The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak


Beberapa hari lalu, saya berpeluang mengikuti #teambpt bercuti di Perak. Lokasi percutian kami adalah di The Cedar yang terletak di Bidor, Perak. Percutian ini kami anggap sebagai hadiah buat Auni kerana bakal menjadi pelajar pada tahun depan.


Bertolak seawal jam 7 pagi daripada Terengganu melalui jalan Gua Musang, kami tiba di The Cedar pada jam 3 petang. Selepas 5km perjalanan keluar daripada tol Bidor, Maps membawa kami menelusuri suatu jalan kecil yang dikelilingi oleh deretan pokok kelapa sawit.


Berpandukan pada papan tanda yang terdapat di bahu jalan, kami kemudiannya memasuki lorong di sebelah kanan yang berbatu kerikil halus sebelum tiba di The Cedar. Kami tiba ke lokasi setelah anggaran 10 minit perjalanan daripada Tol Bidor.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak

Melalui jalan kecil dikelilingi hutan menggamit perasaan bimbang di hati sekiranya tersesat jalan, namun kewujudan papan tanda The Cedar menyakinkan kami untuk terus memandu.


Sebaik tiba di pintu pagar, seorang pekerja merangkap penjaga rumah iaitu Abang Adi datang untuk membuka pintu dan mengalukan kedatangan kami. The Cedar yang terletak di atas bukit dan dikelilingi pagar berbatu ini nampak gah dikelilingi pemandangan menghijau di sekitarnya. 

The Cedar Bidor

Penginapan mewah yang terletak di atas bukit ini mampu memuatkan sehingga 30 orang pada satu masa. Tingkat atas memuatkan 8 buah bilik tidur selain ruang karaoke dan ruang tamu. Dilengkapi tandas di dalam setiap bilik, penginapan di The Cedar menawarkan kelebihan bagi pasangan yang inginkan ruang privacy mereka sendiri semasa percutian keluarga.


Manakala di tingkat bawah pula dilengkapi dengan dapur, tandas, bilik permainan kanak-kanak, snooker table dan island bar. Di bahagian luar rumah pula tersedia infinity poolbarbecue area with sound system, kolam ikan mini, ruang makan dan padang kecil.


Penginapan di The Cedar sangat sesuai dijadikan pilihan sekiranya anda ingin menganjurkan family day semasa percutian keluarga. Lokasi yang jauh dari orang ramai dan terletak di atas bukit dengan pemandangan yang menarik serta dilengkapi segala kemudahan percutian memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan.


Selain itu, bagi mereka yang mengimpikan suasana perkahwinan mewah bersama teman rapat dan keluarga juga boleh memilih The Cedar Bidor untuk merealisasikannya.

Infinity Pool

Kolam renang merupakan tarikan utama bagi kami sekeluarga sekiranya ingin bercuti. Apatah lagi jika ia merupakan infinity pool yang dikelilingi pemandangan cantik oleh pepohon menghijau.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak

Menghirup udara segar sambil berendam di dalam kolam ditemani keluarga dan sahabat meninggalkan kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan.


Infinity pool yang turut dilengkapi dengan shower untuk mandian dan pelampung keselamatan ini terletak di luar rumah dan boleh diakses melalui pintu kaca yang terdapat bersebelahan ruang makan dan kolam ikan mini.

Ruang Makan

Keunikan ruang makan di The Cedar adalah ianya terletak di luar rumah yang bersebelahan dengan infinity pool. Pengunjung boleh menikmati hidangan mereka di luar sambil bermandi-manda.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak

Bagi pengunjung yang tidak mahu membasahkan badan, mereka boleh bersantai di atas buaian kayu yang disediakan di tepi kolam atau memberi makan kepada ikan di kolam mini yang terdapat di tepi ruang makan. Bunyi kocakan air yang menenangkan hasil daripada pergerakan ikan mampu menjadi terapi jiwa yang mendamaikan.

Snooker Table

Sebaik melangkah masuk ke dalam The Cedar, benda pertama yang menjengah mata adalah snooker table. Mengamalkan konsep tiada wifi, hanya keluarga di The Cedar, pengunjung boleh menghabiskan masa dengan bermain snooker bersama keluarga dan sahabat.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak

Saya juga turut tidak melepaskan peluang untuk bermain bersama suami. Walaupun tidak pandai, tapi tak kisahlah..bukan bermain untuk tournament pun :D


Barbecue Area

Tidak sah percutian keluarga besar tanpa aktiviti barbecue. Di The Cedar, ruang barbecue turut dilengkapi dengan sistem audio dan ruang makan khas bagi memudahkan aktiviti barbecue dijalankan.  Arang juga turut disediakan. Ingin hidupkan api? Jangan bimbang, staf pasti akan membantu. Tugas anda hanya memanggang :)


Padang

Di sebelah barbecue area, terdapat padang kecil yang boleh dijadikan kawasan untuk aktiviti sukaneka sekiranya pengunjung datang dengan niat untuk menganjurkan aktiviti permainan santai bersama keluarga. Sambil berbarbecue, anak-anak bebas bermain permainan yang disukai di padang kecil ini bersama rakan-rakan.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak


Bilik Permainan Kanak-Kanak

Bilik permainan kanak-kanak disediakan bagi memudahkan ibu bapa mengawal anak kecil mereka daripada berkeliaran. Pelbagai alat permainan dan buku pasti menarik minat mereka untuk duduk dan bermain sehingga berjam lamanya. Bilik ini dilengkapi dengan pintu kaca tembus pandang bagi memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak.


Island Bar

Island bar disediakan di luar bilik permainan kanak-kanak dan terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, ibu boleh memantau pergerakan anak-anak sambil melakukan aktiviti memotong bawang sambil 'membawang' bersama keluarga.


Dapur

Dilengkapi dapur basah dan dapur kering, ruang dapur mampu memuatkan sehingga 5 - 7 orang pada satu masa. Jika masih tidak muat, island bar di sebelah dapur boleh digunakan untuk memproses bahan mentah.


Freezer, peti ais, water cooler dan dapur memasak telah tersedia dan keperluan harian biasa seperti pinggan, sudu, dan cawan juga turut terdapat di dapur. Ingin memanggang untuk barbecue? Usah risau, semua alatan untuk tujuan barbecue juga turut disediakan. Anda hanya perlu sediakan bahan mentah untuk memasak.

Karaoke Hall / Living Room

Bukan sahaja dapat menikmati pemandangan cantik di tingkat atas penginapan mewah ini, malah pengunjung dapat mengasah bakat nyanyian di ruang tamu kerana dilengkapi dengan set karaoke. Aktiviti karaoke tidak meriah tanpa ditemani sahabat dan keluarga, jadi itulah sebabnya mengapa set sofa yang besar dan empuk disediakan bagi memeriahkan suasana berkaraoke anda.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak

Pelbagai aktiviti fizikal boleh dilakukan di The Cedar. Pengunjung bebas untuk bermain snooker, berenang di infinity pool, karaoke bersama keluarga, melakukan aktiviti sukaneka, barbecue dan berjalan kaki ke Air Terjun Gepai. Itulah sebabnya mengapa tiada wifi disediakan di sini. Hanya keluarga!

Tips Penting

Jika berhasrat untuk bercuti di The Cedar Bidor, ada beberapa perkara yang perlu diketahui bagi memastikan anda mendapat pengalaman percutian yang terbaik. Jangan lupa untuk rancang percutian awal anda.


1. Harga bermula daripada RM1100 semalam bergantung kepada hari dan jumlah pengunjung.

2. Wifi tidak disediakan.

3. Deposit RM300 diperlukan sebelum serahan kunci.

4. Waktu check-in adalah jam 3pm dan check-out jam 12pm.

5. Boleh request tilam dan bantal tambahan.

6. Iron tidak disediakan
(mungkin kena request dengan staf)

7. Boleh request arang dan hidupkan api
daripada staf jika ingin buat barbecue.

8. Berdekatan dengan Air Terjun Gepai,
hanya 5 minit perjalanan daripada The Cedar.

9. Buat tempahan secara online di laman web adalah lebih cepat dan mudah.

The Cedar Bidor : Villa Mewah dan Indah Atas Bukit di Perak

Percutian di The Cedar ini merupakan percutian istimewa saya kerana kami berjaya berjaga sehingga jam 12 malam semata-mata untuk bermain air di infinity pool. Selain itu, percutian ini merupakan percutian pertama saya bersama keluarga besar Blogger Pantai Timur dan berada di penginapan mewah di The Cedar Bidor bersama #teambpt pasti memahat ingatan yang tidak mudah dilupakan.


Jauh dari hiruk pikuk kota yang bebas asap kenderaan sambil diiringi bunyi kicauan burung dan deruan air menjadikan percutian di the Cedar suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Hubungi

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan tempahan dan pertanyaan, anda boleh direct message ke : 

Laman web : The Cedar Bidor
Facebook : The Cedar Bidor
Instagram : The Cedar Bidor

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Best la Blogger Pantai Timur dpt gathering sesama macam ni...nampak best tempat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kak Amanda, besaq dan cantik view nya, siap guarded lagi. Boleh la nak pi buat family daya, recommended!

      Padam
  2. wah!boleh recommend kat adik beradik pasni!!buat family gathering mesti syok ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok sis gee, tempat cantik sangat. Kitorang pi semalam je, kalau dua malam mungkin sempat nak pusing2 keliling..

      Padam
  3. Balasan
    1. Jom buat #teambpt team building kat sini la kak :D

      Padam
  4. terlajak mewah ni... kalau pergi ramai2 mmg berbaloi2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mewah sangat, berangan la kitorang semua nak rumah camni time tu..haha

      Padam
  5. Balasan
    1. Cantik giler wak..mula2 sampai melopong mulut tengok view..

      Padam
  6. Syok tu rumah besarrr 😍😍
    Rindu nak mandi pool di malam hari, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu sangat Husniey..wa..
      Rasa best moment masa mandi malam tu..seronok!

      Padam
  7. Bestnya dapat jumpa blogger2 BPT. And tempat tu cantikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik sangat Rabia..next time turn kita pulak jumpa ye :)

      Padam
  8. this year insyaAllah kalau jadi nak buat family gathering dekat sini. nampak selesa dan besar villa dia. yg penting fasiliti semua ada kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seonoknya Ana! Semoga enjoy dengan stay tau. Cuma pasal iron tu kena konfirm balik dengan management sebab time kitorang pi tak jumpa mana iron. Maybe letak dalam stor kot..

      Padam