kami bebas memilih bank mana yang kami ingin dapatkan maklumat seperti Maybank, Ambank, CIMB dan banyak lagi. Selain itu, kami juga boleh terus dapatkan maklumat mengenai produk terbaharu yang ditawarkan oleh pihak bank dan membuat pendaftaran terus di booth.


Sesi Sidang Media Bersama Menteri Besar


Saya sempat menyertai rakan-rakan blogger yang lain untuk mendengar sedikit perincian mengenai karnival dalam sesi sidang media bersama Menteri Besar dan Penolong Gabenor BNM iaitu Abu Hassan Alshari Yahaya. MB Dr Ahmad Samsuri menzahirkan perasaan terkejut melihat sambutan menggalakkan yang diterima termasuk daripada golongan kanak-kanak terhadap Karnival Kewangan tersebut.

Karnival Kewangan Terengganu Padat dengan Aktiviti, Meriah dan Berinformasi

Menurut Abu Hassan pula, pelancaran Karnival Kewangan di negeri ini adalah bagi membuka minda masyarakat setempat memandangkan kadar peratusan bagi internet penetration di Terengganu adalah sebanyak 90% namun kesedaran dalam internet banking masih ditahap rendah iaitu hanya 65%.


Beliau turut berharap dengan kehadiran pengusaha berjaya sebagai tetamu jemputan dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat setempat untuk turut berusaha dan berjaya.


Padat dengan Aktiviti dan Permainan


Pelbagai ilmu saya perolehi di Karnival Kewangan Terengganu ini. Bukan itu sahaja, ketibaan kami turut disambut dengan pelbagai maskot comel dan aktiviti menarik sepanjang berada di Karnival Kewangan ini. Auni dan saya tidak lepaskan peluang untuk bermain permainan yang disediakan. Apa yang lagi mengujakan adalah setiap kali selesai bermain, kami menerima hadiah hasil sumbangan daripada pihak booth masing-masing, jadi apa lagi..kami bermain lebih lagi!

Karnival Kewangan Terengganu Padat dengan Aktiviti, Meriah dan Berinformasi

Tumpuan kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah tentunya pada bahagian Muzium dan Galeri Seni milik BNM yang terletak di luar dewan. Aktiviti permainan keluarga seperti bermain dam, sesi mengenal pasti wang palsu dan mencipta wang keluaran sendiri boleh dilakukan di sini.


Selain itu, aktiviti mencari lukisan tersembunyi dan bergambar bersama maskot juga menarik minat si kecil ke bahagian ini. Bagi anda yang ingin melawat muzium dan galeri seni, boleh ke BNM Art Gallery and Knowledge Management Centre yang terletak di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri.


Hadiah Lumayan untuk Cabutan Bertuah 


Selain ilmu baru dan permainan, antara booth yang tidak kurang hebat juga mendapat perhatian adalah booth MyDebit yang menawarkan cabutan bertuah sebuah motorsikal Yamaha YSuku sekiranya membeli aiskrim RM1 menggunakan kemudahan MyDebit. Macammana nak guna MyDebit? Hanya beri kad bank semasa membuat pembayaran dan wang akan ditolak secara langsung daripada akaun. Tidak perlu lagi membawa wang yang banyak jika ingin berbelanja, hanya cashless, jadi risiko kecurian juga dapat dikurangkan.


Selain itu, acara cabutan bertuah bagi penyimpan SSPN BSN juga diadakan pada hari tersebut. Beruntung kepada para penyimpan yang bertuah mendapat hadiah berupa wang simpanan serta kereta yang bernilai tinggi semasa proses cabutan dilakukan.


Namun, disebabkan saya bukanlah penyimpan di SSPN BSN jadi saya mengambil peluang membawa Auni dan Ameera melawat Muzium dan Galeri Seni BNM.

Bergembira di Karnival dan Dapat Cenderahati



Kami sangat gembira menghabiskan setengah hari di Karnival Kewangan Terengganu dan membawa pulang pelbagai cenderahati seperti woven bag, buku nota, pen, pelekat kenderaan dan fail. Manakala Auni dan Ameera kekenyangan menikmati lolipop, aiskrim dan popcorn yang diedar secara percuma di karnival.

Suami pula telah mendaftar nama untuk menyertai aktiviti berbasikal iaitu Gohek Fun Ride anjuran Bank Muamalat pada hari terakhir karnival berlangsung. Menang atau tidak bukan tujuan utama, hanya untuk mengeluarkan peluh dan melakukan aktiviti santai pada hujung minggu.

Karnival Kewangan Terengganu Padat dengan Aktiviti, Meriah dan Berinformasi

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dan gembira mengikuti aktiviti yang dijalankan di Karnival Kewangan Terengganu ini sambil menimba pelbagai maklumat tambahan baru sepanjang berada di sini. Aktiviti yang dijalankan menarik dan menghiburkan serta memudahkan urusan pengunjung yang hadir kerana bertindak sebagai one-stop-center bagi menjalankan urusan berkaitan kewangan.


Kami boleh menyemak wang tidak dituntut serta mendapatkan salinan laporan CCRIS pada masa yang sama dalam masa yang singkat. Diharap agar BNM akan dapat terus menganjurkan lagi  program seumpama ini pada masa akan datang di negeri Terengganu. Karnival Kewangan Terengganu padat dengan aktiviti, meriah dan berinformasi!

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. saya tercari2 pameran wang kertas kt sana... kalau ada laa... hehehe

    BalasPadam
  2. Jeles sangat tauu.. sebab kita tau karnival macam memang sangat memberi info kepada orang ramai.. apa yang kita tak pernah tahu dan dengar akan buat kita.. ooooooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan senang nak pergi karnival kewangan camni kan CikMar..banyak ilmu dapat..lain kali dah tau ada karnival camni, cepat2 la balik kampung. Ceh2..geram x?

      Padam
  3. Balasan
    1. Tahniah kenapa Rabia? Akak tak menang pun cabutan bertuah aritu :(

      Padam
  4. ilmu urusan kewangan mmg penting dalam urusan kerja dan rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Dengan ilmu yang betul baru kita boleh gandakan kewangan kita. Cewah, ayat baru belajar dari karnival la ni..kehkeh

      Padam
  5. tak pernah tahu or join if ada karnival kewangan. ofcoz ada banyak info dan input kewangan yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak input dapat sambil berhibur. Memang best la wak..

      Padam
  6. BEst macam ni jalan-jalan dapat ilmu kewangan jugak

    BalasPadam
  7. bagus bila ada karnival mcm ni.. dapat ilmu n info mcm2

    BalasPadam
  8. macam2 aktiviti ada. untuk semua peringkat umur pulak tu. bagus utk attract org ke sini.

    BalasPadam
  9. saya baca habis sebab penulisan ini sedap dibaca..

    memang la ilmu pengurusan kewangan amat wajar dituntut agar lebih bijak mengawal nafsu untuk berbelanja sumber dan dana kewangan yang kita ada setiap bulan

    BalasPadam
  10. macam2 ada.. press conference tu pun nampak macam santai2 je..

    BalasPadam
  11. Berkesan sekali acara karnaval ini, kak ...

    Ada tampilan robotnya juga.

    Selain menyenangkan acara jalan-jalannya juga nambah informasi.

    BalasPadam
  12. Salah satu nape kita pun suka pergi karnival sbb dpt byk goodies bag.. haha

    BalasPadam