Isnin, 24 Disember 2018

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah


Kumpulan Hotel Avillion telah merasmikan pelancaran hotel kelimanya yang terletak di Tanah Rata, Pahang iaitu Avillion Cameron Highlands yang berkonsepkan kontemporari dengan dekorasi dalaman moden dan ekslusif secara meriah pada awal bulan Disember yang lalu.

Terletak di atas bangunan Cameron Fair yang merupakan sebuah bangunan komersil dengan gaya hidup baru di Tanah Rata yang dibangunkan oleh Ascendvest Sdn. Bhd, para tetamu yang menginap di Hotel Avillion Cameron Highlands boleh menikmati kemudahan yang tersedia di dalam bangunan Cameron Fair ini selain dapat membeli belah di kedai dan restoran yang banyak terdapat di dalamnya.

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut adalah Pengarah Avillion Berhad iaitu Puan Yulina Baharuddin, Pengerusi Avillion Berhad Tan iaitu Sri Samsudin Hitam, Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands iaitu Encik Mazlan Mohamed Isa dan Pegawai Pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands iaitu Encik Saiful Azli Mohamed Nor.

Menurut Puan Yulina Baharuddin, pembukaan hotel ini merupakan satu langkah ke hadapan Avillion dalam membuka jalan untuk menjadi syarikat perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka di rantau ini, di mana mutu perkhidmatan dan hospitaliti akan menjadi piawaian utama dalam industri pelancongan hotel di Malaysia.

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Lokasinya yang strategik kerana berada di tengah pusat bandar menjadikan Hotel Avillion Cameron Highlands merupakan hotel mudah akses ke pelbagai kemudahan yang terdapat di sekitar Tanah Rata, malahan juga terletak hanya beberapa ratus meter daripada hab pengangkutan utama Cameron Highlands.

Hotel lima tingkat ini menawarkan 100 buah pilihan bilik jenis studio dan suite yang luas dan selesa. Keluasan ruang bilik bermula daripada 35 m² sehingga kepada 72 m²  persegi ini mampu memberi keselesaan kepada tetamunya samada untuk percutian keluarga atau urusan perniagaan dengan pilihan studio yang unggul sehinggalah kepada suite premium dua bilik tidur yang besar.

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Menurut Puan Yulina, Avillion mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditawarkan dan pihak Avillion sentiasa mencari peluang untuk menguruskan lebih banyak hotel di negara serta di rantau ini. Kepuasan pelanggan adalah amat penting dalam perniagaan hotel kerana ia mampu menaikkan atau memusnahkan sesuatu perniagaan.

"Menyedari hakikat ini, kami komited untuk mendapatkan kepercayaan dan kesetiaan tetamu kami dengan menawarkan pengalaman penginapan di rangkaian hotel Avillion yang menakjubkan bermula daripada perkhidmatan yang tulus ikhlas dan penuh perhatian", tambah Puan Yulina lagi.

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Antara kemudahan lain yang terdapat di Hotel Avillion Cameron Highlands adalah gymnasium, taman permainan dengan halaman berkongsi, restoran dan empat buah bilik mesyuarat jenis teater dan boardroom yang boleh ditempah oleh individu persendirian atau mana-mana syarikat luar yang berminat menggunakannya. 

Encik Mazlan selaku wakil daripada Pejabat Tanah dan Daerah menyambut baik pertambahan hotel baru di Cameron Highlands meskipun menjangkakan berlakunya pertambahan bilangan pelancong menjelang tahun 2019. Tambah beliau lagi, pihak majlis daerah sedang berusaha menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kerap terjadi semasa cuti puncak dan bercadang untuk menambah tempat letak kereta di Tanah Rata pada masa akan datang.

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Cameron Highlands merupakan destinasi popular di kalangan penduduk tempatan dan warga asing kerana terletak di daerah perbukitan yang kaya dengan tanaman subur menghijau seperti ladang teh, ladang strawberi dan sayur-sayuran serta keindahan hutan dan floranya yang membawa kepada lokasi yang indah dan menarik seperti air terjun dan penempatan orang asli.

Selain itu, suhu purata tahunan di Cameron Highlands yang berada di antara 18 ⁰C menjadikannya sebagai lokasi percutian hujung minggu yang terkenal bagi rakyat Malaysia untuk memanjakan diri sambil menikmati udara segar dengan pemandangan menghijau dan menyamankan.

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Selepas pelancaran awalnya pada Januari lalu, Hotel Avillion Cameron Highlands mencatat kadar penginapan melebihi 80% pada bulan Ogos.  Avillion Cameron Highlands merupakan hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali. 

Perasmian Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands sebagai Hotel Kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion Disambut Meriah

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Avillion Cameron Highlands, anda boleh terus ke alamat  :

Alamat: Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang, 39 000, Malaysia
No talian : +605-5000 333

Anda juga boleh baca review saya sewaktu menginap di Hotel Avillion Cameron Highlands di sini >> Avillion Cameron Highlands : Hotel Mesra Kanak-kanak yang Luas dan Selesa di Tanah Rata.

22 ulasan:

  1. salam rini singgah sini, lawa hotel ni.. boleh la jalan2 kalau ada yang sponsor hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak..harap nanti ada rezeki akak stay kat sini, mana tau rezeki tahun depan kot..

      Padam
  2. bw sambil follow sambil komen kt sini...salam kenal tuan rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal sis, saya dah balas bw tadi. Rupa2nya saya dah lama follow blog sis :D

      Padam
  3. wahhh.. mesti cantik.. harap2 ada peluang ke sana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga boleh ke sini nanti ye ejulz :)

      Padam
  4. Tahniah Avillion. Semoga lebih banyak cawangan Avillion dibuka pada masa akan dtg. Bilik2 di Avillion semua terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..kan? Semua bilik kat Avillion terbaek!

      Padam
  5. Alhamdulillah tahniah Avillion bertambah lagi cawangan.. Banyak kemudahan tu, ai is geram.. Nanti bukalah kat Terengganu satu. Hahahaa 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahhaha..tak payah nak geram sangatlah husniey, tahun depan nak ke Korea kan? Ha..seronok tu..

      Padam
  6. boleh la nnti bawa family.. nice share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh stay dengan family kat sini, kids friendly wak..

      Padam
  7. hampir setipa tahun AJ ke Cameron Highlands ni, boleh jadikan reference untuk penginapan akan datang.. In Shaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba stay di Avillion pula next trip ke Cameron ya AJ. Saya pun tiap tahun ke CH, gimme five la :)

      Padam
  8. Lama tak p
    Cameron. Nnt boleh try duduk sini .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehla stay Avillion pulak lepasni, mesra bebudak tu yang best tu..

      Padam
  9. Wah hotel dah rasmi! bila nak ajak Hana stay semalam dua?! hehehe :P
    sorrylah kak,Hana ni mengada ja :3 akaun ig pun tak approve2 ada hati nak mintak dibelanja bagai.. hohoho T^T
    .
    Btw,Thank you for review kak!! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..takde hal la pasal insta tu, kan hak peribadi nak approve tak..
      Tapi akak paksa awak untuk approve akak! Kalau tidak.. :P

      Padam
  10. cantik avillion cameron ni... akak selalu duk tgk rega... keke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata blogger lain, di PD ada swimming pool tapi kalau nak yang murah sikit di Melaka. Cuma tak sure di Melaka tu ada pool tak..

      Padam
  11. Bila tengok ramai review hotel ni memang teringin nak pegi sana. Bole la masuk dalam senarai hotel nk check in nanti. Plan nk p hujung tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..elok sangat la tu kalau stay sini sebab Ena pun ada anak kecik kan? Ehem..ehem..pi celebrate anniversary ke akhir tahun ni? :D

      Padam