Khamis, 7 Mac 2019

Bercuti Tanpa Risau dengan Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals pada 11 Mac Ini


Minggu lepas telah berlangsung MATTA Fair di Kuala Terengganu pada 28 Februari dan berakhir pada 2 Mac 2019. Jadi apabila suami ajak saya cuci mata sambil survey tawaran menarik di sana, terus saya jawab "Jom!" dengan tidak bertangguh kerana tahun ini kami masih belum bercuti kemana-mana lagi.


Dalam minda saya sibuk merencana lokasi pilihan untuk tahun ini. Sibuk juga membayangkan dapat sambar voucher hotel dengan harga jimat seperti sebelum ini di MATTA Fair. Tapi mungkin tiada rezeki saya untuk pergi kerana suami kepenatan lalu tertidur. Esok dan lusanya pula suami kerja overtime, jadi tidak berkesempatan pula hendak pergi ke MATTA Fair. Hurm..


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Tapi saya tidak kisah pun. Meskipun tidak dapat berjimat di MATTA Fair, saya tahu satu tempat yang boleh saya berjimat jika ingin bercuti. Memang setiap tahun sebelum kami bercuti ke mana-mana, satu aplikasi ini kami akan tuju dahulu untuk membuat perbandingan harga dan menempah bilik hotel. Aplikasi apa? Tentulah Traveloka..


Kenapa Traveloka Pilihan Kami Sebelum Bercuti?



Kenapa saya dan suami memilih Traveloka? Sebab utama adalah kerana ia merupakan satu-satunya apps yang kami temui bersifat honest pricing. Semua harga yang dipaparkan merupakan harga bersih tanpa tersembunyi sebarang cas tambahan. Jika dibuat perbandingan harga dengan aplikasi lain, harga di Traveloka adalah lebih tinggi namun tunggu dulu, kos yang anda lihat di apps lain itu belum termasuk tambahan tax ye.


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Setelah ditambah jumlah tax, kebiasaannya kami dapati harga di apps Traveloka adalah lebih murah berbanding di aplikasi yang lain. Di apps Traveloka, saya tidak perlu membuat tambahan jumlah tax kerana jumlah yang dipaparkan adalah nilai bersih yang perlu dibayar. Selain itu, Traveloka juga sering tawarkan promosi kod voucher kepada pelanggannya. Kod ini boleh ditebus semasa membuat tempahan online bagi melayakkan mereka mendapat harga yang lebih jimat.


Selain mempunyai features untuk tempahan hotel dan penerbangan, aplikasi Traveloka juga mempunyai features tambahan baharu seperti aktiviti yang boleh dilakukan, tempahan tiket bas, train atau shuttle, sewaan kereta, tayangan movie dan pelbagai lagi. Pengguna boleh membuat pilihan tempahan hotel dan penerbangan sekaligus merancang aktiviti yang ingin dilakukan serta membuat tempahan hanya dengan menggunakan satu aplikasi iaitu Traveloka! Mudah bukan?


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Tawaran diskaun dan harga juga dikemaskini setiap hari bagi membolehkan pengguna mendapat tempahan percutian pada harga terbaik. Sebab itulah kami suka menggunakan apps Traveloka kerana ia lebih convenience dan sudah tentu lebih menjimatkan.


Pengalaman Berjimat dengan Traveloka



Pada November tahun lalu, kami telah bercuti di Perak sebagai memenuhi undangan membuat review bagi sebuah rumah penginapan. Pada malam kedua, kami terpaksa menempah bilik hotel memandangkan penginapan bagi sesi review hanya disediakan untuk semalaman sahaja. Disebabkan aktiviti berakhir agak lewat malam dan kami masih belum menempah biilik hotel, jadi kami merancang untuk membuat tempahan secara walk-in sahaja di hotel berdekatan.


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Suami saya walk-in ke lobi hotel untuk bertanyakan harga terlebih dahulu manakala saya pula menjaga anak-anak di dalam kereta sambil menggodek aplikasi Traveloka untuk melihat harga bilik di hotel tersebut. Apabila suami kembali, katanya harga semalaman adalah RM190++. Eh, rasanya saya tengok di apps Traveloka baru RM140++. Nasib baik suami masih belum membuat tempahan, jadi kami menggunakan apps Traveloka untuk menempah bilik. Kami sempat juga menebus kod voucher promosi bagi mendapatkan potongan harga sebanyak RM10 lagi.


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Jadi, daripada harga semalaman RM190++ untuk walk-in, kami jimat sebanyak hampir RM60++ dengan menggunakan apps Traveloka! Sebab itulah kami sentiasa akan membuat perbandingan harga di Traveloka terlebih dahulu kerana selain harga yang lebih murah, promosi kod voucher juga amat membantu kami mendapatkan harga yang super jimat.


Traveloka Saleabration - Hakuna Matta-Ta Deals



Sebagai surirumah yang bergantung hidup dengan pendapatan oleh hanya seorang ketua keluarga, jadi tugas merancang perbelanjaan sambil berjimat terletak di bahu saya sebagai isteri. Dan apa yang golongan mak-mak suka tentulah diskaun, promosi dan voucher! Disebabkan kami sekeluarga gemar bercuti, jadi menjadi kelaziman untuk menunggu kedatangan event MATTA Fair yang dianjurkan di negeri kami demi mendapatkan tawaran harga menarik seperti mana yang golongan mak-mak gemari :D


Tetapi kini saya mempunyai pilihan baru selain MATTA Fair 2019 kerana dengar cerita Traveloka Saleabration akan tiba tidak lama lagi dengan pelbagai tawaran harga yang menarik. Apa yang mengujakan, tawaran diskaunnya adalah lebih kurang sama seperti diskaun di MATTA Fair Promo! Jika sebelum ini, kami tertunggu-tunggu kedatangan MATTA Fair untuk dapatkan harga promosi dan diskaun bagi percutian, nampak gayanya selepas ini kami boleh mula survey promosi harga jimat di Traveloka Saleabration pulalah. 


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Bila Traveloka Saleabration akan diadakan? Berita baik untuk kami yang telah terlepas peluang untuk pergi ke MATTA Fair minggu lepas kerana pada minggu hadapan iaitu pada 11 Mac 2019, Traveloka Saleabration akan berlangsung! Yeay! Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum Traveloka Saleabration bermula.


Bersesuaian dengan tagline Traveloka Saleabration itu sendiri iaitu Hakuna Matta-Ta Deals yang menggabungkan perkataan hakuna matata dan MATTA Fair, saya pasti harga pada kali ini tentu tidak perlu risau (hakuna matata) kerana tawaran harga yang ditawarkan pasti pada harga jimat dengan promosi dan diskaun seperti di MATTA Fair. Tidak sabar pula menantikan tiba tarikh bermulanya Traveloka Saleabration kerana lokasi percutian tahun ini telah pun kami pilih. Di mana? Rahsia...


Traveloka Saleabration Hakuna Matta-Ta Deals 11 Mac Ini


Jadi jangan lupa untuk buka aplikasi Traveloka pada 11 Mac 2019 nanti untuk lihat tawaran menarik yang disediakan buat anda kaki jalan. Yang pasti terdapat potongan harga dan promosi yang boleh disambar. Untuk buat tempahan dan mendapatkan makluman lebih lanjut, layari sahaja laman web https://www.traveloka.com/en-my/promotion/saleabration.


Kali ini saya pasti tidak akan terlepas peluang lagi kerana alarm telah saya setkan, anda bagaimana?

35 ulasan:

  1. Wah.. menarik nie.. sha selalu tak berpeluang ke Matta Fair.. Baguslah Traveloka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah boleh check offer Sha, boleh jimat sehingga RM300 tau.

      Padam
  2. Kena rajin survey dan godek-godek Traveloka jimat banyak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu wak, paling banyak yang kitorang dapat yang latest tu la..sampai RM60++

      Padam
  3. wah bestnya..mama pun suka shopping dgn traveloka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gimme five la mama! Sama jenis kita rupanya..

      Padam
  4. Wah dah ada features baru lah. Ni yanh best ni. Nak buka lah traveloka kot2 ada yang terbekenan kan. Lagi pun lama dah tak cuti2 malaysia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke dah lama tak cuti Ana? Selalu nampak Ana pi travel je..kita betul jarang..

      Padam
  5. memang sangat menarik. sekarang memacam ada kan. semuanya memudahkan urusan kita ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju wak, nak tempah tiket dah boleh buat secara online, lepastu lagi jimat dari harga walk-in lagi..

      Padam
  6. Seronok kan bila dapat harga dah all include..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah husniey, xpayah nak pening2 tambah tax lagi..

      Padam
  7. saya suka juga dengan servis Traveloka..

    mudah dan mesra pengguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak, lepastu lebih menjimatkan..

      Padam
    2. Betul wak, lepastu lebih menjimatkan..

      Padam
    3. kan....lagi mudah maka lagi disukai oleh para pengguna

      Padam
  8. Wah awesome apps! Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  9. saya nak ikut bercuti sekali hehehe

    BalasPadam
  10. traveloka kembali. bestnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..jom buka apps Traveloka, tengok ke mana kita nak pergi lepasni..

      Padam
  11. Senang betul guna khidmat Traveloka, takdelah susah-susah nak cari tiket flight dan hotel secara berasingan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat, sekarang dah ada pulak button aktiviti. Jadi kita pun dah boleh plan nak buat apa time bercuti dan boleh book tiket on the spot..senang kan?

      Padam
  12. Kena rjin servey klw nak dpt hrg berpatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah CCL, dah dapat harga murah tu terus book je la. Takut tunggu esok, tak dapat pulak harga macam sebelum ni..

      Padam
  13. Traveloka memang suka buat promosi macam ni kan :) best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sangat! Bukan sikit boleh berjimat tu..jom plan nak cuti kat mana lepasni..

      Padam
  14. Balasan
    1. Best sangat! Lepasni boleh bercuti selalu dengan Traveloka..

      Padam
  15. entri mengundang kita menyelak kalendar cari tarikh boleh cuti lah ni ye.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh awak, cukuplah tu menyelak kalendar. Cuti untuk awak tahun ni dibekukan. Sebabnya saya dapat report awak asyik bercuti je. Jeles tau saya :P

      Padam
  16. wah bestnya sesuai utk mama yg kuat jalan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mama kuat jalan ye. Nak join jalan2 dengan mama jugak boleh? :P

      Padam
  17. kadang2 buka juga Traveloka tengok apa yang menarik..
    rambang mata jugakla. ada banyak deals yg berbaloi2 =D

    BalasPadam