Promosi Harga Kek di Secret Recipe sehingga 61% Sempena Merdeka


Anda peminat kek Secret Recipe? Ada berita baik untuk anda.

Sempena dengan hari kemerdekaan ini, Secret Recipe akan mengadakan promosi potongan harga sehingga 61% pada 31 Ogos 2018 untuk pembelian kedua kek Secret Recipe. Ini bermakna, jika anda membeli sepotong kek biasa pada harga RM10 untuk belian pertama, maka anda layak untuk membeli kek kedua pada harga hanya RM3.90 sahaja dan menikmati penjimatan sehingga 61%!


Promosi Harga Kek di Secret Recipe sehingga 61% Sempena Merdeka

Promosi ini akan berlangsung bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 5 petang pada 31 Ogos 2018 dan hanya sah untuk potongan kek regular, premium dan potongan kek empat segi sahaja. Setiap pelanggan terhad membeli empat potongan kek masing-masing dan tidak sah diguna pakai dengan mana-mana promosi atau tawaran Secret Recipe lain yang sedang berlangsung.

Promosi ini sah di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Malaysia kecuali KLIA, PGIA, KTIA, Subang SkyPark, PPUM, Medini Mall, AEON Mall Taiping dan Kuching International Airport. Pesanan telefon adalah tidak diterima dan pihak pengurusan berhak meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan kek pilihan anda pada harga jimat di Secret Recipe pada 31 Ogos 2018 nanti. 
Selamat menyambut hari kemerdekaan!

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Balasan
    1. Penat tu beratur panjang..CikNor tolong tapaukan untuk saya sekali plisss..

      Padam
  2. nk beli..tpiiiii...heheheheh

    BalasPadam
  3. balik kpg masa ni.. kat kpg xde SR ni.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kat kampung pun, jenuh nak beratur Ejulz..kalau saya give up awal2 dah bab beratur tu :D

      Padam
  4. kalau dh promo best mcm ni mesti ramai org..confirm suami xnak tggu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dah tau sangat kalau SR buat promosi memang Q panjang..kita beli time hari takde promosi la ye :D

      Padam
  5. ohhhhooohoi inilah ni yang nampak orang share semua SR penuh orang bratuq.. hehe cheq tak sanggop hahahah..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Eh favourite saya tu. Terkenang2 je dalam kepala ni nak makan. Nak masak sendiri tak reti pulak, nak pergi SR jauh pulak dari rumah >_<

      Padam
  7. sy lalu hari tu dpn SR dia punya q.... terus patah balik x jd beli hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. At least awak dah menapak pi sana. Saya dok rumah je la bayangkan tengah beratur. Nak beratur bebetul memang tak rajin la ;P

      Padam