Sejak Auni mula bersekolah, rutin harian saya pada tahun ini mula berubah. Kalau dulu saya tidak perlu keluar memandu setiap hari, sekarang saya adalah tukang pemanas enjin kereta. Menjelang jam 12.30 tengah hari, saya sudah sedia menunggu di hadapan sekolah Auni untuk mengambilnya pulang.
Meskipun sesi pembelajaran berakhir jam 12.45 tengah hari, namun saya terpaksa datang lebih awal kerana ruang parking yang terhad dan saya perlu menjemput Auni keluar dari dalam kelasnya sendiri. Menghabiskan masa di dalam kereta selama 15 minit dan berjalan kaki ke kelas untuk menjemput Auni di bawah panas terik matahari sambil mendukung Ameera bukanlah perkara yang susah dilakukan.
Namun masalah datang menjengah apabila saya mula perasan tona wajah saya menjadi agak gelap dan tidak sekata hari demi hari. Meskipun saya menyapu krim siang dengan SPF23 pada wajah setiap kali ingin menjemput Auni, namun ia masih tidak mampu melindungi kulit saya sepenuhnya daripada sinaran UV.
Meskipun sesi pembelajaran berakhir jam 12.45 tengah hari, namun saya terpaksa datang lebih awal kerana ruang parking yang terhad dan saya perlu menjemput Auni keluar dari dalam kelasnya sendiri. Menghabiskan masa di dalam kereta selama 15 minit dan berjalan kaki ke kelas untuk menjemput Auni di bawah panas terik matahari sambil mendukung Ameera bukanlah perkara yang susah dilakukan.
Namun masalah datang menjengah apabila saya mula perasan tona wajah saya menjadi agak gelap dan tidak sekata hari demi hari. Meskipun saya menyapu krim siang dengan SPF23 pada wajah setiap kali ingin menjemput Auni, namun ia masih tidak mampu melindungi kulit saya sepenuhnya daripada sinaran UV.
Selain itu, kebelakangan ini wajah saya kerap disinggahi jerawat. Walaupun tidak banyak namun ia tetap menggusarkan saya kerana sudahlah semakin gelap, berjerawat pula. Mungkin ia adalah kesan daripada tugasan saya membuat review produk kecantikan wajah sehingga mencampur adukkan penggunaan pelbagai produk berbeza. Selain boleh menimbulkan reaksi yang tidak diingini kepada kulit wajah, sesetengah produk juga mungkin tidak serasi dengan kulit wajah saya.
Kitsui Makanan Tambahan untuk Kesihatan dan Kecantikan
Jika sebelum ini saya banyak membelanjakan wang untuk produk kecantikan wajah, kali ini saya nekad untuk mencari produk berasaskan makanan tambahan bagi menjaga kecantikan secara luaran dan dalaman. Semoga usaha ini dapat mengurangkan kebanyakan masalah yang saya sedang hadapi sekarang memandangkan usia juga makin bertambah dan kedutan semakin ketara di wajah. Mujurlah pencarian saya tidak menemui jalan buntu kerana dipertemukan dengan makanan tambahan yang selamat dan berkualiti daripada KITSUI.
Apa yang menarik perhatian saya mengenai produk berjenama Kitsui ini adalah ia dihasilkan oleh sumber alami dengan campuran pelbagai jenis ekstrak dan ramuan semulajadi yang berkualiti daripada seluruh dunia. Telah berada di dalam pasaran selama 23 tahun di bawah syarikat Gemini Beauty Resources (M), Kitsui menghasilkan produk yang terjamin selamat dan berkesan untuk para pelanggannya kerana telah mendapat status piawaian Amalan Pengilangan Baik.
Apa yang menarik perhatian saya mengenai produk berjenama Kitsui ini adalah ia dihasilkan oleh sumber alami dengan campuran pelbagai jenis ekstrak dan ramuan semulajadi yang berkualiti daripada seluruh dunia. Telah berada di dalam pasaran selama 23 tahun di bawah syarikat Gemini Beauty Resources (M), Kitsui menghasilkan produk yang terjamin selamat dan berkesan untuk para pelanggannya kerana telah mendapat status piawaian Amalan Pengilangan Baik.
Paling menarik adalah apabila saya juga mendapat tahu bahawa produk Kitsui adalah SUPERFOOD kerana ia diperbuat daripada makanan seharian kita seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kolagen daripada ikan. Jangan salah faham ya, Kitsui bukan ubat tetapi makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan dapat membantu memperbaiki sel badan namun ia tidak dapat mengubati penyakit. Oleh sebab itu produk Kitsui tidak mempunyai no. MAL kerana ia tidak dikelaskan di bawah kategori ubat-ubatan.
Memasarkan 14 jenis produk bagi menangani masalah berkaitan kesihatan, kecantikan dan berat badan, Kitsui komited memberikan perkhidmatan terbaik melalui penyelidikan saintifik yang berterusan, seminar dan persidangan inovatif di samping mengekalkan standard yang tinggi bagi semua produknya. Berharga RM38.80 sekotak dengan 15 sachet x 10 gram kandungan, produk Kitsui boleh didapati di farmasi Watson dan Guardian seluruh Malaysia.
Kitsui Whitenin B.B. Review
Bagi mengatasi masalah tona kulit gelap dan tidak sekata, saya mengamalkan Kitsui Whitenin B.B. sebagai makanan tambahan kerana ia sesuai dimakan buat mereka yang alah pada makanan laut seperti saya. Diekstrak dengan campuran acerola, oren, biji anggur, akasia, beri dan asid alfa lipoik, Kitsui Whitenin B.B. membantu mengembalikan kecerahan tubuh badan serta membantu mengurangkan masalah jerawat seperti yang saya alami.
Kitsui Whitenin B.B. mengandungi acerola dan biji anggur yang kaya dengan sumber antioksida. Ia bukan sahaja dapat membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan malahan turut membaiki kerosakan sel DNA. Selain itu, kandungan beri dan oren yang kaya dengan khasiat Vitamin C melindungi kulit daripada sinar UV dan mencegah penuaan dan kulit kusam. Kehadiran asid alfa lipoik pula meningkatkan daya tahan badan dan melambatkan proses penuaan.
Selain itu, kebaikan Kitsui Whitenin B.B. adalah :
- Mencerah dan memutihkan seluruh badan
- Menghalang pembentukan blackhead dan whitehead
- Mengurangkan masalah jerawat
- Mengawal minyak berlebihan
- Mencerahkan mata
- Menghalang penghasilan melanin kulit
- Menutup liang pori muka
Daripada pembacaan saya, perubahan pada kecerahan warna kulit dapat dilihat lebih ketara selepas pengambilan Kitsui Whitenin B.B secara berterusan dalam masa satu hingga dua minggu bergantung kepada tahap keserasian masing-masing. Jadi, mungkin ada yang dapat lihat perubahan lebih awal serta tidak kurang juga yang mengambil masa agak panjang untuk melihat perubahannya.
Kitsui Pim'pal Away Review
Meskipun Kitsui Whitenin B.B. mampu menghilangkan jerawat, namun saya tetap mahu mencuba Kitsui Pim'pal Away kerana produk ini juga dikatakan boleh meyelesaikan masalah bintik hitam selain membaiki struktur kulit wajah. Mengandungi campuran kelapa, asid alfa lipoik dan Vitamin C, Kitsui Pim'pal Away amat sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah jerawat, jeragat dan bintik hitam di wajah.
Manfaat kelapa dalam bidang kecantikan tidak asing lagi. Selain mampu mengurangkan masalah jerawat di wajah, kelapa juga mempunyai kadar antioksida yang tinggi. Selain itu, campuran Vitamin C dan asid alfa lipoik yang tinggi antioksida membantu meningkatkan daya pertahanan tubuh serta mengurangkan proses penuaan.
Manfaat lain bagi Kitsui Pim'pal Away adalah :- Mencegah dan menghilangkan jerawat
- Mengecilkan pori muka
- Membaiki struktur kulit dan memudarkan parut
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
- Mengatasi masalah jerawat batu dan bernanah
- Menghilangkan bintik hitam
- Mengurangkan kemerahan akibat radang
Selain pengambilan makanan tambahan ini, golongan yang menghadapi masalah kulit berjerawat ini perlu menjaga pemakanan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah susu, makanan bergoreng dan kicap berasaskan soya.
Cara Pengambilan Kitsui Whitenin B.B dan Kitsui Pim'pal Away
Larutkan 1 sachet (10 gram) serbuk ke dalam 100 ml air, tidak kisah samada air panas, suam atau sejuk asalkan semua larut. Setelah semua larut, bolehlah diminum. Sebaiknya minum sebelum tidur bagi mendapatkan hasil maksimum atau boleh juga diminum pada waktu pagi selepas sarapan. Jangan lupa perbanyakkan minum air masak untuk mendapatkan kesan lebih pantas dan menyingkirkan lebihan toksin dari badan.
Bagi peminat kopi seperti saya, pengambilannya haruslah dikurangkan kerana kandungan kafein dalam kopi membantu mempercepatkan proses penuaan. Selain itu, pengambilan Kitsui semasa uzur adalah suatu pembaziran kerana kadar serapan badan adalah rendah, jadi seeloknya dihentikan sementara pengambilan produk makanan tambahan. Sekiranya mengambil ubat daripada hospital, pengambilan Kitsui perlu dijarakkan selama 5 jam.
Meskipun saya masih menyusukan Ameera pada masa kini, namun produk Kitsui boleh diamalkan buat ibu yang menyusukan bayi berumur 4 bulan ke atas. Selain itu, ibu mengandung dengan kandungan 4 bulan ke atas juga boleh mengamalkan produk Kitsui. Walaubagaimanapun, produk slimming atau detoks daripada Kitsui tidak sesuai diamalkan oleh dua golongan ini.
Review Setelah Mengamalkan Kitsui Whitenin B.B dan Kitsui Pim'pal Away
Kitsui Whitenin B.B. dan Kitsui Pim'pal Away keduanya mempunyai rasa yang unik dan sedap. Kitsui Whitenin B.B. yang dihasilkan dengan ekstrak buah beri, oren serta biji anggur memberi rasa masam dan bewarna keperangan yang mana rasanya tidak ubah seperti Vitamin C kapsul yang sering saya makan sebelum ini.
Perubahan yang dapat saya lihat sebaik mengamalkan Kitsui Whitenin B.B. sebagai minuman sebelum tidur adalah tona kulit kelihatan semakin sekata dan halus. Jika sebelum ini muka saya kelihatan kusam dan tidak berseri, namun saya perasan sejak beberapa hari kebelakangan ini, wajah saya nampak lebih berseri dan segar.
Dari segi kecerahan kulit wajah, masih belum ketara perubahan yang dapat saya lihat memandangkan saya masih baru mengamalkan minuman Kitsui Whitenin B.B. ini. Tidak mungkin dengan 4 sachet saya akan terus dapat melihat kesan maksimum kan, paling kurang saya perlu amalkan pengambilannya secara berterusan selama seminggu dua, pasti tentu akan nampak perubahannya.
Perubahan yang dapat saya lihat sebaik mengamalkan Kitsui Whitenin B.B. sebagai minuman sebelum tidur adalah tona kulit kelihatan semakin sekata dan halus. Jika sebelum ini muka saya kelihatan kusam dan tidak berseri, namun saya perasan sejak beberapa hari kebelakangan ini, wajah saya nampak lebih berseri dan segar.
Dari segi kecerahan kulit wajah, masih belum ketara perubahan yang dapat saya lihat memandangkan saya masih baru mengamalkan minuman Kitsui Whitenin B.B. ini. Tidak mungkin dengan 4 sachet saya akan terus dapat melihat kesan maksimum kan, paling kurang saya perlu amalkan pengambilannya secara berterusan selama seminggu dua, pasti tentu akan nampak perubahannya.
Bagi Kitsui Pim'pal Away pula, larutan serbuknya bewarna putih dengan rasa seperti campuran air kelapa dan 100 Plus menghasilkan rasa yang unik dan sedap. Tidak hairanlah mengapa ia terasa seperti campuran air kelapa kerana mengandungi ekstrak kelapa yang berkuasa dalam menghapuskan jerawat.
Sejak mengamalkan Kitsui Pim'pal Away, jerawat yang singgah di bahagian pipi kiri dan di atas bibir saya semakin mengecut hari demi hari dan kemudian hilang tanpa meninggalkan parut. Begitu juga dengan masalah bintik hitam di wajah saya dapat diatasi kerana semakin kurang kelihatan. Apa yang paling menggembirakan saya adalah, tiada lagi jerawat yang datang menyinggah di muka saya lagi!
Saya suka mengamalkan kedua-dua produk Kitsui Whitenin B.B. dan Kitsui Pim'pal Away ini apabila melihatkan kesan tindak balasnya yang pantas bekerja ke atas tubuh saya. Mungkin selepas ini saya boleh mencuba Kitsui Bellos Fiber untuk mengatasi masalah penghadaman saya yang tidak berapa baik, tetapi kena tunggu habis waktu penyusuan Ameera dululah nampak gayanya.
Bagaimana Ingin Dapatkan Produk Kitsui?
Bagi yang berminat untuk mencuba produk Kitsui, anda hanya perlu ke farmasi Watson atau Guardian berdekatan kerana produk Kitsui tidak dijual di mana-mana kedai kecantikan yang lain ye. Hanya boleh dibeli samada melalui HQ, Watson atau Guardian sahaja.
Begitu juga dengan pembelian secara online, pastikan melalui kedai Guardian atau Watson jika membuat pembelian di Lazada mahupun Shopee. Untuk meklumat lanjut mengenai produk dan pembelian langsung melalui HQ, boleh ke link di bawah :
Begitu juga dengan pembelian secara online, pastikan melalui kedai Guardian atau Watson jika membuat pembelian di Lazada mahupun Shopee. Untuk meklumat lanjut mengenai produk dan pembelian langsung melalui HQ, boleh ke link di bawah :
Pembelian secara langsung melalui HQ : Kitsui Shopee
Instagram : kitsuimalaysia
#1 Jenama Terunggul di Hati Pengguna
26 Ulasan
Nak kulit cerah jugakkk.. hee nanti nak beli laa harga berpatutan sangat tu...
BalasPadamTakpe tak cerah pun Husniey asalkan sihat. Tapi akak pun nak cerah jugakkkk..haha
PadamBanyak kebaikan minuman tambahan Kitsui ni ye. Bahan2 yg diguna pun dari bahan alami which is bagus utk kita
BalasPadamItulah, sebab diekstrak dengan bahan alami tu yang buat kita nak cuba tu..tentu selamat dan berkualiti :)
Padamwahhh banyaknya khasiat dia, nanti ada duit lebih boleh try
BalasPadamJom kita makan sama2 Panna..semoga kita cantik berseri lepas ni :D
PadamWow banyak khasiat nya.Makin cantik akak skrg
BalasPadamAkak harap akak makin cantik dan muda lepasni Rabia sebab sekarang dah tua..haha
Padampimpal away tu mmg sy mkn tp x konsisten hahaha
BalasPadamEh, tapi muka awak tak berjerawat pun saya tengok. Lepasni try Whitenin BB pulak supaya kita cantik berseri..ahaks..
Padamterbaek.. :)
BalasPadamBest sangat :)
Padampewitttt makin comel la rini amalkan dua produk ni
BalasPadamAamiin..ya Allah ya tuhanku, makbulkanlah kata2 Cik Ash ini..aamiin :P
PadamSamalah.. saya pun perlu ada di sekolah awal 15-20 minit sebelum waktu sekolah tamat. Kalau lewat sikit gamaknya tak de parking 😅
BalasPadamGimme five wak! Payah jugak tak reti bawak motor ni kan? Kadang2 parking awal2 ni payah pulak time nak keluar sebab selalu kena block dengan kereta orang..huhu
Padamelok ada makanan tambahan kan.. untuk kesihatan dan kecerdasan =)
BalasPadamBetul tu, kadang2 kita tak perasan badan dah penat atau tua. Makan supplement boleh kembalikan balik tenaga atau kecantikan yang dah pudar tu, kan wak..
Padamwah makin cantik akak kita sorang ni
BalasPadamAamiin ya rabbal alamin..haha. Muka padahal dah berkedut ni Diah :P
PadamNak hilangkan jerawat.. 😊😊
BalasPadamPi cari kat Watson / Guardian Sha :)
Padamterbaek :)
BalasPadamberbaloi untuk mencuba produk ini...
BalasPadamSy x t'fikir pula pasal makanan tambahan nie.. Mungkin sy patut cuba juga
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam