Nombor Pin Google Adsense Penting Ke?


Penting ke dapat nombor PIN daripada Google Adsense?
Kalau tak dapat nombor PIN ni boleh effect apa-apa ke?
Apa nak buat kalau nombor PIN Adsense tidak sampai?

Jawapannya nombor PIN Google Adsense ni penting untuk mereka yang berhasrat nak buat duit dengan Adsense mereka. Yelah, penat-penat apply Adsense untuk letak di blog, kemudian dah running dan dapat sikit duit di Adsense akaun, alih-alih di block sebab tak sahkan nombor PIN.

Haru tak?

Nombor Pin Google Adsense Penting Ke?

Sebenarnya saya baru terima nombor PIN Google Adsense minggu lepas yang sepatutnya saya dah terima sejak tahun lepas. Disebabkan saya buat blog pun main-main sebelum ini, jadi alamat rumah pun saya masukkan yang paling ringkas.

Yelah, pada masa tu mana saya tau dengan berblogging boleh buat duit.


Nombor PIN Adsense Tidak Sampai


Bijaknya saya lagi kerana taktau yang Google akan hantar surat bernombor PIN ke alamat rumah yang dah dimasukkan semasa pendaftaran apabila duit dalam Adsense dah capai USD 10. Makanya surat yang dinanti tak tiba, tapi ayat amaran yang saya terima.

Sekiranya masih belum sahkan nombor PIN, maka akaun Adsense saya akan di block. Begitulah bunyi ayat amaran tersebut yang terpampang di akaun Google Adsense saya. Aiyaiya..

Bila dah alamat rumah pun dimasukkan tak lengkap, jadi macammana nak terima nombor PIN Google Adsense ke rumah. Lalu terjadilah peristiwa stuck menunggu surat mengandungi nombor PIN Google Adsense selama empat bulan.

Nombor Pin Google Adsense Penting Ke?

Jadi, INGAT lah!

Sekiranya akaun Google Adsense anda telah mengumpul nilai USD 10, maka nombor PIN akan terus dihantar daripada UK terus ke alamat rumah yang telah didaftarkan tanpa sebarang pemberitahuan telefon kecuali nota kecil di paparan Home Google Adsense anda.

Kalau anda bukan kaki yang check Google Adsense, maka anda mungkin akan terlepas pandang tentang pemberitahuan ini. Sekiranya anda tidak mengesahkan nombor PIN yang diterima dalam akaun Google Adsense mengikut masa yang diperuntukkan, maka akaun anda akan di block.

Sekian, innalillah..


Jom kenali sedikit tentang nombor PIN Google Adsense ini supaya anda tidak terlepas pandang :

  • Setelah akaun Adsense anda mencapai nilai USD10, maka pihak Google akan menghantar surat bernombor PIN ke alamat rumah yang telah anda daftarkan. Proses penerimaan mengambil masa antara 3 hingga 4 minggu kerana penghantaran adalah daripada UK.

  • Anda boleh meminta nombor PIN yang baru (nombor sama tetapi dihantar lagi) sekiranya tidak menerima nombor PIN sebelum ini. Namun permintaan nombor PIN yang baru hanya boleh dilakukan setelah 3 minggu daripada tarikh penerimaan nombor PIN lama.

  • Google hanya akan menghantar nombor PIN sebanyak 3 kali sahaja. Jika anda masih tidak menerima nombor PIN, terdapat pemberitahuan di halaman Adsense yang akan meminta anda menghantar salinan IC untuk proses pengesahan. 

  • Pastikan anda semak kembali alamat rumah yang didaftarkan bagi mengelakkan nombor PIN tidak sampai ke rumah.

Nombor Pin Google Adsense Penting Ke?


Macammana nak tukar alamat di akaun Google Adsense?
Follow step-by-step di bawah :

  1. 1. Buka akaun Google Adsense anda.
  2. 2. Klik 'Payments'.
  3. 3. Pada bahagian 'Setting', klik Manage Setting.
  4. 4. Pada bahagian 'Name and address', masukkan alamat baru yang diingini. Klik pada lambang pensel untuk edit.

Jadi sekarang tugas anda hanya menunggu surat sampai ke rumah. Kalau selepas sebulan surat ditunggu tak kunjung tiba, jangan tunggu lagi, terus request untuk surat seterusnya. Bimbang kalau dilambatkan nanti tak perasan pula akaun Google Adsense anda telah di block

Kalau jadi begitu, bertabah la ye..
Hubungi team Google Adsense untuk mohon bantuan. Btw all the best dan selamat ber-kaching! Btw anda boleh pastikan duit adsense terus masuk ke akaun bank dengan guna cara ini ye >> Duit Adsense Masuk Akaun. Selamat mencuba!

Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. terima kasih berkongsi. GA sy mgkn br USD0.10 kot so kena laa update cpt. mn tau esok jd USD100😆😆😆😆😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..saya pun doa yang sama untuk diri sendiri..haha

      Padam
  2. Oh diorang pakai sistem surat lagi la ye. Kena update alamat la kn. Belum register GA lagi. Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Update cepat wak, kalau cukup USD10 dalam tu dia tak bagitau apa2 dah. Terus je hantar surat nanti..

      Padam
  3. Thanks for sharing, sebelum ni memang tak thu yang google akan hantar surat dkt dekat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome. Lepasni boleh update alamat kat Google tau :)

      Padam
  4. bestnye..teringin jgk nak buat google ads tapi baru beberapa hari buat blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar dulu tau wak. Kalau nak apply awal boleh tapi tak berapa ada effect sebab Google pun ambil masa nak approve lebih2 kalau blog masih kosong. Update blog selalu, jangan buat spam..nanti in shaa Allah ada rezeki nak approve. Caiyok wak!

      Padam
  5. Balasan
    1. Jom wak, i ada USD10 ni..haha (perasaan riak dan bongkak) :P

      Padam
  6. Bila lah ana nak apply GA ni. Hari tu buat sekali tak layak terus tak cuba2 lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dah tu Ana apply lagi. Rezeki siapa tahu kan..jom cuba lagi.

      Padam
  7. Pin google adsense itu hal yang penting,,,,seperti surat cinta hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Tapi lagi masyuk dari surat cinta la yang penting. Haha..

      Padam
  8. saya ada dapat jugak hantar kat rumah terkejut ingat apelah huhuhu
    dah dpt 100 USD saya guna western union mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow! Awak dah dapat 100USD! Habis dah ke guna? Buat beli apa eh? Sibuk je nak tau kan..

      Padam
  9. Tahniah.. ejulz x pernah dapat lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah lepasni sampai la tu ejulz. Aamiin..

      Padam
  10. terima kasih kerana buat blog ini..dpt ilmu pasal adsense
    skrg ni aku tgh tggu surat smpai hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah! Lepas ni start boleh tunggu duit penuh tabung je la kan..ka-ching!

      Padam
  11. Adsense pun tak sampai lagi USD10 TT_TT

    BalasPadam
  12. Seronok ya baca sharing awak ni sis. CX datang sini sebab nak tahu macam mana nak dapatkan surat pin adsense. Sekarang dah faham. Bila cek, yes, cx dah setting siap². Alhamdulillah. Tq awak sebab share ilmu bermanfaat tentang adsense untuk newbie macam cx ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, saya pun newbie wak..huhu. Banyak lagi nak kena belajar, harap dapat kasi tunjuk ajar ye. Awak lagi senior tau dari saya :)

      Padam
  13. Penantian suatu penyeksaan, saya belum terima pin dari GA... Huhuhu

    BalasPadam