McDonald's Sumbang Setengah Juta di Program Komuniti Kelantan


Sebanyak sejumlah RM484,100 sumbangan telah diumumkan pada Program Komuniti peringkat Negeri Kelantan anjuran McDonald's Malaysia pada 13 Disember 2018 yang lalu bertempat di McDonald's Pandu Laju, Pengkalan Chepa. Sumbangan ini melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan. Antara inisiatif yang telah diumumkan di bawah peruntukan tersebut adalah serahan pek 'Kembali ke Sekolah', sumbangan zakat serta perlantikan belia asnaf ke Program Perantisan McDonald's.

McDonald's Sumbang RM484,100 di Program Komuniti Kelantan

Program ini merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad.


Program Kembali ke Sekolah


Bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara, program ini mendapat sokongan francaisi dan rakan perniagaan McDonald's yang lain. Melalui program ini, kanak-kanak menerima satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan sebuah beg sekolah yang baru sebagai persediaan sebelum memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2019.


Nilai keseluruhan sumbangan di bawah program 'Kembali ke Sekolah' pada tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta dengan penerima di negeri Kelantan seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah bagi persiapan menghadapi sesi persekolahan pada tahun 2019.

McDonald's Sumbang RM484,100 di Program Komuniti Kelantan

Menurut Encik Azhar Darbi selaku Pengarah Kanan Sumber Manusia McDonald's Malaysia, program 'Kembali ke Sekolah' adalah amat penting bagi McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar. Beliau berharap dengan adanya program 'Kembali ke Sekolah' ini akan dapat membantu mengurangkan beban  kewangan keluarga kanak-kanak dan memberi motivasi kepada mereka untuk memulakan tahun persekolahan yang baru dengan penuh keyakinan.


Sumbangan Zakat McDonald's


Sejak tahun lalu, McDonald's Malaysia telah melaksanakan kewajiban zakatnya di bawah pemilikan baru Kumpulan Reza bermula tahun 2016 yang merupakan entiti perniagaan yang 100%  dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza merupakan syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua lebih daripada 100 buah cawangan McDonald's di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara ekslusif sejak 20 tahun yang lalu.

McDonald's Sumbang RM484,100 di Program Komuniti Kelantan

Menurut Encik Azhar, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia, McDonald's akan terus melaksanakan kewajipan zakat sebaik tiba masanya kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan serta merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.


Dr. Haji Nik Mohd Azlan menyokong usaha murni dan inisiatif yang diumumkan dalam program tersebut di mana jelas menunjukkan komitmen McDonald's dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik. Beliau juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan.


Program Perantisan McDonald's Malaysia


Sejak dua tahun yang lalu, McDonald's telah memperkenalkan Program Perantisan McDonald's sebagai salah satu usaha membantu masyarakat yang memerlukan. Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan pensijilan diberikan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).

McDonald's Sumbang RM484,100 di Program Komuniti Kelantan

Melalui program ini, para perantis akan menjalani tempoh latihan praktikal dan teori di dalam kelas selama 18 bulan. Setiap bulan perantis akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan, insurans serta makanan secara percuma. Selaras dengan perlaksanaan program ini, diharap dapat meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta pada masa yang sama memupuk bakat baru.


Menurut Encik Azhar, mereka mengalu-alukan penglibatan daripada para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai Program Perantisan McDonald's. "Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Encik Azhar.


Rumah Ronald McDonald Ke-2 di HUSM


Penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) yang kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan merupakan salah satu usaha murni daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dalam langkah meluaskan inisiatif kemasyarakatnya. Rumah ronald yang dijangka siap pada awal tahun hadapan ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang bakal menjalani rawatan di HUSM atau di hospital lain yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu.


Dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur, Rumah Ronald McDonald juga turut menyediakan kelengkapan penuh yang lain seperti ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, tandas, ruang sensori dan pelbagai kemudahan lagi bagi penghuni yang menginap di sini. Dengan penubuhan rumah ronald ini diharapkan agar beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat dapat dikurangkan di samping dapat menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga sentiasa dapat berada berdekatan dengan anak-anak mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang Rumah Ronald McDonald, boleh baca di >> Rumah Ronald akan Dibina di HUSM Menjelang Tahun 2019.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Rezeki mereka yg memerlukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..gembira adik2 nak ke sekolah dengan baju baru nanti..

      Padam
  2. Alhamdulillah.. semoga dapat membantu mereka yang memerlukan..

    BalasPadam
  3. semoga ringan bebanan ibu bapa dan semoga anak2 akan gigih belajar slps ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat..

      Padam
  4. terbaik lah mcd ni..golongan kurang berkemampuan todak dilupakan..eh..knapa saya ada trselit disitu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh eh, awak ada terselit tapi di manakah saya? :P

      Padam
  5. Alhamdulillah rezeki buat golongan yang kurang bernasib baik. Banyak tu inisiatif yang diumumkan. Tahniah McDonald’s

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih McDonald's yang banyak membantu golongan berkemampuan. Semoga bertambah maju bisnes untuk masa akan datang..

      Padam
  6. Wahh bagus lah Mcd ni! hehe dah boleh stop boikot lah kalau macam ni *opsss! terbocor pulak hehehe >_<
    .
    Thanks for sharing kak!!! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun boikot aritu tapi sejak tahu diambil alih oleh Islamic company, tu yang asyik pi makan McD tu :P

      Padam