Isnin, 3 Disember 2018

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga


Semasa percutian #teambpt ke Perak, kami sempat singgah di sebuah restoran chinese muslim yang terkenal di Meru iaitu Restoran Chinese Muslim Abdullah untuk menikmati juadah makan malam setelah penat seharian bermain di MAPS.

Meskipun saya bukanlah seorang peminat masakan chinese muslim, namun sejak merasai sendiri keenakan masakan di Restoran Chinese Muslim Abdullah, boleh dikatakan kini saya lebih terbuka hati untuk belajar masakan chinese di rumah.  Saya pasti peminat masakan chinese di Perak pasti tidak akan menyesal jika singgah makan di Restoran Chinese Muslim Abdullah kerana hidangannya amat istimewa dengan rasa yang sedap dan unik!

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga

Restoran ini baru memulakan operasinya di Meru pada bulan September 2018 yang lalu setelah setahun beroperasi di bangunan lama yang juga terletak berhampiran. Saya sempat berbual dengan pemilik restoran ini iaitu Encik Muhammad Aiman Loh yang baru berusia 26 tahun. Kepetahan dan keramahan beliau melayani kami menimbulkan rasa kagum di hati apatah lagi pada usia semuda ini, beliau telah berjaya membuka restoran ekslusif yang bukan kecil risikonya.

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga

Menurut Encik Aiman Loh, menu yang ditawarkan adalah menggunakan resepi turun temurun warisan keluarganya dan beliau sendiri merupakan chef di restoran miliknya itu. Semoga perniagaan usahawan muda ini berkembang maju dan berjaya membuka cawangan di serata Malaysia.

Menu

Untuk hidangan makan malam tersebut, kami disajikan dengan satu menu istimewa yang terdapat di Restoran Chinese Muslim Abdullah serta beberapa hidangan sampingan yang lain. Pada waktu tersebut, bilangan pelanggan agak ramai di restoran, jadi kami terpaksa mengambil tiga buah meja berasingan kerana jumlah kami yang agak besar. Disebabkan saya tidak tahu menu apa yang bakal dihidangkan, jadi perkara pertama yang diproses dalam minda saya ketika hidangan sampai adalah berdasarkan bentuk hidangan dan warna.

Menu pertama yang sampai ke meja adalah hidangan berkuah kuning dengan bahan utama berbentuk segiempat tepat. Jadi otak saya terus memproses menu tersebut adalah sejenis dessert iaitu roti dalam sos kastad. Senang kata macam puding roti cuma kali ini rotinya tidak hancur. Tetapi tekaan saya salah dan jauh tersasar. 

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga
Taufu Pumpkin

Menu ini merupakan salah satu menu istimewa di Restoran Chinese Muslim Abdullah yang diberi nama Taufu Pumpkin. Rasa Taufu Pumpkin ini betul-betul sedap dan unik. Kuahnya yang pekat dengan rasa lazat berlemak telah berjaya membuatkan kami menjadikan kuah pumpkin tersebut sebagai kuah utama dalam nasi. Rasa labu tidak begitu ketara dan ada keunikan dalam menu tersebut yang menyebabkan kami makan sehingga licin pinggan. Rasa sos pumpkin yang berlemak dan unik serta taufu yang lembut, sudah cukup menambah selera makan kami walaupun hanya dengan nasi kosong.

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga
Daging Bawang Halia

Hidangan seterusnya yang berjaya menarik perhatian saya adalah Daging Bawang Halia yang di masak lembut dengan rasa manis. Kehadiran hirisan halia dalam hidangan membangkitkan aroma harum dan menggoda ditambah pula dengan hiasan daun bawang berjaya menaikkan seri hidangan dan selera kami untuk menghabiskannya. 

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga
Spring Onion Squid

Hidangan Spring Onion Squid juga tidak kurang sedapnya. Sotong yang digaul bersama dengan hirisan timun dan bawang ini memberi rasa kenyal dan berjus apabila dikunyah. Sotong yang digunakan segar dan manis, telah berjaya membuatkan kami tersandar kekenyangan setelah sotong habis dimakan meninggalkan bawang di dalam pinggan (tak dapat sambutan) :P

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga
Lemon Chicken Chop

Hidangan terakhir yang tiba di meja adalah Lemon Chicken Chop. Pada awalnya hidangan ini kurang menarik perhatian kami kerana rasa kuahnya yang agak masam apabila dimakan. Namun, setelah beberapa suapan ke mulut ditambah dengan campuran nasi dan pelbagai menu menjadikan rasa masam tersebut sebagai pelengkap kepada juadah kami. 

Rasa Taufu Pumpkin yang berlemak digaul bersama hidangan Daging Bawang Halia yang manis beraroma serta ditambah Spring Onion Squid yang kenyal berjus menaikkan selera makan kami. Tidak lupa juga tambahan hidangan Lemon Chicken Chop melengkapkan rasa dengan rasa masam lemon menjadikan kami menikmati semua rasa masam manis yang unik dan lazat dalam setiap suapan!

Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan berbanding daripada harga biasa di restoran chinese muslim yang lain. Pelanggan boleh membuat pilihan samada ingin memilih hidangan dalam saiz kecil atau besar dan harga bermula daripada RM10 sepinggan. Restoran Chinese Muslim Abdullah beroperasi bermula jam 4.30 petang sehingga 12 tengah malam pada setiap hari kecuali pada hari Khamis.

Lokasi

Memang beruntung bagi peminat masakan chinese muslim yang berada di sekitar Perak kerana boleh menikmati hidangan istimewa, unik dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah. Bagi anda yang berminat untuk mencuba masakan yang terdapat di restoran ini, Restoran Chinese Muslim Abdullah terletak betul-betul di hadapan restoran steamboat milik pelakon Zul Yahya. Anda boleh juga mencari lokasi restoran dengan gunakan aplikasi Maps atau Waze dengan memasukkan alamat di bawah :

Restoran Chinese Muslim Abdullah
No 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bistari A14,
Bandar Meru Raya,
Ipoh, Perak.

No Telefon : 019-516 9516

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Restoran Chinese Muslim Abdullah,
anda boleh layari fanpage Facebook di :


Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap dan Unik Resepi Warisan Keluarga

#teambpt berpuas hati dengan juadah makan malam kami di Restoran Chinese Muslim Abdullah. Ternyata masakan chinese muslim di Restoran Chinese Muslim Abdullah mempunyai keistimewaannya tersendiri yang unik dan lazat. Jadi jika anda berkunjung ke bandar Meru, jangan lupa untuk singgah di Restoran Chinese Muslim Abdullah. Pasti puas hati!

18 ulasan:

  1. Pendek kata semua lauk kat sini memang kena dengan tekak yang tak ada darah chinese nih..hihi..boss mesra..staf pun mesra

    BalasPadam
  2. Dia punya air tangan chinese tuu, asli betul.. Jatuh cinta.. Yang bukan muslim pun suka restoran ni kan.. Semoga perniagaan bertambah maju dan dipermudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pernah makan beberapa kedai chinese muslim sebelum ni tapi rasa biasa je. Hat ni..hambik! Licin pinggan semua kan..

      Padam
  3. sdap nya.. zarini blanja Cik Nor pliss..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole2..jom kita pi sekarang jugak CikNor..hihi

      Padam
  4. sedapnya mmg samapai hari ni masih terasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kak terutama taufu pumpkin tu, unik betul rasa dia..

      Padam
  5. semuanya sedap2 belaka... ada kala masakan chinese ni boleh kena dgn tekak melayu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah wak..walaupun saya tak berapa minat tapi jadi terminat terus sekarang lepas makan kat sini..haha

      Padam
  6. Hidangan di chinese muslim restaurant memang best..SA memang suka..sedap sebab mereka tak gunakan msg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak masukkan langsung msg ye kak? Tapi awat yang sedap sangat ye..nak masak sedap jugak..haha

      Padam
  7. Alhamdulillah kenyang tengok gambar2 tu >_< hahah btw Hana pun minat jugak masakkan Chinese ^^ *walaupun berkurun dah tak makan* hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahhaha..akak baru nak belajar makan makanan cina ni Hana, bolehla Hana jadi master sifu.

      Padam
  8. Alhamdulillah kenyang dah apabila melihat gambar makanan dekat atas tu.hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahah..yela yela..jom share tengok gambar sama2. Kenyang bersama >_<

      Padam
  9. Nampak macam sedap... boleh cuba ni....hi...hi...

    BalasPadam