Time Lancar Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Harga Murah


TIME Internet telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar rumah (broadband) yang terpantas di Malaysia dengan kelajuan mencecah sehingga 1Gbps pada kadar harga yang murah. Dengan menggunakan fiber optik sebagai rangkaian penghantaran data, TIME Internet menawarkan pengalaman berada di atas talian dengan kelajuan dan kestabilan kualiti yang lebih baik berbanding pengendali jalur lebar yang lain.


TIME menawarkan pelan internet berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps pada harga hanya RM199. Kelajuan ini adalah bersamaan dengan 1000Mbps, iaitu dua kali lebih pantas daripada pelannya yang terdahulu yang mana cuma mencecah sehingga 500Mbps sahaja. Apa yang menariknya, dengan kelajuan 1Gbps, anda hanya memerlukan masa selama 16saat untuk memuatnaik satu filem lengkap! 1Gbps kelajuan jalur lebar juga membolehkan anda berkongsi menggunakannya dengan 30 buah peranti pada masa yang sama dalam satu rumah.


Selaras dengan pelancaran tersebut, TIME turut mengumumkan pelancaran harga runcit baharu bagi semua pelan perkhidmatannya. Pelan utama dengan harga berpatutan yang sedang mendapat perhatian umum adalah TIME 100Mbps yang boleh dilanggan secara ekslusif hanya melalui atas talian pada harga RM99 sebulan. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya sah dalam masa yang terhad. Jadi jangan ketinggalan untuk menjadi antara yang pertama melanggan TIME 100Mbps.


TIME merupakan pengendali jalur lebar termurah yang menawarkan harga di bawah RM100 bagi internet berkelajuan 100Mbps jika dibandingkan dengan pesaingnya dalam kelas kelajuan yang sama. Selain menawarkan harga mampu milik, TIME juga memberikan potongan bernilai RM100 di dalam bil pertama bagi setiap pendaftaran yang dilakukan secara atas talian. Proses pendaftaran secara atas talian adalah amat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit. Jadi anda tidak perlu bersesak ke kedai semata-mata untuk mendaftar. Lakukan di rumah dan anda berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar pada harga yang murah serta menikmati potongan sehingga RM100 dalam bil pertama.


Pelan Jalur Lebar di Rumah


1.     TIME 100Mbps - RM99/sebulan

2.     TIME 500Mbps – RM139/sebulan

3.     TIME 1Gbps – RM199/sebulan



Apakah Fiber Optik?


Kebanyakan pengendali khidmat jalur lebar menawarkan rangkaian penghantaran internet melalui kabel fiber optik berbanding kabel tembaga sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Justeru itu, TIME juga turut tidak terlepas untuk menawarkan 100% rangkaian fiber optik dalam perkhidmatan jalur lebarnya.

Fiber optik merupakan saluran penghantaran data yang diperbuat daripada helaian serat kaca yang sangat halus dan menyerupai diameter sehelai rambut. Kumpulan serat kaca ini digabung bersama di dalam satu kabel untuk membentuk kabel fiber optik yang kemudiannya akan menghantar data dengan menggunakan teknologi optik, iaitu penggunaan cahaya sepenuhnya sewaktu proses penghantaran dan penerimaan data.


Mengapa Memilih TIME?

Time Lancar Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Harga Murah
  • Menawarkan rangkaian fiber optik 100%, TIME berupaya membekalkan kelajuan, kestabilan dan kualiti rangkaian jalur lebar yang lebih baik berbanding rangkaian tembaga.

  • Penggunaan gelombang cahaya dalam proses penghantaran dan penerimaan data membolehkan kelajuan rangkaian adalah sangat tinggi sehingga mencapai 1Gbps.

  • Fiber optik kurang terdedah kepada faktor persekitaran seperti suhu dan gelombang elektromagnetik, jadi proses penghantaran data lebih pantas dan tidak terganggu.

  • Dengan kelajuan cahaya, data dapat dihantar kemana sahaja dalam masa yang singkat tanpa memerlukan bantuan penguat signal.

  • Fiber optik  mempunyai sifat yang baik seperti bersaiz kecil, tahan lasak, murah dan mudah didapati.


Perbezaan antara Jalur Lebar Mudah Alih dan Jalur Lebar Fiber Optik


Time Lancar Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Harga Murah

Meskipun jalur lebar mudah alih adalah lebih fleksibel dan boleh diakses walau dimana sahaja berada, namun jalur lebar jenis mudah alih ini semakin kurang mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Apakah sebabnya jalur lebar mudah alih semakin kurang menjadi pilihan dan diganti oleh jalur lebar fiber optik?


  • Sambungan internet lebih pantas - Kelajuan purata sambungan jalur lebar di Malaysia adalah sebanyak 8.8Mbps iaitu lebih tinggi berbanding jalur lebar mudah alih yang berkelajuan purata sebanyak 4.4Mbps sahaja.

  • Lebih lancar - Keadaan cuaca yang buruk, bangunan tinggi dan objek besar boleh mempengaruhi rangkaian mudah alih 4G yang menggunakan teknologi jalur lebar wayarles. Jalur lebar fiber optik lebih berdaya tahan terhadap gangguan luar.

  • Muat turun tanpa had - Jalur lebar fiber optik menawarkan had muat turun yang lebih tinggi berbanding jalur lebar mudah alih meskipun pada kadar harga yang sama.

  • Lebih selamat - Menggunakan cahaya dalam penghantaran data, jalur lebar fiber optik lebih selamat kerana tidak terdedah kepada gelombang luar. Berbeza dengan jalur lebar mudah alih yang menghantar isyarat melalui udara, ia terdedah kepada serangan luar dan mudah dipintas oleh individu lain.

  • Berpatutan dan mampu milik - Harga pakej bagi jalur lebar optik semakin berpatutan memandangkan semakin banyak pengendali beralih kepada rangkaian ini disebabkan permintaan terhadapnya yang semakin bertambah.



TIME merupakan antara pengendali jalur lebar termurah di Malaysia yang menawarkan harga mampu milik dengan kepantasan jalur lebar yang tinggi. Hanya RM99 sebulan untuk kelajuan internet 100 Mbps. Murah bukan? Mula melanggan jalur lebar anda sekarang di >> http://bit.ly/2DTpaO1.


Cabaran Memastikan Masyarakat Mendapat Rangkaian Jalur Lebar Terbaik


TIME komited dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dengan fiber optik. Berjaya membina sendiri rangkaian optiknya secara 100%, TIME mempunyai kawalan penuh ke atas kualiti sambungan dalam membekalkan perkhidmatan yang bertaraf tinggi. Namun usaha untuk membekalkan perkhidmatan terbaik ini tidak mudah, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran sepanjang proses ini berjalan.


Seperti talian telefon menggunakan kabel tembaga, kabel fiber optik boleh diletakkan di dalam saluran bawah tanah atau menggunakan tiang utiliti. Proses pemasangan tiang kabel fiber optik di tepi jalan adalah sukar dilakukan kerana kebanyakan kawasan telah dipenuhi dengan tiang elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiang telefon daripada Telekom Malaysia (TM) hingga menyebabkan tiada ruang yang tinggal untuk menambah tiang baru. Selain itu, untuk mendapatkan kelulusan daripada majlis perbandaran juga agak sukar dan mengambil masa yang panjang untuk diluluskan.

Time Lancar Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Harga Murah

TIME tidak mahu menyewa rangkaian sedia ada daripada TM bagi mengelakkan kawalan kualiti dan kelajuan jalur lebar terganggu. Proses ketika penanaman kabel optik dijalankan juga adalah rumit. Kerja menggali jalan, memasukkan kabel dan menutup kembali lubang akan menghasilkan bunyi bising, kesesakan lalu lintas serta memerlukan persetujuan daripada penduduk setempat sebelum boleh dilaksanakan.


TIME sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggannya. Meskipun terdapat isu rangkaian liputan yang masih kurang, TIME sentiasa berusaha meningkatkan liputan rangkaian menggunakan fiber optik ke kawasan yang lebih luas. Hanya semak kawasan kediaman anda di dalam ruang ‘Semakan Liputan’ di laman sesawang TIME dan sekiranya masih tiada dalam liputan, anda hanya perlu masukkan alamat kediaman agar pihak TIME dapat mengkaji semula dan merancang proses pemasangan rangkaian di tempat anda. Jadi, sentiasa semuk semula lokasi liputan rangkaian di laman sesawang TIME bagi mengetahui kawasan yang telah diperbaharui.


Bagi mereka yang telah berada di dalam ruang liputan rangkaian TIME, jangan lepaskan peluang ini. Hanya RM99 sebulan dan anda akan menikmati internet berkelajuan sehingga 100Mpbs dan dengan hanya RM199 sebulan, anda boleh menikmati internet berkelajuan tinggi sehingga 1Gpbs. Tawaran ini adalah terhad dan sah secara atas talian sahaja. Jadi daftar sekarang di >> http://bit.ly/2DTpaO1. Klik >> TIME untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

50 Ulasan

  1. kita guna internet RM30 jer sbln..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. CikNor takpe pakai yang RM30 pun sebab kat office dah cover internet plus call lagi. Kita takde semua tu tau..

      Padam
  2. terbaek. pesaing unifi ni. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..betul tu. Baguslah ada pesaing macamni. Atleast pengguna dapat yang terbaik dari service provider kan..

      Padam
  3. Menarik juga pakej ni . Nak risik2 lah . Berbaloi boleh guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena risik cepat2 tau wak sebab limited time offer ni :)

      Padam
  4. Macam menarik dan murah je pakej ni..nampak berbaloi je pulak-pulak kita memang guna internet je memanjang kan..kena la pilih pakej yang berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi wak sebab paling murah dalam pasaran bagi kelajuan macamni. Limited time offer ni, better grab cepat sebab takde kontrak pun..

      Padam
  5. wah TIME ni ada balik ek, under TM rupanya. boleh tahan murah jugak pakej tuh ekk memacam boleh buat dengan 100Mbps

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah memang murah sebab kelajuan 100Mbps tu..fuh! Memula baca tak percaya jugak..

      Padam
  6. Kemain lagi semua syarikat telekomunikasi nak berlawan lawan bagi harga yang murah. La ni pakai Unifi tapi cam tak best pulak sebab kadang2 down. Time down tu haishhhhh geram je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pakai TM..geramnya lambat detect kat phone. Sekarang kalau on wifi, boleh guna untuk laptop dan TV je. Kat phone kena guna data -_-

      Padam
  7. Too bad not all place have Time coverage. I actually plan to take it but it does not cover banting and Bandar Saujana Putra area.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agreed! I also cannot register since no coverage around my house..ermm..

      Padam
  8. Ok juga..berbaloilah kalau ambil ni. Gud info. Thanks ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi sangat kan CikTie..paling jimat kalau compare dengan yang ada dalam pasaran sekarang..

      Padam
    2. Itulah..saya guna pun yang rm30 je sebulan. Itupun memang tak cukup hehe.

      Padam
  9. Kat homestay kita mmg pakai time, sangat laju tapi wayar sensitif takleh kena usik. Harap byk lagi coverage time ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke wak? Kalau tengok kelajuan tu memang best, tapi tak tau pasal wayar yang sensitif tu..

      Padam
  10. wow..TIME muncul semula under TM dah..menarik..SA tgh plan nak masukkan internet kat rumah Seremban..bleh la usyar2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh usha2 SA tapi Time bukan under TM tau..jangan lambat sebab offer ni limited time..

      Padam
  11. Sis ni tahu pakai je..semua cousin sis tolong uruskan, apa yang dia ambik itulah yang sis gunakan..hehehe. Nanti sis suh dia survey TIME ni..mana tau kot2 dia minat lak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe suruh cousin sis uruskan, maybe idea dia pasal internet ni lebih banyak. Saya pun suka diskas dengan husband pasal benda macamni sebab idea dan info dia lagi power..

      Padam
  12. Alooo...kenapa tak review awal . Baru je sign unifi. 2 tahun pulak tu. Time murah lagi. Haihhhh...ni yang terus menyesal nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..takpela wak, nanti dah habis 2 tahun boleh tukar Time. Kalau terminate nanti kena denda haru pulak :P

      Padam
  13. Menariknya pelan jalur lebar yg ditawarkan oleh TIME!! Berbaloi utk dimiliki dgn kelajuan dan harga yg terlajak meletop!! Aduhaii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..meletop! Harga paling jimat dalam market ni..

      Padam
  14. Laju dan murah! Tapi kena check dulu dekat area kita ada coverage ke tak heheh. Jarang-jarang dengar pasal Time ni, harap coverage dia meluas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coverage belum meluas lagi la wak. Mostly on highrise building dan new development properties banyak..

      Padam
  15. Nad pun baru tau pasl Time ni..nad ada usha memang lagi murah dari yang lain, pastu kelajuan dia 100mbps..bagus sangat..kita ni kalau boleh taknak la tersangkut2 bila tengah online, lagi masa buat kerja blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, blogger memang sangat2 perlukan internet yang super smooth. Kalau internet tersangkut memang boleh bikin spoil mood kan..

      Padam
  16. bagus sgt gini.
    now syarikat telekomunikasi berlumpa2 offer perkara menarik gini.
    laju dan murah. aida baru jer tukar kpd 100mbps ni.
    laju. menarik. mudah. as a blogger. then ada android tv, ini yg amat aida suka.
    tapi bukan dari time la. sebab sini takde liputan lagi, zarini.
    but, semua syarikat telekomunikasi sgt bagus dan ikut saranan kerajaan kan.

    BalasPadam
  17. Bagus la da ada pakej murah mcm ni..kalau tak mesti xlari dari atas rm100 kan..tpi malangnya rumah saya xda lagi cable optic utk yg ni...huhuhu

    BalasPadam
  18. TIME ni jenama dahulu yang pernah ada tu ke? Kini muncul kembali?
    Best la siapa yang dapat guna, then line dia sentiasa ok.
    Kita duduk kawasan kem..susah ada coverage internet macam ni.

    BalasPadam
  19. Memang dah lama teringin nak pakai ni. Harap sangat deorang ada projek untuk rumah landed.

    BalasPadam
  20. Nanti Rawlins nak semak jika dia ada coverage kat area perumahan Rawlins. Perhaps boleh try mohon la sebab menarik gak pakej dia.

    BalasPadam
  21. RM 99 sebulan memang best la. Sebab sekarang semua Nak dpt 100mbps dengan harga tu memang tak dapat laaaaa

    BalasPadam
  22. Baru taw sal TIME ni. Nak usha2 jap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..sila2. Offer ni limited time tau, so cepat2 cik renex..

      Padam
  23. Balasan
    1. Kan? Happy dengar berita ni tapi sayang takde coverage Time kat umah pulak..hurm..

      Padam
  24. Bagus jugak tapi dh pakai yg lain dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya plan nak tukar Time tapi takde coverage pulak, terpaksalah pakai je yang ada sekarang..

      Padam
  25. Balasan
    1. Harap lepasni rumah saya pun termasuk bawah coverage Time :)

      Padam
  26. bagus juga ni..tapi kite pkai plan yg paling low je sebulan sbb guna wifi opis je

    BalasPadam
  27. Tak pasti ada tak coverage time nie kat area rumah Sha.. setakat ni pakai data hp je.. huhuhu..

    BalasPadam