7 Cara Atasi Masalah Sembelit


Adakah anda sering mengalami masalah sembelit? Ia tidak menyakitkan tetapi agak memeritkan. Di saat anda merasa ingin makan, tekanan di bahagian perut akibat tidak dapat membuang dengan baik, mengganggu rutin makan harian anda. Terasa menyesakkan dada dan mengganggu penampilan diri, ia boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius sekiranya tidak dicegah seperti kanser usus. Nampak seperti masalah ringan namun ia mampu membawa maut. 



7 Cara Atasi Masalah Sembelit


Cara Mengurangkan Sembelit



1. Banyakkan minum air masak

Minum air masak untuk melancarkan perjalanan makanan di dalam usus. Ia bertindak sebagai pelincir yang mampu meningkatkan pergerakan makanan di dalam usus seterusnya melancarkan proses penyahtinjaan berlaku. Segelas air masak seawal bangun tidur mampu membantu membersihkan usus dan jika cukup kuantitinya, pasti anda tidak perlu berhadapan dengan masalah sembelit untuk melakukan proses nyahtinja pada hari tersebut. Jadikan amalan meminum air masak setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur untuk mengatasi masalah sembelit. Jangan lupa untuk minum 6 hingga lapan gelas air masak setiap hari.



2. Banyakkan makan makanan tinggi serat

Makanan tinggi serat dan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja membantu mengatasi masalah sembelit, malahan ia amat baik untuk badan. Selain bertindak sebagai agen anti-oksida yang mampu merawat sel daripada dalam, ternyata amalan memakan makanan tinggi serat ini mampu membersihkan usus daripada kekotoran sisa makanan. Amalkan untuk memakan 150 gram buah-buahan sehari iaitu bersamaan dengan sebiji pisang atau sebiji pisang setiap hari. Bagi sayur-sayuran pula, amalkan pengambilan 250 gram setiap hari yang bersamaan dengan satu mangkuk sayur bayam yang telah siap dimasak. 



3. Kurangkan makanan berkafein

Kurangkan pengambilan makanan atau minuman berkafein seperti air kopi, teh, coklat dan makanan kafein yang lain kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan diuretik yang menyebabkan kekeringan dalam tubuh seterusnya mengakibatkan masalah sembelit. Selain itu, pengambilan kafein berlebihan juga boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti insomnia dan kemurungan. 



4. Amalkan senaman perut

Lakukan senaman menguatkan otot perut bagi memaksa proses penyahtinjaan berlaku. Senaman khusus pada bahagian perut ini memaksa otot perut bekerja, sekaligus melembut dan memecahkan najis di bahagian usus yang dapat membantu melancarkan proses penyahtinjaan. Pastikan cara senaman yang dilakukan adalah tepat dan betul kerana jika tidak kena cara senamannya, usaha anda mungkin sia-sia. 



5. Kurangkan makanan tinggi protein

Makanan tinggi protein seperti daging merah adalah baik untuk badan namun jika tidak diseimbangkan dengan pengambilan makanan tinggi serat, ia mampu menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Makanan jenis ini bukan sahaja kurang mengandungi serat yang membantu kelancaran proses penyahtinjaan, malah ia juga tinggi lemak yang mampu menyebabkan penyumbatan pada bahagian usus. Amalkan pengambilan makanan tinggi protein sebanyak 45 gram hingga 60 gram sahaja sehari.



6. Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula

Pengambilan makanan manis bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes dan jantung, malahan ia memberi kesan buruk kepada sistem pencernaan badan. Minuman manis yang dijual di kedai seperti jus buah-buahan, minuman berkarbonat dan aiskrim mempunyai kadar gula yang lebih tinggi daripada biasa.



7. Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam

Pengambilan makanan masin boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh badan sekaligus mengakibatkan masalah sembelit. Makanan bergoreng seperti fast food, kerepek, keropok dan sebagainya mengandungi kadar garam yang tinggi. Oleh itu kurangkan pengambilan makanan masin dan juga bergoreng untuk mengelakkan sembelit. Ia juga merupakan penyebab kepada penyakit kronik paling popular di Malaysia iaitu kencing manis.



Apa yang paling penting untuk mengelakkan masalah sembelit adalah dengan cara mengamalkan pemakanan sihat. Elakkan pengambilan makanan secara berlebihan dan banyakkan minum air masak. Kesihatan yang baik datang daripada gaya hidup yang sihat.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Terima kasih perkongsian...amalkan minum air kosong suam dan makan buah-buahan sebelum tidur sedikit sebanyak boleh membantu atasi sembelit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cuma sekarang jarang sangat nak makan buah-buahan. Mahal sangat harganya sekarang..hurm..

      Padam
  2. nice sharing.. :D thanks

    BalasPadam
  3. dulu penah kena time study... hari2 mkn pisang smpi jemu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..saya pun sama. Tapi makan betik effect cepat sikit :D

      Padam
    2. ms tu tgh skt otak cuma igt pisang je laa... pd hal byk solusi lain hahaha

      Padam
    3. Hahahahaha..takpe faham2 pasal saya pun camtu jugak dulu :D

      Padam
  4. bagus tips ni untuk..saya pun alami masalah sembelit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat ye wak dan harap sembelit dah hilang :)

      Padam
  5. sayur dan buah ternyata bagus untuk percernaan..

    yang penting air bersih..atau air yang dirawat dengan sempurna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..sekarang memang wajib pakai penapis air sebab kualiti air tak berapa bersih kan..

      Padam
  6. nice sharing.. air dengan fibre memang membantu. makanan yang tinggi serat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tapi saya pun ada problem jugak nak makan banyak fiber..jarang pergi pasar beli :D

      Padam
  7. Terima kasih atas perkongsian ni, lama tengah derita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabaq na Zumal, saya pun nak jadi balik ni..banyak sangat makan makanan manis tak minum air masak ni..

      Padam