Anggota Bomba Maut dalam Operasi Menyelamat Mangsa Lemas


Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Sayu rasa hati sebaik bangun daripada tidur apabila terbaca berita tentang kes kematian enam anggota bomba yang sedang bertugas dalam operasi menyelamat remaja yang lemas di Putra Perdana, Puchong lewat malam semalam. 


Anggota Bomba Maut dalam Operasi Menyelamat Mangsa Lemas

Kejadian yang berlaku di lombong Taman Putra Perdana berhampiran La Cottage itu meragut keseluruhannya tujuh nyawa apabila seorang pemuda terjatuh ke dalam lombong tersebut pada awalnya diikuti dengan enam anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat. Walaubagaimanapun, mangsa yang terjatuh masih belum ditemui manakala kesemua anggota bomba yang lemas telah dibawa ke Hospital Serdang.


Kronologi Kes (sumber unknown, masih perlu disahkan)

  • Jam 1830 - Pihak bomba dari Cyberjaya seramai 8 orang anggota sampai ke tempat kejadian
  • Jam 2025 - Anggota scuba penyelam dan penyelamat dari Pelabuhan Klang dan Shah Alam tiba di lokasi kejadian.
  • Jam 2125 - 4 anggota dari Pelabuhan Klang dan 2 anggota dari Shah Alam turun ke dalam arus untuk mencari mangsa selepas memakai kelengkapan keselamatan. Mereka mengikat tali panjang antara satu sama lain dan dihulurkan perlahan-lahan ke lokasi mangsa jatuh. Disebabkan arus air lombong yang kuat, anggota yang berada paling hadapan ditarik oleh arus diikuti dengan anggota di belakang seorang demi seorang dan terbelit antara satu sama lain. Anggota yang memegang tali di bahagian atas tidak dapat menarik hujung tali akibat arus kuat dan setelah 30 minit bertungkus-lumus, akhirnya tali berjaya ditarik. Malangnya, kesemua anggota maut dalam kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, enam anggota bomba yang terkorban ketika operasi mencari mangsa lemas dipercayai terbelit tali keselamatan yang dipakai antara satu sama lain sebelum dibawa arus deras yang datang tiba-tiba. Situasi itu menyebabkan peralatan menyelam mangsa tertanggal.


Terkesan betul saya dengan berita ini kerana Puchong pernah menjadi tempat saya bermastautin dahulu. Meskipun saya sendiri pernah melihat kemalangan kereta berlaku di hadapan dan belakang saya semasa menetap di Puchong, namun berita kematian seramai enam anggota bomba ini amat menyedihkan. Kejadian berlaku tanpa diduga dan Allah lebih sayangkan mangsa.

Anggota Bomba Maut dalam Operasi Menyelamat Mangsa Lemas

Mangsa yang lemas berumur di antara 24 hingga 34 tahun. Takziah buat keluarga mangsa. Sesungguhnya berganda pahala yang diterima mangsa kerana mati lemas ketika bekerja dan menyelamatkan nyawa insan lain. Tidak semua boleh melakukannya dan mendapat rezeki syahid begini. Semoga Allah tempatkan kesemua tujuh mangsa lemas ini ke syurga seperti yang di janji-Nya. Al-Fatihah buat kesemua mangsa..

Sumber : Buletin TV3

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Allahu sayu tengok video tadi..moga keluarga yang terlibat tabah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..saya pun tengok berita sampai menangis2. Hati tisu dah sejak jadi mak2 ni..

      Padam
  2. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima takdir ilahi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga ditempatkan di kalangan orang soleh..

      Padam
  3. Ya Allah sedih nya dengar berita ni..pagi tadi masa nak g keje dengar berita...moga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bangun2 tidur je terbaca pasal ni, dahla Putra Perdana tu tempat saya selalu pergi..sedih terus. Aamiin..

      Padam
  4. sayu tengok video pagi ni dalam fb. takziah buat keluarga mangsa.

    BalasPadam
  5. unsung hero.. takziah buat hal keluarga mangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman..

      Padam
  6. innalillahi wainna ilaihi raajiun... moga pemergian mereka merupakan sebahagian drpd syahid dunia dan diterima di sisi-Nya...aminnnn

    BalasPadam
  7. sedihnyaaa tengok.....sayu hati...semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org yg soleh...aaaminn..

    BalasPadam
  8. semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    BalasPadam
  9. sedih bila tahu berita ni..alfatihah buat arwah arwah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita wak..tak dapat nak tahan airmata ni. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman..

      Padam
  10. innalillahi wainna ilaihi raajiun.. takziah buat keluarga arwah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Innalillah, semoga ditempatkan di kalangan orang beriman..

      Padam
  11. sedih bila teringat kes ni. kemudain kes arwah adib pula. semoga kematian mereka beroleh syahid yang didambakan.

    BalasPadam