Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City


Sebaik selesai program amal >> Bukit Gambang Resort City dan McDonald's menceriakan 60 orang pelajar tahfiz, saya seterusnya menyambung perjalanan menuju ke Arabian Bay Resort bagi merehatkan diri setelah hampir seharian menghabiskan masa di Bukit Gambang Water Park. 


Tidak perlu menggunakan maps, Arabian Bay Resort terletak di dalam kawasan Bukit Gambang Resort City yang berhampiran dengan pintu masuk. Terdapat dua jenis penginapan yang boleh dipilih sekiranya bercuti di sini iaitu Carribean Bay Resort dan Arabian Bay Resort. Kali ini saya berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di Arabian Bay Resort sambil menikmati suasana santai di sini.

Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City

Berjarak hanya 300m daripada Gambang Water Park serta 27km daripada pusat bandar Kuantan, pengunjung boleh menaiki shuttle bas secara percuma untuk pergi ke sekitar taman yang terdapat di dalam Bukit Gambang Resort City. Sekiranya pengunjung memerlukan perkhidmatan shuttle menuju ke lapangan terbang yang berjarak 25km daripada resort, usah bimbang kerana pengunjung boleh dapatkannya secara berbayar di kaunter hotel.

Suite Dua Bilik

Saya tiba di kaunter hotel pada anggaran jam 4 petang untuk urusan check-in sambil ditemani oleh suami, anak serta Cik Atiqah selaku orang kuat bagi program amal. Selesai check-in, kami diberi suite bernombor 2104 yang mengandungi 2 bilik di dalamnya yang boleh memuatkan dua keluarga.

Saya berkongsi suite dengan blogger >> Husniey. Disebabkan Husniey masih belum mendaftar masuk, jadi saya ambil kesempatan untuk snap seberapa banyak gambar yang boleh.

Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City

Suite ini dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan balkoni berasingan di luar bilik. Manakala di dalam bilik pula dilengkapi dengan dua buah katil, TV, bilik air serta penghawa dingin yang mampu memberi keselesaan buat kami sekeluarga. Selain sejadah, keperluan tambahan yang lain seperti cerek air, peti ais mini dan minuman segera 3-in-1 juga turut disediakan di pantry kecil yang terdapat di tepi pintu masuk.


Terasa amat selesa sebaik badan yang kepenatan menyentuh tilam ditambah pula suasana sejuk diselubungi kesejukan pendingin hawa. Suami tidak melepaskan peluang membilas badan di pancuran air panas walaupun kami baru pulang daripada bermain air di water park tadi. Saiz bilik yang luas iaitu 40 m₂ membolehkan Ameera bebas bermain dengan gembira sementara Auni pula berselimut di atas katil sambil menonton siaran TV.

Arabian Coffee House

Waktu makan malam bermula jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam dan hidangan adalah secara bufet. Sebaik selesai membersihkan diri dan solat, kami menuju ke ruang makan iaitu di Arabian Coffee House yang terletak bersebelahan dengan lobi hotel.

Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City

Ketibaan kami disambut dengan pelbagai jenis lauk pauk dan hidangan yang istimewa dan menarik. Rambang mata dibuatnya. Pelbagai pilihan makanan dengan pemanis mulut yang comel berjaya membuat saya hilang ingatan seketika tentang diet.


Nasi putih, lauk ikan salmon goreng dan ayam masak kicap menjadi pembuka selera buat suami selain ditambah dengan dengan sayur cendawan campur. Pilihan saya tentulah deretan pencuci mulut yang berwarna warni dan dipenuhi coklat. Pilihan Auni dan Ameera pula buah-buahan segar dan kepingan coklat.

Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City

Pilihan makanan yang banyak dengan rasa yang sedap menyebabkan kami tersadai di coffee house selama hampir dua jam. Jika tidak disebabkan ruang usus yang telah penuh, pasti kami akan masih berada di coffee house dalam jangka masa yang lebih lama sambil menikmati juadah makan malam yang terbaik! Aktiviti pada malam itu hanyalah menghabiskan masa dengan menambah lemak badan di coffee house dan kemudiannya menikmati kesejukan penghawa dingin di dalam bilik.


Keesokan hari, kami bangun seawal pagi demi untuk tidak membazirkan masa yang ada sebelum check out. Jam 7.30 pagi lagi kami sudah terpacak di coffee house untuk menikmati breakfast sebelum meneruskan aktiviti mandi-manda. Hidangan breakfast secara bufet bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Pilihan makanan tetap meriah dan setiap makanan yang dihidang berjaya menarik hati saya untuk mencubanya.

Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City

Jam 12 tengah hari, tempahan untuk lunch secara a la carte telah boleh dilakukan. Tiada lagi hidangan secara bufet, namun kami masih lagi menikmati hidangan tengahari kami yang sedap dan masih panas. Waktu tempahan adalah sehingga jam 2.30 petang.

Swimming Pool

Selepas breakfast, kami bersiar-siar di sekitar Arabian Bay Resort sebelum menuju ke bahagian swimming pool. Seperti biasa, tempat kegemaran kami untuk berendam setiap kali tidur di hotel haruslah tidak disiakan. Kebetulan tiada sesiapa yang berada di pool pada ketika itu, jadi kami terus menukar baju untuk mandi.


Kehadiran Husniey bersama adiknya menambahkan keceriaan sewaktu sesi mandi-manda. Dengan action kamera yang kiut milik kepunyaan Husniey, kami bergambar dan bermain sepuas hati seolah kolam itu kami yang punya :D


Setelah waktu beranjak ke 11 pagi, kami bergerak pulang ke suite. Waktu check out adalah jam 12, jadi kami perlu menyiapkan diri dan menyimpan beg sebelum keluar. Sempat saya ke tingkat 3 untuk menggosok baju sebelum melangkah keluar daripada suite hotel.

Arabian Bay Resort : Penginapan Selesa di Bukit Gambang Resort City

Disebabkan tiada aktiviti luar yang kami lakukan, jadi kami hanya menghabiskan masa di Arabian Bay Resort. Kawasan kolam renang yang luas dan menarik, kakitangan yang ramah dan mesra serta kemasan suite yang teratur dan bersih menjadikan percutian kami di Bukit Gambang Resort City suatu percutian yang hebat! Disertai dengan pengalaman menguruskan pelajar tahfiz bermain air di Gambang Wet World menjadikan percutian kali ini pasti tidak akan saya lupakan.

Hubungi

Jika awak bercuti ke Bukit Gambang Resort City, samada untuk ke Water Park, Safari Park atau Active Academy, apa kata jika menginap sahaja di Arabian Bay Resort atau Carribean Bay Resort kerana mereka menawarkan harga pakej bagi tiket masuk ke water park beserta bilik penginapan yang jauh lebih murah dengan akses menggunakan perkhidmatan pengangkutan shuttle bas ke taman yang ingin dilawati secara percuma. Layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut :

Bukit Gambang Resort City
Laman web : https://bgrc.com.my/

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. lawa lah arabian bay resort ni .. bestnya makan - makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawa dan besar, kalau datang ramai better amek bilik macamni. Meriah sikit..

      Padam
  2. lawa resort ni... kalu ada element pdg padir lg umphhh👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada unta kat lobby tapi space kecil so tak berapa nampak padang pasir..maybe boleh tambah padang pasir macam awak cakap..

      Padam
  3. Seronok kemain anak - anak dapat mandi manda tu.. heee eh ada terselit jugak kita disitu, thank you sis zarini

    Suka kemudahan yang ada di Arabian Bay Resort ni, lengkap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..husniey kan member sebilik, wajibla ada :D

      Padam
  4. Bestnya.. dah lama tak ke sana tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun last aritu rasanya pergi 4 tahun lepas. Ada rezeki kali ni pergi lagi, alhamdulillah..

      Padam
  5. Balasan
    1. Nanti boleh ajak cik abang pi sana Sha, main2 air sambil tidur kat Arabian Bay ni..

      Padam
  6. Bestnya tak pernah sampai sana lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepasni ajak cik abang dating kat sini pulak Cik Ash sambil2 mandi kat waterpark..

      Padam
  7. jarang tengok org buat peranginan style arab di malaysia.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak tu tapi rasanya Malaysia ni sesuai dengan arab style sebab cuaca panas amat...haha

      Padam
  8. Dalam senarai tempat untuk dikunjungi ni. Selalu nampak je signboard dia otw balil Ganu. Ni syafi kalau dia nampak mesti dia suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..wajib pergi untuk Ana sebab suka pi jejalan kan? Wajibla singgah kat sini..

      Padam