Isnin, 28 Januari 2019

Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Percuma dan Dalam Pack Mini


Meskipun susu ibu merupakan susu terbaik untuk anak-anak, namun kesibukan mengendalikan urusan pekerjaan serta kekurangan bekalan susu memaksa sesetengah ibu membekalkan susu formula kepada anak mereka. Ini tidak bermakna bahawa golongan ibu ini tidak sayang apatah lagi menafikan hak anak-anak, namun keterbatasan waktu dan sumber menyebabkan pilihan memberikan susu formula dirasakan alternatif terbaik buat si manja.


Walaupun terpaksa memberi susu formula, golongan ibu tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa dalam memilih susu formula terbaik buat anak-anak. Melahirkan generasi berakhlak tinggi dan terpuji merupakan suatu cabaran getir bagi kebanyakan ibu bapa dewasa ini. Penekanan bukan sahaja pada soal persekitaran dan pergaulan anak-anak, malahan soal pemakanan juga perlu diteliti dan diambil kira.

Susu Suffy B Genius 500 gram

Oleh sebab itu, selain perlu mengambil kira soal kualiti dan kos mengikut kemampuan, soal halal dan haram sumber yang diperoleh juga perlu diteliti. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih". 


Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal : Bina Generasi Berakhlak

Prihatin dengan isu halal bagi susu minuman kanak-kanak, Suffy Dairy Group iaitu sebuah syarikat pembekal produk berasaskan susu yang beroperasi di Ipoh, Perak memilih untuk memasarkan produk susu halal yang berkualiti tinggi dan selamat pada harga mampu milik. Berpengalaman selama lebih dari 6 tahun, Suffy Dairy Group mengeluarkan produk berjenama Suffy yang berasaskan susu kambing dan susu lembu ke seluruh Malaysia termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Secara Percuma di Shopee

Menjadi jenama susu yang dipercayai oleh ibu bapa di seluruh Malaysia, Suffy diimport daripada Belanda bagi sumber keluaran susu kambingnya manakala bagi sumber keluaran susu lembu pula, ia diimport daripada New Zealand sebelum diformulasikan di Malaysia berdasarkan keperluan nutrisi kanak-kanak di negara ini.


Menitikberatkan soal keselamatan dan kualiti dalam penghasilan produk, Suffy sentiasa memantau tahap keselamatan dan mutu kebersihan setiap produk demi menjamin kepuasan para penggunanya. Dianugerahkan Sijil MESTI oleh Jabatan Kesihatan Malaysia serta Sijil Halal Malaysia, Suffy tekad membuktikan bahawa produk keluarannya adalah berkualiti dan selamat digunakan oleh semua peringkat usia kanak-kanak.


Produk Susu Suffy

Terdapat empat jenis susu yang diperkenalkan oleh Suffy buat masa kini. Setiap jenis susu mempunyai fungsi yang berbeza mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak. Bagi si manja yang mempunyai masalah alahan kepada susu lembu, Suffy menawarkan susu kambing sebagai alternatif bagi masalah tersebut. Antara susu di bawah jenama Suffy yang dipasarkan adalah :

Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Secara Percuma di Shopee


1. Suffy B Genius - untuk si bijak mama
  • Berasaskan susu lembu.
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.
  • Membantu si manja membesar dengan sihat, bijak dan kuat.
  • Dirumus dengan formula B3, DHA (15mg/100g), vitamin, mineral serta prebiotik tambahan (FOS dan Manna).

2. Suffy Annis Nutricious - untuk perut sensitif
  • Diformulasikan dengan campuran nutrient, mineral dan Tri-Guide bagi kanak-kanak dengan usus sensitif. 
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.
  • Tri-Guide merupakan formulasi campuran khas bagi meningkatkan selera makan, sistem pencernaan yang baik serta membantu perkembangan otak kanak-kanak.

3. Suffy Pure Goat - untuk semua peringkat usia
  • 100% berasaskan susu kambing.
  • Tidak mengandungi pengawet, pewarna atau perisa tambahan.
  • Membantu perkembangan tubuh badan.
Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Secara Percuma di Shopee

4. Suffy Goat - untuk tumbesaran aktif
  • Berasaskan susu kambing dengan tambahan formulasi kurma, delima, madu dan manna.
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.
  • Bertujuan membantu perkembangan tubuh si manja serta membantu sistem penghadaman.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai alahan.
  • Tanpa gula tambahan.

Sampel Percubaan Susu B Genius dalam Pack Mini

Berita baik buat ibu bapa yang tidak pernah merasai dan ingin mencuba sendiri susu Suffy sebagai pilihan susu anak, mereka boleh mendapatkan sampel percubaan susu Suffy dalam pack mini yang ditawarkan di laman web Shopee. Setiap pack percubaan ini mengandungi 30 g x 3 sacchet susu yang berharga RM6 setiap pack.


Kelebihan bagi pembelian setiap set percubaan susu Suffy adalah pelanggan akan menerima 3 sachet susu dalam satu pack untuk 3 kali penggunaan dengan penerimaan seawal 24 jam. Pegawai khidmat pelanggan Suffy juga akan menghubungi pelanggan dan memberi panduan dan dan khidmat nasihat kepada pelanggan yang memerlukan mengenai cara pengambilan susu Suffy B Genius.

Susu Suffy B Genius 500 gram

Susu Suffy B Genius ini mempunyai kebaikan B3 Formula iaitu Brilliant, Balance and Boost kerana mengandungi khasiat sebenar dari buah kurma dan madu. Sebab itulah satu pack percubaan mengandungi 3 sachet susu Suffy bagi membolehkan pelanggan merasai dan melihat kesan kepada tubuh badan dan penghadaman secara secukupnya selepas penggunaan.


Kebetulan kini pihak Suffy sedang menawarkan sampel percubaan susu B Genius secara percuma kepada 50 orang yang terawal membuat pesanan bermula daripada 24/1/2019 sehingga 15/2/1019. Hanya masukkan kod baucer yang disediakan dan pack percubaan ini akan terus dihantar ke ke dapan pintu rumah secara percuma.

Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Secara Percuma

Tawaran hanya terhad kepada 50 orang yang terawal sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sampel percuma ini. Langkah penebusan sampel percubaan adalah seperti berikut :

  • Pilih senarai set percubaan (Suffy B Genius) dan isi maklumat peribadi.
  • Baca segala 'Term and Condition' yang dinyatakan dan klik 'Submit'.
  • Klik pada gambar set percubaan (warna purple).
  • Log masuk pada laman web Shopee atau daftar sebagai ahli terlebih dahulu jika tidak mempunyai akaun Shopee.
  • Klik pada 'Beli Sekarang' dan pilih kuantiti yang diingini (sampel percuma x 1 kuantiti sahaja).
  • Klik pada Suffy Malaysia dan klik 'Semak Keluar'.
  • Pada bahagian 'Tambah Baucar', masukkan kod ini >> SUFFYSBG
  •  Klik pada baucar diskaun Suffy Malaysia Official Store dan klik ok.
  • Penghantaran akan dibuat dalam masa tiga hari bekerja.

Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Secara Percuma di Shopee

Susu Suffy B Genius kini juga boleh didapati dalam bungkusan baru yang lebih kecil iaitu 500gram pada harga RM15.90 sebungkus.


Review Selepas Menggunakan Susu Suffy B Genius

Disebabkan Suffy memberi susu percuma buat 50 orang terawal yang membuat tempahan, jadi saya juga tidak ketinggalan untuk turut serta menggunakan kod baucer yang disediakan untuk mendapatkan sampel percubaan secara percuma. Setelah dua hari menunggu, sampel percubaan dan susu B Genius yang ditempah selamat tiba ke rumah, memang laju betul perkhidmatan pihak Suffy.


Nasib baik saya juga membeli pack 500 gram susu B Genius kerana sampel percubaan yang diterima sebanyak 3 sachet habis diminum oleh Ameera dan Auni pada hari kedua lagi. Ameera memang sukakan susu Suffy ini, setiap kali dibancuh, Ameera akan merengek meminta saya agar cepat untuknya minum. Auni pula berebut dengan adiknya mahu minum bersama walhal saya telah sediakan susu minumannya sendiri yang berlainan jenama.

Susu Suffy B Genius 500 gram

Saya sempat juga menyedut satu hirupan susu daripada gelas Ameera sebelum diberikan padanya. Erm..padanlah berebut anak-anak, rasa susunya sedap tanpa sebarang bau yang kurang enak. Tambahan kurma dan madu pula pasti dapat membantu Ameera membesar dengan sihat dan cerdas. Padan dengan nama susu itu sendiri iaitu B Genius, semoga selepas ini Ameera akan be genius selepas menjadikan susu Suffy sebagai minuman harian :D


Daftar Sebagai Agen

Memahami kehendak masyarakat yang gemar mendapatkan produk pada harga berpatutan dan jimat, Suffy menawarkan peluang perniagaan kepada pengguna untuk menjadi agen bagi produk keluarannya. Dengan cara ini, ekonomi keluarga dapat ditingkatkan di samping membantu pengguna mendapatkan produk Suffy pada harga berbaloi. Layari laman web berikut untuk mendaftar sebagai agen Suffy hari ini:



Susu Suffy Berkualiti Tinggi dan Halal Tawar Sampel Percubaan Secara Percuma di Shopee

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Suffy, pembelian secara online boleh dilakukan di laman web berikut:


Kesihatan fizikal dan minda merupakan perkara yang saling berkait dalam pembentukan generasi berakhlak dan cemerlang. Minda yang cerdas terletak pada badan yang sihat. Amalan pemakanan memberi impak terbesar dalam pembentukan mental si kecil dalam mendapatkan badan yang sihat. Oleh sebab itu, amatlah penting bagi setiap ibu bapa menyediakan makanan dari sumber terbaik dan berkualiti dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Oleh itu, jom jadikan Suffy sebagai pilihan susu terbaik bagi anak anda!

20 ulasan:

  1. Balasan
    1. Test mic ke wak? Teringat zaman sekolah dulu time test microphone sebab nak perhimpunan..haha

      Padam
  2. Bagus bila ditawarkan pek sample macam ini.. bolehlah cuba keserasian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Senang mak ayah nak buat pilihan..kalau serasi boleh teruskan, kalau tak serasi tak perlu beli lagi..tak membazir sebab datang dalam pek kecil kan.

      Padam
  3. kalau ada sampel mcm ni, rasanya bagus kan. sbb boleh la utk percubaan dlu sblum beli yg size besar sikit.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..boleh tengok keserasian anak dulu sebelum beli kan..

      Padam
  4. Menarikk .. Kandungan bahan pun terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua kandungan bahan bermutu tinggi dan terbaik kan :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Kiut comel kan untuk sekali minum..senang ada pack kecil camni..

      Padam
  6. comey... mcm best plak susu ni.. nk try juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, jom try sesama sis..sementara masih ada lagi tu..

      Padam
  7. nasib sempat jd 50 yg terawal tu, hehe

    BalasPadam
  8. teringin nak cuba set kita xdop anak hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Ash try tebus yang free dulu untuk Cik Ash minum la, try dulu. Nanti dah ada anak senang nak buat pilihan.

      Padam
  9. Bagus Suffy ni - ada pelbagai pilihan, ada susu lembu, kambing & khas utk yg perut sensitif. Biasanya cuma perisa ja yg berbeza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kalau anak alah pada susu lembu ada pilihan untuk minum susu kambing kan? Untuk golongan yang alahan pun boleh minum susu spesifik untuk mereka.

      Padam