Tanda-tanda Menjelang Kematian : 100 Hari Sebelum Ajal Tiba


Tanda-tanda 100 Hari Menjelang Kematian | Terkadang dalam meniti kehidupan yang penuh warna, kita terlupa yang langit tidak selalunya cerah dan bernafas tidak akan selamanya lancar. Terlupa untuk muhasabah diri tentang kebaikan yang telah dilakukan dan dosa yang telah terlepas pandang kita kerjakan. Mari muhasabah diri tentang hakikat kematian yang hanya sejengkal berada di hadapan kita dengan tanda-tanda kematian ini supaya kita sentiasa mempersiapkan diri menuju ke alam barzakh.



Tanda-tanda Menjelang Kematian : 100 Hari Sebelum Ajal Tiba

Menurut ulama', tanda kematian ini benar-benar berlaku kepada umat Islam namun apa yang membezakan kepekaan di antara setiap individu adalah berdasarkan kepada amalan dan ketakwaan semasa hayat mereka.

Tanda-tanda Menjelang Kematian


1. 100 hari sebelum kematian

  • Lazimnya semua akan merasai tanda ini namun hanya sedikit yang perasan.
  • Tubuh akan mengalami getaran bermula dari hujung kepala sehingga hujung kaki selepas waktu Asar.
  • Merupakan tanda pertama menjelang kematian.
  • Bagi yang lalai, mereka tidak akan perasan dan tanda ini akan hilang begitu sahaja.
  • Bagi yang perasan, tanda ini akan terhenti sebaik sahaja terdetik di hati mereka bahawa ini adalah tanda kematian. Perbanyakkan amal ibadah dan persiapkan diri sebagai bekalan ke alam baru.

2. 40 hari sebelum kematian

  • Bahagian pusat berdenyut-denyut selepas waktu Asar.
  • Pada masa ini, daun yang tercatit nama kita yang terletak di atas arash Allah akan gugur daripada pohonnya lalu malaikat akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas diri kita. Malaikat akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
  • Jika kita terpilih untuk melihat malaikat secara sekilas lalu, kita akan berada seperti dalam keadaan bingung atau runsing.

3. Tujuh (7) hari sebelum kematian

  • Jika kita dalam keadaan sakit sebelum kematian, pada ketika ini kita tiba-tiba akan berselera makan serta selera makan bertambah selain mengidam untuk makan sesuatu.

4. Tiga (3) hari sebelum kematian 

  • Terasa denyutan di tengah dahi.
  • Mata hitam tidak lagi bersinar.
  • Hidung mula jatuh perlahan-lahan.
  • Telinga mula mengecut dan bahagian hujung telinga masuk ke dalam.
  • Telapak kaki jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
  • Jika merasai tanda ini, mulalah berpuasa untuk mengelakkan perut mengandungi banyak najis sekaligus memudahkan proses memandikan kita dilakukan nanti.

5. Sehari (1) sebelum kematian

  • Merasa denyutan di bahagian ubun-ubun selepas waktu Asar.
  • Sebagai penanda bahawa kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir kematian

  • Terasa sejuk di bahagian pusat sehingga ke pinggang dan tulang belakang kemudian terus ke halkum.
  • Pada ketika ini, mulalah mengucap dua kalimah syahadah sambil menunggu malaikat maut datang menjemput.


Sesungguhnya, tanda-tanda ini menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Agung serta memperlihatkan sifat kasih sayang Allah kepada hambanya dengan memberi peringatan terlebih dahulu agar hambanya dapat bertaubat dan mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum nyawa dicabut.

Walaubagaimanapun, tanda ini hanya dialami oleh orang Islam sahaja. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak akan mengalami tanda-tanda kematian dan nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan oleh Allah. Bersyukurlah dengan nikmat Allah dan segeralah bertaubat.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Dengan izin Allah moga kita sentiasa berusaha berbaiki diri dari masa ke semasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah..semoga diterima amalan kita dan dapat rahmat Allah untuk masuk ke Syurga-Nya..

      Padam
  2. insyaAllah..sentiasa mengingati mati. Mati itu pasti

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, harap dipermudahkan saat kematian nanti..allahurabbi :(

      Padam
  3. mcm mana laa kan amalan kita? ada ke xde? sikit ke byk nk bw mati ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risau kan bila fikir? Semoga Allah pandu hidup ke ke jalan kebaikan yang boleh jadi asbab masuk ke syurga-Nya..aamiin..

      Padam
  4. Semoga kita beroleh husnol khotimah pada pengakhiran kita nanti. Amin.

    BalasPadam
  5. Mati itu pasti.. tidak lamab mahupun cepat.. Tepat pada masanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar..takut tapi semoga Allah terima amalan kita. Taktau bila saat akhir bernafas, semoga dipermudahkan semuanya..

      Padam
  6. terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam
  7. Mau bagaimanapun kematian pasti akan datang kepada kita,,,,baik dengan tanda tanda atau tidak,,,daripada sibuk mengamati tanda tanda lebih baik kita peraiapkan lebih baik kematian kita,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, cuma kalau diberi tanda..kita pasti akan lebih meningkatkan amalan. Semoga dipermudahkan urusan hingga ke akhir hayat..

      Padam