Abadikan Kenangan dalam Bentuk Hadiah dengan Printcious | Alkisahnya, minggu lepas saya pulang ke kampung dengan hadiah di tangan. Sebelum ini saya telah tempah hadiah dengan Printcious sempena hari lahir ayah yang bakal tiba nanti. Kebetulan pula sambutan Hari Bapa hanya beberapa hari sebelum hari lahir beliau, jadi saya dapat idea untuk beri hadiah unik kepada ayah sempena hari lahir dan Hari Bapa nanti.
Jika anda masih tidak tahu, Printcious adalah sebuah online gift shop Malaysia yang menawarkan perkhidmatan mencetak dan membekal hadiah mengikut kreativiti dan kehendak pelanggan. Pelanggan boleh terus mencetak design yang dikehendaki pada hadiah mereka dengan hanya menggunakan komputer di rumah, tidak perlu ke kedai. Senang bukan?
Disebabkan saya tidak pernah hadiahkan insan tersayang dengan hadiah yang di design sendiri, jadi saya agak teruja untuk mencubanya dengan Printcious. Yelah, tidak perlu ke kedai untuk design hadiah, jadi saya ada banyak masa untuk pilih design yang bagaimana saya suka. Anak-anak pun bukan masalah nak kena angkut ke sana sini. Jadi saya pilih untuk tempah dengan Printcious dan ambil masa sehingga beberapa hari untuk siapkan hadiah kerana sering bertukar gambar dan design :D
Ada pelbagai jenis hadiah yang boleh saya pilih dengan Printcious. Antaranya adalah mug, bantal, baju, lukisan kanvas dan pelbagai lagi. Namun saya lebih tertarik kepada bantal dan magic mug. Bantal boleh dipeluk, gebu dan yang paling best boleh design letak gambar saya di bantal, jadi ayah akan selalu ingat pada saya (mengada :P). Tapi bila fikir balik, saya tidak jadi pilih bantal sebab mak telah ada satu bantal bergambar yang dihadiahkan oleh adik.
Magic Mug
Tanpa fikir panjang, saya tempah magic mug!
Kenapa magic mug? Sebab daripada namanya pun kita dah tahu yang mug ini boleh buat magic. Tak percaya? Cuba tengok video di bawah.
Kenapa magic mug? Sebab daripada namanya pun kita dah tahu yang mug ini boleh buat magic. Tak percaya? Cuba tengok video di bawah.
Haa...macammana? Magic tak?
Selain boleh abadikan gambar kenangan dalam bentuk hadiah pada magic mug, ia juga boleh bertukar warna daripada gelap kepada bergambar apabila air panas dimasukkan ke dalamnya! First time saya lihat mug begini dan ini adalah magic mug pertama yang saya beli. Teruja nak tengok sendiri hasilnya.
Khidmat penghantaran oleh Printcious juga sangat laju. Selepas beberapa hari membuat tempahan, barang saya akhirnya selamat tiba ke rumah. Saya buat beberapa eksperimen dengan hadiah tersebut dan pada minggu lalu saya beri pada ayah gara-gara kakak yang asyik ingin bereksperimentasi dengan hadiah tersebut. Bimbang saya hadiah ayah pecah, jadi terpaksa beri lebih awal kepadanya.
Ekspresi Muka Emak dan Ayah
Ekspresi muka emak dan ayah memang saya tak boleh lupa dan saya asyik tergelak pada masa tersebut. Kebetulan petang itu saya menonton TV dengan emak dan ayah serta suami. Kebiasaan saya akan sediakan teh o panas sebagai hidangan minum petang apabila berada di rumah emak. Kebetulan teh masih panas dan saya beri hadiah kepada ayah pada waktu tersebut. Bila ayah nak tuang air dalam cawannya, saya minta ayah buka hadiah tersebut dahulu kemudian baru minum air.
Ayah lantas membuka kotak hadiah, tada! Kosong...mug hitam kosong yang biasa dan tiada apa yang istimewa. Haha..tapi emak masih ambil hati saya dengan kata 'cantik', walhalnya saya dan suami pada ketika itu dah start gelak. Ayah belek-belek mug dan letak atas meja. Lalu saya minta ayah letak air dalam mug tersebut yang saya telah basuh sebelum dimasukkan ke dalam kotak.
Ayah layankan saja permintaan saya dan tuang separuh air teh o panas ke dalam mug dan kembali menonton TV. Begitu juga dengan emak. Saya pada ketika itu asyik berfikir 'bilalah diorang nak tengok mug ni', kerana mereka masih tak perasan yang mug telah bertukar warna. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya saya dengan tak sabarnya suruh ayah minum air teh o beliau.
Pada masa itu barulah kedua-duanya terkejut. Lambat sangat nak tunggu kan, warna mug pun dah nak bertukar gelap balik..haha. Emak dan ayah excited tengok mug berubah warna dan emak siap ambil spek mata dan lampu untuk tengok gambar yang ada pada mug tersebut. Kemudian, kami asyik bersembang tentang kenangan bercuti selepas emak lihat gambar tersebut adalah semasa trip kami bercuti ke Cameron Highlands. Bergelak ketawa kami waktu itu.
Kami asyik bersembang tentang kenangan kami bercuti ke Cameron Highland pula petang itu, tidak jadi mereka menonton drama di TV. Emak asyik memuji mug tersebut dan ayah ucapkan terima kasih kepada saya. Hati terasa kembang kuncup dapat hadiahkan kejutan kecil sempena hadiah ayah. Bahagia rasanya bila dapat lihat insan tersayang bahagia dan ketawa riang. Saya juga hadiahkan satu magic mug buat suami tercinta sempena Hari Bapa ini.
Jadi, bagi anda yang tengah mencari idea hadiah untuk diberikan kepada insan tersayang..apa kata anda lihat laman web >> Printcious terlebih dahulu. Mana tahu anda akan jumpa hadiah yang anda cari di Printcious. Yang penting anda boleh abadikan kenangan saat bahagia dalam bentuk hadiah.
Disebabkan Hari Bapa bakal tiba tak lama lagi, apa kata jika anda abadikan kenangan dalam bentuk hadiah dengan Printcious. Lebih unik dan yang penting memori bahagia anda dan insan tersayang dapat diabadikan dalam bentuk hadiah. Hadiah anda pasti akan jadi lebih bermakna dan bernilai.
27 Ulasan
Wahhhhh, menarik lah magic mug tu. ..First time ekin jumpa ada mug macam ni...
BalasPadamSaya pun first time ada koleksi magic mug ni. Excited betul :D
Padamcomel pulak magic macam tu. hehe
BalasPadamComel sangat tapi lagi comel sebab ada gambar orang tersayang :)
Padamnice la. magic cup tu. ada rahsia disebaliknya hehe
BalasPadam| blog aimanabdullah |
Apa rahsianya wak? Cuba share..
Padamwaaa..bestnya magic cup macamni..boleh bertukar2 pulak
BalasPadamKita yang beli pun excited menengoknya, kalau dapat hadiah lagi excited ni..
Padamlebih ada nilai sentimental bila buat hadiah cemni =D
BalasPadamBetul Siti, barulah penerima lebih menghargai. Ada moment best dekat mug sendiri..
Padamdulu dpt hadiah mcm ni rs mcm wow... hebatnya mug ni hahaha
BalasPadamWahahahahaaha..saya baru rasa wak. Hebatnya mug tukar2 kaler ni :D
PadamDah lama tak order hadiah dekat Printcious
BalasPadamBolehla order balik Zumal..banyak pilihan tu..
Padamcantik mug tu!!!
BalasPadamCantik tertarik kau memang the boom!
PadamMemang magic betul mug tu.. nak ada jugala
BalasPadamHa..cepat pi order magic mug tu..saya paling suka guna mug ni buat air kopi..haha
PadamNanti kita buat ye hehe. #taksabarni
PadamRasa terliur plak tgk mug Tu nak order la rasanya
BalasPadamJom order dengan Printcious sama2..
PadamAD dah 2x beli dr printlicious ni..mmg best..kite leh design sendiri
BalasPadamWah, dah 2 kali. Saya baru sekali, tapi in shaa Allah lepasni nak beli lagi..
PadamTak pernah lagi guna perkhidmatan printcious nie untuk customize hadiah..
BalasPadamBoleh cuba la lepasni Sha..
PadamAna dah beberapa kali order dekat Printcious. So far semua menepati piawaian. Sesuai nk jadikan hadiah buat someone special.
BalasPadamBaguslah kalau menepati piawaian. Tentu jadi regular customer lepasni kan..
Padam