Bank Negara Malaysia Anjur Karnival Kewangan Terengganu


Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Bank Negara Malaysia Anjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre pada 4 – 6 April 2019

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.


Masyarakat diseru untuk hadir bagi memeriahkan karnival ini kerana di samping berhibur, pengunjung dapat menimba ilmu dan mendapatkan khidmat nasihat oleh semua pengamal perbankan yang terlibat. Selain menjadi one-stop-centre, pengunjung juga bakal didedahkan dengan koleksi daripada muzium dan galeri seni Bank Negara Malaysia yang unik dan berinformasi.


Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac.


Siri jelajah ini akan mendekati golongan peneroka FELDA, golongan pelajar dan pekerja kerajaan untuk memastikan kesemua masyarakat mendapat penjelasan awal mengenai karnival dan menerima manfaat daripadanya. Sasaran awal bilangan pengunjung yang bakal hadir sepanjang siri ini dijalankan adalah seramai 3800 orang. Cetakan salinan CCRIS juga akan diberikan secara percuma semasa siri penjelajahan.

Lokasi dan Tarikh Roadshows 


1.  Pahang
  • 18 Mac 2019 - Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang 
  • 19 Mac 2019 - Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11, Jengka

2. Terengganu 
  • 20 Mac 2019 - Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya, Dungun 
  • 24 Mac 2019 - Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus 
  • 24 Mac 2019 - Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus 
  • 25 Mac 2019 - Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom, Setiu 
  • 26 Mac 2019 - Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung, Besut
  • 27 Mac 2019 - Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu
  • 28 Mac 2019 - Dewan Majlis Daerah Marang, Marang

3. Kelantan
  • 21 Mac 2019 - Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu
  • 31 Mac 2019 - Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota, Pengkalan Chepa

"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia Anjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre pada 4 – 6 April 2019

Dalam sesi Taklimat Media yang dijalankan, empat wakil utama yang menjadi tetamu bagi menjelaskan mengenai Karnival Kewangan Terengganu ini adalah Datin Arlina Ariff selaku Pengarah LINK dan Bank Negara Malaysia, wakil dari Persatuan Takaful Malaysia iaatu Encik Abdul Rahman Ali, wakil dari Persatuan Bank di Malaysia iaitu Encik Sarizal Samsudin dan Puan Suri Hanim Mohamed selaku wakil dari Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia.


Karnival berskala besar yang pertama kali dianjurkan di Pantai Timur ini menyasarkan bilangan pengunjung sehingga 15000 kehadiran sepanjang tiga hari. Komuniti masyarakat terutama di Pantai Timur akan menerima manfaat mengenai pengurusan kewangan dan mendapat pendedahan mengenai produk yang ditawarkan samada oleh agensi yang terlibat.


Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571. Selain itu, anda juga boleh hubungi talian hotline TELE-LINK di 1-300-88-5465 bagi sebarang bantuan tambahan.

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Balasan
    1. Kalau dekat boleh join CCL. Tajuk pasal kewangan ni memang selalu mengujakan..kan?

      Padam
  2. terbaik. memang seronok karnival kewangan macam ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, excited nak tau semua benda nak2 pasal duit kita..haha

      Padam
  3. wah..bagus ni..kt kelantan xnak panggil blogger ke?hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Kelantan tak buat yang besar macamni CikNor, diaorang cuma buat roadtour. Boleh join roadtour kot tapi kalau ada karnival lagi best la kan..

      Padam
  4. terbaek.. best kalau dpt join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mailah ganu ejulz, bawak wife dan baby makan angin kat sini sambil pi karnival kewangan ni..

      Padam
  5. bagusnya wujudkan program sebegini...boleh dpt ilmu baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Saya pun dah plan banyak nak tanya dalam otak ni..tunggu nak keluarkan je nanti..

      Padam
    2. boleh tkr duit raya x kt sini? hehehehe

      Padam
  6. Thanks for sharing this valuable info :)

    BalasPadam
  7. Bagus karnival macam ni tau sebab banyak info yang kita boleh dpt especially tentang pengurusan kewangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, setuju sangat2. Nak2 untuk orang yang lemah pengurusan kewangan macam saya ni..

      Padam
  8. Balasan
    1. Menarik wak, kita pun boleh belajar cara pengurusan kewangan yang betul..penting tu..

      Padam
    2. inilah ilmu yang amat wajar untuk dipelajari sebaik-baiknya ...ilmu pengurusan kewangan

      Padam
  9. Balasan
    1. Jomlah pergi Rabia, tak jauh kan Bukit Depu tu..

      Padam
  10. wah bagus karnival ni mcm2 ilmu kewangan boleh kutip

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, tak sabar nak tunggu tarikh karnival tu. Banyak soalan nak tanya ni..

      Padam