Ada tips tak macammana nak pilih buah durian yang elok dan matang?
Alkisahnya, adik saya nak beli buah durian untuk dibawa pulang ke rumah emak dan minta ayah mertuanya tolong belikan. Adik fikir jika ayah mertuanya yang belikan, pasti akan dapat harga yang lebih murah memandangkan ayahnya kenal dengan peniaga durian tersebut. Adik saya tinggal di rumah ayah mertuanya dan setiap dua minggu sekali akan pulang ke rumah mak dan ayah kami.
Tanpa pengetahuan adik, ayah mertuanya beli durian di tempat lain iaitu bukan di tempat biasa. Bila adik balik ke rumah, ayahnya beritahu yang dia dah beli durian. Jadi adik saya tanpa fikir apa-apa cuma ucap terima kasih dan hulur duit pada ayah mertuanya. Ayahnya beli buah tersebut pada hari Rabu. Keesokkan harinya adik cuba kopek sebiji durian dan hasilnya?
Masam dan isi sudah terlalu lembik, lebih sesuai dibuat tempoyak!
Adik kopek beberapa biji lagi dan isinya semua sama. Lembik dan berair. Sudahlah mahal, dapat pulak isi terlebih masak. Kalau tengok kepada warna kulit, rasanya buah durian tersebut mungkin telah seminggu gugur dari pokoknya. Memang tak patut dijual pada harga yang mahal.

Terpaksalah adik pergi hantar semula buah tersebut ke kedai.
Namun tahu tak apa yang si peniaga beritahu?
Ini bukan dibeli di sini. Kami jual semua buah yang elok.
Sanggup si penjual menipu sebab taknak kasi pelanggan tukar buah durian yang lain walhal memang sudah jelas plastik yang digunakan sama dengan plastik buah durian yang adik bawa. Warna dan saiz buah durian yang dijual pun sama dengan yang dibawa oleh adik. Adik taknak berganjak dan mungkin melihatkan kepada ramai pelanggan yang berada di kedai sedang memerhatikan situasi tersebut, si peniaga ambil beberapa biji buah yang elok dan diberi kepada ayah mertua adik tanpa berkata apa-apa walaupun perkataan maaf.
Kesilapan daripada pihak mana?
Kedua-dua pihak pun ada salahnya, pembeli sepatutnya pilih dahulu buah durian yang elok sebelum membuat bayaran namun pihak penjual juga seharusnya tidak menjual buah yang telah lama dan tidak elok. Namun jika pelanggan tidak tahu memilih buah yang elok, peniaga seharusnya jujur dan amanah dalam jualan kerana hasil jualan mereka akan digunakan untuk menyara keluarga. Apa tak takut ke dengan balasan Allah? Hurm..

Perkara ni tak berlaku kepada saya, cuma adik saya yang alaminya. Tapi saya dapat bayangkan jika saya berada di tempat beliau, saya pun pasti akan meletup. Si penjual pulak mengambil kesempatan menangguk di air keruh, mentang-mentang yang membeli tu orang tua. Memang tak berkat hasil kerja begitu. Disebabkan hal ini, terasa ingin saya kongsikan beberapa cara yang boleh digunakan untuk memilih buah durian yang elok dan matang. Ini adalah cara yang sering saya gunakan semasa membeli buah durian.
Tips Memilih Buah Durian yang Elok dan Matang
1. Warna dan Kulit
Lihat warna kulit durian. Warna kulit yang nampak coklat keperangan mungkin menandakan buah tersebut terlampau masak. Biasanya isi yang terlalu masak berair dan lembik. Jika kulit durian telah merekah di hujungnya, hidu baunya. Jika berbau masam elakkan membeli. Seeloknya elakkan membeli jika kulit telah terkopak di hujung.
2. Tangkai
Pilih buah dengan tangkai yang bergerigi, bukan yang elok dipotong.
Buah yang dipotong menandakan ia dipetik semasa masih muda dan isinya mungkin masih mentah.
3. Ringan dan Bulat
Pilih buah yang ringan kerana ini tandanya buah telah masak dan kecut.
Jika buah berat, ia menandakan samada buah masih muda atau terlalu masak menyebabkan ia berair atau tidak elok. Buah yang bulat biasanya mempunyai isi yang lebih besar dan banyak.

4. Duri Kulit
Kulit durian dengan duri jarang dan besar menandakan durian berisi padat manakala duri yang berjarak rapat dan halus menandakan isinya lembik dan kurang padat.
5. Goncang dan Dengar
Goncang dan dengar bunyi yang terhasil daripada goncangan tersebut.
Jika ada bunyi seperti getaran kecil maknanya buah durian telah matang dan kering.
6. Bau
Jika tiada bau, maknanya buah masih belum matang.
Pilih buah yang menghasilkan bau yang wangi dan kuat.
Ini adalah antara cara yang biasa saya gunakan untuk memilih buah durian. Masih ada beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti mengira bilangan pangsa atau menjentik kulit durian dengan menggunakan jari, namun saya jarang menggunakan cara tersebut. Semoga tips memilih buah durian ini dapat diaplikasi semasa membeli bagi mengelakkan mendapat buah yang tidak elok.
Ada tambahan lain untuk tips memilih buah durian yang elok dan matang tak?
14 Ulasan
selalu kalau beli durian, biar je penjual tu pilihkan sebab memang tak reti. Alhamdulillah so far beli still dapat yang elok-elok.
BalasPadamAlhamdulillah dapat penjual yang amanah..harap dijauhkanlah dari penjual yang tak jujur kan..
Padambaik beli yang sudah siap dikopek.. kalau tak mgkun ada yg elok, ada yg x elok..
BalasPadamAerill Hassan
Saya nak yang mencabar sikit, bukak sendiri kulit durian baru mencabar :P
Padamterbaek.. mmg bermanfaat.. :)
BalasPadamThanks Ejulz :)
Padamsy ckp menyampah kalau ada penjual mcm tu... br untung sket dah sombong... sy kalau pilih durian sy cr yg bau dia menyengat sket...
BalasPadamKan? Menyampah betul penjual yang perasan bagus ni. Saya suka tengok shape dan duri buah kalau membeli. Tapi bau pun penting, baru boleh tau buah durian tu masak ke tidak..
PadamPerkongsian yang sangat berguna...
BalasPadamSemoga bermanfaat :)
Padamalahai si penjual, minta maaf apa salahnya.
BalasPadammoga dimurahkan rezeki, ramai lagi dtg beli.
aida kalau beli durian, confirm akan suruh penjual buka setiap pangsa nyer.
alasan, kat rumah takde parang. and nak tgk elok ke tak isinya.
setakat ni semua penjual memang buka la durian tu.
Mungkin mata penjual tu cuma nampak duit je, itu yang jadi camtu tapi memang for sure tak pi beli kat sana dah lepassni..
Padamkita sebagai pembeli pun kene tahu mcm mana nak pilih. Tapi selalunya kalau kat kampung kita, beli yg tak elok, dia akan bagi tukar. Jangan beli kat dia dah, nak untung je tak ke mana.
BalasPadamAah Hafiza, lesson learnt! Better beli kat tempat lain daripada kasi bisnes pada orang macam ni..
Padam