Kempen Tabung Didik Zakat oleh PPZ-MAIWP Pupuk Kesedaran Zakat Seawal Usia


Sesi persekolahan bagi tahun 2019 bakal tiba, apakah kenangan yang masih anda ingat sewaktu kecil semasa berada di bangku persekolahan?


Antara kenangan yang pernah wujud dan masih utuh berada dalam lipatan ingatan saya semasa kecil adalah kegembiraan membuka akaun bank untuk mendapatkan tabung simpanan wang. Meskipun ia bukanlah kenangan yang menggembirakan kerana saya tidak menerima tabung seperti yang dijanjikan pada ketika itu, namun perasaan untuk menabung dalam diri saya wujud sejak kejadian tersebut.


Ingatan ini datang menjengah minda sebaik sahaja terlihat video PU Azman berceloteh tentang Kempen Tabung Didik Zakat dan kebetulan Auni juga akan mula bersekolah pada tahun hadapan. Jadi terbit rasa hati ingin mendapatkan Tabung Didik Zakat ini untuk Auni bagi memupuk kesedarannya mengenai kepentingan menabung dan kesedaran zakat pada seawal usia.

Tapi apa itu Tabung Didik Zakat?

Kempen Tabung Didik Zakat oleh PPZ-MAIWP

Kempen Tabung Didik Zakat telah diperkenalkan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai Rukun Islam yang kelima iaitu zakat. Sambil menabung, kanak-kanak diperkenalkan dengan perkataan baru iaitu zakat yang pasti menimbulkan banyak persoalan di minda mereka sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih santai dan menggembirakan.

Selain dapat melatih kanak-kanak menabung di awal usia, kempen ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada mereka agar membantu golongan kurang berkemampuan dan asnaf. Simbolik daripada kempen ini pula sebagai motivasi kepada kanak-kanak agar terus mengumpul kekayaan dan berjaya namun di sebalik kekayaan tersebut ada sebahagian harta yang perlu diagihkan kepada insan yang lebih memerlukan.

Kempen Tabung Didik Zakat oleh PPZ-MAIWP Pupuk Kesedaran Zakat Seawal Usia

Bagaimana cara mendapatkan Tabung Didik Zakat? Hanya buka akaun zakat pada nilai serendah RM10 di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP bagi anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah. dan Tabung Didik Zakat akan diberikan selepas proses pembukaan akaun zakat selesai dilakukan.

Kaunter PPZ-MAIWP

Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh PPZ-MAIWP bagi memudahkan masyarakat membuat pembayaran zakat termasuklah menyediakan kaunter zakat bergerak serta pembayaran melalui perbankan online. Walaubagaimanapun, jika anda lebih selesa untuk melakukan proses pembayaran di kaunter, kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka bermula jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang di lokasi seperti berikut : 

  • → Shamelin
  • → Kampung Baru
  • → Masjid Negara
  • → Wangsa Maju
  • → Putrajaya Precint 9
  • → Putrajaya Precint Diplomatik
  • → Taman Tun Dr. Ismail
  • → Jalan Puchong
  • → Kepong
  • → UTC Pudu Sentral
  • → Labuan

Tidak lupa juga buat ibu bapa yang ingin hadiahkan Tabung Didik Zakat kepada anak-anak, sila dapatkan di kaunter pilihan anda. Semoga usaha kita dalam mendidik anak-anak agar lebih memahami tuntutan agama ini mendapat keredhaan Allah dan diberi kemudahan dalam setiap urusan kehidupan dunia dan akhirat. Anak yang celik agama adalah anak yang bakal menjadi perintis masa depan yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab zakat kita agar hidup sentiasa diberkati Allah. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila layari laman web berikut :

Official : PPZ-MAIWP
Facebook : PPZ-MAIWP
Instagram : PPZ-MAIWP
Twitter : PPZ-MAIWP

Talian : 1-300-88-5757

Jom SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT!

Catat Ulasan

58 Ulasan

  1. Thank you for sharing kak Zarini :D sorry lambat reply komen :')
    .
    Salam Jumaat!! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat my little Hana! Rindu nak dengar celoteh Hana la..

      Padam
  2. Balasan
    1. Kan? Anak2 dapat belajar sambil menabung. Kempen yang bagus..

      Padam
  3. wah !! menarik ni.. mendidik anak-anak supaya faham konsep berzakat.. hee~ tabung tu pun comel kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom la pi bukak akaun zakat untuk anak2 kita wak..

      Padam
  4. Kalau dulu pantang ada offer dapat tabung mesti nak bukak buku kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..kenangan manis betul. Padahal tabung dah ada nak jugak bukak akaun semata-mata nak tabung kan?

      Padam
  5. Balasan
    1. Terbaik untuk anak2, mereka dapat kesedaran awal tentang zakat serta boleh belajar menabung..

      Padam
  6. Bagusnya kempen yang dijalankan.. Memperkenalkan zakat seawal usia kanak-kanak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, anak diajar tentang kewajipan zakat pada masa yang sama menabung..wajib ada tabung zakat ni..

      Padam
  7. Memang kena ajar anak menabung dari kecik. Sambil2 tu kenalkan dorang tentang zakat juga kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Ana..kenalkan perkara yang baik sejak kecil, in shaa Allah jadi yang terbaik nanti..

      Padam
  8. Suka tengok PPZ sekarang semakin giat mendidik masyarakat berkenaan kepentingan zakat kepada semua. Rawlins doakan semuanya dipermudahkan dan agar makin ramai yang melaksanakan tanggungjawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga bertambah kesedaran masyarakat tentang kepentingan zakat sedari kecil ye..

      Padam
  9. Wahh idea yang bagus sebenarnya sebab bukan setakat boleh mengajar kanak-kanak untuk menyimpan duit, malah menjadi lebih bertanggungjawab. Satu usaha yang baik dan moga-moga mendapat sambutan yang baik juga daripada para ibu bapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, kesedaran ibu bapa juga penting dalam mendidik anak-anak kan? Jom dapatkan tabung didik zakat :)

      Padam
  10. good job to Zakat organisation. the tabung Zakat sounds like a good idea for everyone. it's nice to keep the extra money from young for the better future. keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes indeed, kids will learn how to manage their own money and also help others who in need.

      Padam
  11. memang bagus kempen macam ni. membantu meningkatkan kesedaran untuk orang awam yang layak membayar zakat. kadang2 diaorang terlupa sepatutnya dah boleh bayar zakat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, mungkin kesibukan kerja kadang2 membuatkan ibubapa terlupa. Jadi kalau anak2 dah faham tentang zakat, mana tau mereka boleh tolong ingatkan parents pula dalam menunaikan tuntutan berzakat..

      Padam
  12. Thank for sharing..first time akak dengar ni...pelbagai solusi yang di lakukan oleh pihak PPZ untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai kan..program kesedaran ni wajib diteruskan dan di perluaskan kepada kanak- kanak sekolah supaya mereka celik zakat apabila dewasa nanti kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak..didikan dari kecil mempengaruhi pemikiran anak2 bila besar nanti, semoga mereka berjaya apabila dewasa dan menunaikan tuntutan zakat..

      Padam
  13. Bagus usaha yang dilaksanakan oleh PPZ ni. Yelah budak2 dh kene strt belajar menabung dari kecil lagi. Nnti dah besar mudah dan dieorang ad simpanan sendiri. Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..atleast kalau diajar dari kecil, mudah sikit pemahaman mereka menginjak dewasa nanti kan..

      Padam
  14. Zakat memang sibuk mencari pembayar hujung tahun ni hehehehe sebab nak capai target untuk tahun ini kerana ramai orang masih tak sedar nak buat bayaran zakat.. dari kecil kena didik bayar zakat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, sebelum closing akhir tahun katakan..sebab tu salah satu usaha PPZ memperkenalkan tabung didik zakat ni supaya orang ramai tak terlupa lagi kewajipan mereka dalam berzakat..

      Padam
  15. Balasan
    1. Kiut kan? Mak pun suka, apatah lagi kalau si anak :D

      Padam
  16. lhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terbaik usaha PPZ. Tabung tu memang kiut miut comel sangat kan :)

      Padam
  17. Bagus kalau nak ajar anak tentang zakat ni. Biar mereka alert. Ramai juga yang masih tak sedar tentang kepentingan zakat ni. Harap zakat ni diberikan kepada mereka yang betul2 memerlukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Semoga pihak zakat mengagihkan zakat yang diterima kepada golongan yang betul2 memerlukan demi menjaga kemaslahatan ummah..

      Padam
  18. Bagus la ada tabung zakat ini. Budak-budak akan ada lebih kesedaran tentang kepentingan zakat. Idea yang sangat bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dapat beri kesedaran awal pada anak-anak tentang zakat dan kepentingan menabung selepas ni..

      Padam
  19. Teingat dulu tahu2 ada buku cikgu bagi je.hehe. tupon seronok tengok2 ada duit walaupun sedikit. Dulu susah nak buka buku sebab jauh ke bandar. Rasa bertuah ada sekolah uruskan. Jadi sebagai parents yang da ada anak rasa terpanggil untuk buka akaun zakat ni. Nilai kecik tapi dimata mereka sebenarnya nampak besar. Bezanya mereka lagi paham dan belajar kenapa zakat itu penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat wak! Dulu berebut nak buka buku akaun untuk dapat tabung. Bila dah dapat tu, hari2 nak masukkan duit dalam tabung..best moment ever :)

      Padam
  20. bagus sangat kempen zakat ni. Mendidik anak berzakat dan menabung. Dapat pulak tabung comel..mesti anak-anak suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan anak2 je suka, mak bapak pun suka sebab anak dah pandai menabung dan faham tentang zakat..best kan..

      Padam
  21. Nak bayar zakat skang ni sgt mudah. Paling best thru online. Program pon byk diadakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, trak bergerak untuk bayaran zakat juga disediakan sekarang. Memang banyak insentif PPZ untuk menyedarkan masyarakat tentang zakat kan..

      Padam
  22. Baguslah ada tabung didik zakat nie.. Leh la ajar n dedahkan anak2 pasal berzakat nie dari usia kecil.. Biar diaorg paham n mengerti betapa penting zakat dpt membantu yg lebih memerlukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat, at least mereka dapat dua faedah dalam satu masa. Menabung dan pengetahuan mengenai zakat..

      Padam
  23. Bagus gak ada tabung didik zakat ni..mengajar anak2 menabung dn faham erti zakat. Insaalah ada rezeki nak buka juga untuk anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya PPZ-MAIWP je yang beri tabung didik zakat ni ye, boleh ke kaunter zakat seperti di atas..

      Padam
  24. Terima kasih atas perkongsian. Baru tahu pasal tabung didik zakat ni. Boleh lah register untuk anak-anak nanti. Dari kecil lah nak kena ajar anak menabung dan zakat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, semoga mereka lebih memahami kepetingan kewangan dan agama lepasni kan..

      Padam
  25. Zakat ni menyucikan harta. insya Allah yang terbaik untuk beribadah ke jalan-Nya. dah banyak yang dipermudahkan utk pembayaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, semoga kita berada dalam keredhaan Allah dengan melaksanakan tuntutan-Nya kan..

      Padam
  26. Didik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kiut miut tabungnya, nak2 transparent..happy anak dok godek2 tengok duit kat dalam tu nanti..

      Padam
  27. Another reminder from zakat! Suka sangat PPZ ni sebab tak pernah jemu bagi peringata untuk kita tunaikan zakat. Maklum lah kadang sibuk dengan urusan seharian tak sedar dah sampai waktu nak kena bayar zakat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju wak! Semoga kita yang dah tua2 ni tak lupa kewajipan berzakat dan dapat didik anak mengenai zakat sebaik mungkin..

      Padam
  28. Bagus ni untuk didik anak2 kecil! Love the concept!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Anak-anak diajar menabung dan pada masa yang sama juga diajar tentang zakat. Terbaik!

      Padam