Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya : Bermula sebagai Krew Biasa Kini Jadi Pengurus Besar McDonald's Meru Raya


Siapa sangka dengan hanya bermula sebagai krew biasa di McDonald's selepas tamat SPM, kini beliau boleh berbangga dengan kejayaan menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Restoran?

Ini adalah cerita kejayaan tentang seorang Pengurus Besar berusia 36 tahun di Restoran McDonald's Meru Raya iaitu Encik Mohd Azharmarudin Bin Che Aruh. Telah menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar selama lima tahun dan memulakan perkhidmatan pada usia 18 tahun, Encik Azhar kekal setia menguruskan kerjayanya di McDonald's sehingga kini iaitu selama hampir 19 tahun.

Pengurus Besar McDonald's Meru Raya : Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Encik Azhar mempertaruhkan usia mudanya dengan memilih untuk menjadi krew di McDonald's demi meneruskan kelangsungan hidupnya pada 19 tahun yang lalu. Ternyata pertaruhan beliau tidak sia-sia. Menjadi muka depan di restoran, bukanlah suatu kerjaya yang glamour malah dipandang rendah oleh sesetengah orang. Namun tekad Encik Azhar untuk terus bertahan, dengan usaha gigih tanpa putus asa menjadikan beliau mampu berdiri sama tinggi dengan golongan profesional yang lain pada hari ini. 


Usaha Tangga Kejayaan - Pacu Semangat untuk Berjaya

Dengan semangat untuk terus berjaya, Encik Azhar berpegang teguh pada kata-kata 'usaha tangga kejayaan' sebagai pemacu semangatnya untuk terus berjaya. Sejujurnya beliau tidak menyangka bahawa daripada seorang budak lepasan SPM yang tidak tahu apa-apa, kini mampu mengetuai dan menguruskan sebuah pasukan seperti sekarang.


Tanpa usaha gigih dan semangat untuk berjaya ditambah dengan rasa cinta pada kerjaya dan kemampuan melaksanakan tugas pasti tidak akan menempatkan Encik Azhar di kedudukannya pada hari ini. Tiada kejayaan mudah yang ditempuh oleh Encik Azhar tanpa usaha gigih dan tekun. 

Pengurus Besar McDonald's Meru Raya : Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya

Oleh sebab itu, Encik Azhar menggunakan sebaik mungkin peluang pembangunan diri yang disediakan oleh pihak pengurusan McDonald's demi meningkatkan kemahiran baru dan kebolehpasaran diri sekaligus menjadi pemangkin kepada kejayaannya. 


Persekitaran Kerja Kondusif dan Positif Dorong Minat untuk Lebih Berjaya

Selain faktor dalaman diri, faktor persekitaran juga menjadi pemacu kepada kejayaan Encik Azhar dalam kerjayanya. Ruang kerja yang kondusif dan positif serta rakan kerja yang sentiasa membantu menjadikan suasana kerja seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mula jatuh cinta pada kerjaya pertamanya itu, Encik Azhar turut gembira dengan peluang tawaran peningkatan kemahiran diri yang sentiasa dianjurkan oleh pihak pengurusan bagi perkembangan kerjaya semua pekerjanya.


Memulakan kerjaya awalnya sekadar suka-suka pada tahun 2000, Encik Azhar diberi peluang untuk menyertai Pertandingan Crew Olympic McDonald's pada tahun 2001. Bertitik tolak daripada peristiwa ini, ia telah merubah kehidupan Encik Azhar apabila beliau memenangi pertandingan kategori lobi bagi Zon Utara seterusnya melayakkan beliau ke peringkat kebangsaan yang dianjurkan di McDonald's Shah Alam. Kejayaan beliau dalam menaikkan nama syarikat mendapat perhatian pihak pengurusan seterusnya menghadiahkan beliau dengan berita gembira iaitu kenaikan pangkat.

Bermula sebagai Krew Biasa Kini Jadi Pengurus Besar McDonald's Meru Raya

Mendaki tangga kejayaan seawal penglibatan dalam kerjayanya mendorong Encik Azhar untuk terus berusaha dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan menjamin peningkatan hasil jualannya.


McDonald's Meru Raya

Demikianlah cerita inspirasi yang sempat dikorek oleh #teambpt semasa sesi penjelajahan negeri Perak baru-baru ini. Bertemu mata dengan Encik Azharmarudin di McDonald's Meru Raya iaitu lokasi tempatnya bekerja memberi pengalaman dan semangat baru agar tidak jemu berusaha dan sentiasa bersemangat tinggi.


Kami turut dimaklumkan oleh Encik Azhar bahawa beliau bakal dinaikkan pangkat selepas ini dan jawatannya bakal disandang oleh pembantunya iaitu Cik Huda. Alhamdulillah dan tahniah untuk kenaikan pangkat ini. Lebih menggembirakan lagi kerana Encik Azhar juga bakal menimang cahaya mata yang kedua tidak lama lagi di mana isteri Encik Azhar juga merupakan salah seorang kakitangan McDonald's.


Menurut Encik Azhar, McDonald's Meru hanya terletak 5 minit daripada The MAPS dan merupakan antara cawangan McDonald's yang merekodkan hasil jualan bulanan tertinggi. Memang padanlah berjaya merekodkan jualan tertinggi memandangkan Pengurus Besar dan stafnya sendiri amat ramah dan bijak melayan kerenah pelanggan seperti kami. Selain itu, ruang dalaman yang bersih dan ceria juga menjadi salah satu antara faktor pelanggan gemar ke McDonald's Meru Raya.


GCB dan Happy Meal

Dihidangkan dengan burger kegemaran rakyat Malaysia iaitu Grill Chicken Burger (GCB) dan Happy Meal buat anak-anak, kami mengambil kesempatan mengalas perut terlebih dahulu sebelum masuk ke MAPS. Sambil menikmati hidangan makan tengah hari, kami beramah mesra dengan Encik Azhar dan pembantunya Cik Huda mengenai McDonalds's Meru Raya dan sistem kerja yang diamalkan di sana.

Pengurus Besar McDonald's Meru Raya : Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya

Pengurus Besar McDonald's Meru Raya : Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya

Pengurus Besar McDonald's Meru Raya : Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya

Bermula sebagai Krew Biasa Kini Jadi Pengurus Besar McDonald's Meru Raya

Menikmati GCB dalam suasana meriah benar-benar membuka selera saya. Meskipun saya baru sahaja menikmati hidangan GCB beberapa minggu yang lalu, namun selera pada GCB tetap tidak pernah pudar. Suami dan Auni juga kusyuk menikmati hidangan masing-masing manakala Ameera seronok bermain mainan Happy Meal terbaru iaitu Psyduck dan Vulpix. Selepas makan, saya membawa mereka bermain di mini playground sementara menantikan suami yang turun membeli aiskrim.

Ruang Kerja di Dapur McDonald's

Sedang enak menikmati GCB, kami dikejutkan dengan pelawaan Encik Azhar untuk melawat ke ruang kerjanya a.k.a ruang dapur di belakang kaunter pesanan. Mengapa tidak? Seumur hidup saya tidak pernah menjejakkan kaki ke ruang dapur McDonald's dan kali ini saya diberi tawaran untuk melawat sendiri bagaimana keadaannya. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, terus kami bersetuju!

Bermula sebagai Krew Biasa Kini Jadi Pengurus Besar McDonald's Meru Raya

Melihat dengan mata kepala sendiri ruang kerja di dapur McDonald's menimbulkan rasa kagum di hati saya. Di sebalik kaunter hadapan yang sering saya lihat selama ini rupanya tersembunyi bahagian paling sibuk namun bersih dan teratur susunannya. Saya tidak menyangka setiap pekerja dibahagikan mengikut bidang tugas di dalam workstation masing-masing. Malahan, workstation bagi pekerja bahagian delivery juga turut disediakan. Hebat!

Bermula sebagai Krew Biasa Kini Jadi Pengurus Besar McDonald's Meru Raya

Selain itu, kami juga dimaklumkan bahawa di setiap cawangan McDonald's mempunyai mesin membuat air coke masing-masing. Jadi, tidak hairanlah jika rasa air coke di setiap cawangan McDonald's adalah berbeza antara satu sama lain. Kami turut berkesempatan menjengah kepala ke dalam peti sejuk beku penyimpanan patty yang bersuhu -18 darjah selsius. Setelah dihitung, kalau tidak silap saya patty akan melalui 4 buah tempat penyimpanan sejuk sebelum masuk ke dalam mulut pelanggan :P


McDonald's Meru Raya Terbaik!

Saya amat gembira dengan layanan yang kami terima semasa berada di McDonald's Meru Raya terutama sekali semasa membuat lawatan ke ruang kerja di bahagian dapur. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi dalam masa singkat sepanjang berada di sini, samada daripada ilmu mengenai semangat dan kerajinan seorang Pengurus Besar sehinggalah kepada kekemasan layout di restorannya.

Pengurus Besar McDonald's Meru Raya : Buktikan Pelajar Lepasan SPM Mampu Berjaya

Pengalaman baru berada di ruang kerja McDonald's pasti tidak akan dapat saya lupakan. Semoga McDonald's Meru Raya akan terus maju dan menjadi antara cawangan yang terus menghasilkan rekod jualan tertinggi pada masa akan datang. Bagi mereka yang ingin ke MAPS atau berada di sekitar Meru Raya, apa kata singgah ke McDonald's Meru Raya untuk mengalas perut di alamat seperti berikut :

McDonald's Meru Raya
Jalan Meru Bistari A2, 
Bandar Meru Raya, Mukim Hulu Kinta,
31200 Chemor, Perak

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Wah bestnyaaa. Rezeki org kita mana tahu. Semuanya Allah dah atur baik baik. :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/movie-review-ratsasan-2018.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat..yang penting kena juga usaha dan rajin kan Ika..

      Padam
  2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..usaha kena ada baru dapat kejayaan akhirnya..

      Padam
  3. Dimana ada usaha disitu ada tangga menuju kejayaan kan. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh lambat naik tangga husniey, ada lif la laju sikit :P

      Padam
  4. terbaik la.... usaha tangga kejayaan. mmg patut dijadikan contoh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sis..usaha dengan rajin dan tawakkal, hasilnya kejayaan..

      Padam
  5. usaha tangga kejayaan, kerja kuat, pasti ada hasilnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..cuma jangan sesekali cepat berputus asa..kejayaan pasti datang..

      Padam
  6. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kejayaan sentiasa berpihak pada yang mencuba dan mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha berterusan pasti ada ganjaran kan wak..

      Padam
  7. asalkan ada usaha.. Insyaallah akan berjaya :)

    BalasPadam
  8. Tak kisah kerja apa, yg penting halal & kita sentiasa buat yg terbaik. Kalau jujur berusaha, akan berjaya jg akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju wak..asalkan jangan cepat putus asa dan sentiasa berusaha, pasti berjaya..

      Padam
  9. Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan.. Kan Auni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sha..in shaa Allah akan dapat ganjarannya..

      Padam
  10. Bertatih dari bawah, hingga berjaya dgn berkat doa serta usaha gigih beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya pun tak mampu nak gigih macamtu..hurm..

      Padam
  11. hebat! :) inspiring sangat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Akak masa mula2 dengar dulu pun rasa kagum sangat..

      Padam