McFlurry Durian Makan Sampai Puas Hanya RM10 di McDonalds


Kecur liur bila melihat gambar durian yang membanjiri wall Facebook sejak beberapa hari ini menyebabkan saya ke McDonalds. 
Eh, kenapa pula McDonalds? Bukan ke peniaga jual durian di tepi jalan? 

Sebenarnya saya nak rasai sendiri kelazatan aiskrim McFlurry yang sering dicanang di sosial media. Selalu sangat baca review pelanggan yang kata aiskrim ni sedap dan lazat macam makan durian sebenar, mana boleh tahan. Sebagai salah seorang peminat durian, memang wajib rasanya untuk saya cuba sendiri aiskrim McFlurry untuk buktikan samada betul atau tidak rasanya memang sedap macam durian sebenar.

McFlurry Durian Makan Sampai Puas Hanya RM10 di McDonalds

Jadi apa kaitan antara aiskrim McFlurry dengan durian?
Oh lupa pula beritahu yang saya nak cuba aiskrim McFlurry Durian bukan McFlurry Oreo.

Bagi yang masih belum tahu, pada tahun lepas McDonalds telah memperkenalkan McFlurry Durian sebagai produk terbarunya ketika itu. Menggunakan durian D24 sebenar sebagai perasa utama dalam penghasilan McFlurry, ternyata ia merupakan suatu pelan pemasaran yang bijak. McFlurry Durian mendapat sambutan hangat umpama pisang goreng panas dan berjaya menarik perhatian pelanggan untuk mencubanya..

Walaubagaimanapun, seminggu selepas dilancarkan McFlurry durian telah dihentikan jualannya memandangkan sambutan yang terlalu menggalakkan daripada para peminat durian dan McDonalds sendiri. Apa tidaknya, dalam masa seminggu semua stok McFlurry Durian sold out!

Maka ramai jugalah yang kecewa kerana tidak sempat merasai kemanisan McFlurry Durian pada tahun tersebut. Saya adalah salah seorang daripadanya. Setelah setahun, kini McFlurry Durian kembali lagi! 

Jangan risau.
Kali ini para peminat durian boleh menikmati McFlurry Durian sampai puas, sampai muntah! 

Kenapa?
Kerana McDonalds akan mengadakan event All You Can Eat D24 Durian McFlurry di semua cawangan McDonalds seluruh negara pada 17 Julai 2018. Bayaran yang dikenakan hanya RM10 bagi setiap individu.

McFlurry Durian Makan Sampai Puas Hanya RM10 di McDonalds

Jadi apa yang menariknya?

Anda boleh makan McFlurry Durian aiskrim sebanyak mana yang anda mahu dengan hanya RM10!
Walaubagaimanapun bukan semua orang boleh menyertainya. Hanya 20 individu sahaja dibenarkan masuk bagi setiap sesi, dan hanya dua (2) sesi sahaja akan dibuka. Jadi jika lambat, anda mungkin akan terlepas menyertai peluang menarik ini.

Saya kongsikan sedikit maklumat mengenai program tersebut seperti di bawah;

Event: All You Can Eat D24 Durian McFlurry
Tarikh: 17 Julai 2018, Selasa
Tempat: Semua cawangan McDonalds seluruh negara
Masa: Sesi 1 (jam 3 hingga 4 petang), Sesi 2 (jam 5 hingga 6 petang)
Masa Pendaftaran: 30 minit sebelum sesi bermula
Bilangan peserta: 20 peserta bagi setiap sesi
Bayaran pendaftaran: RM10/ individu, percuma bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari sahaja McDonalds Facebook Page dan mula tandakan kalendar anda. Pastikan pada tarikh tersebut, anda kosongkan ruangan planner dan isikan dengan dengan All You Can Eat event ini ya.

Jadi, adakah saya dapat makan McFlurry Durian?
Ya, dah perkataan pertama saya dan suami selepas satu suapan adalah "Wow!".

McFlurry Durian Makan Sampai Puas Hanya RM10 di McDonalds

Aroma harum durian boleh dihidu sebaik sahaja penutup bekas dibuka. Tekstur aiskrim vanilanya lembut dan gebu ditambah pula dengan durian bergred tinggi D24 berjaya menghasilkan rasa manis dan berlemak di dalam mulut. Ternyata rasa aiskrim McFlurry ini kaya dengan rasa durian sebenar!

Memang laju kami anak beranak habiskan aiskrim McFlurry Durian terutamanya kakak Auni. Dengan harga RM7.90 sebekas, aiskrim ini boleh dibeli di semua cawangan McDonalds seluruh Malaysia. Bagi yang belum berkesempatan merasai sendiri kelazatan rasa McFlurry Durian, bolehlah mulakan sesi food testing anda di cawangan McDonalds berdekatan.

Kalau nak lagi happening, apa kata anda join sahaja event All You Can Eat D24 Durian McFlurry pada 17 Julai ini. Pasti meriah dan yang penting, anda jimat!

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. tak sempat lagi nk try.. in shaa Allah nnti nk pi..

    Aerill Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Better cepat sebab nanti habis musim durian ni, McFlurry Durian pun habis jugak tau..

      Padam
  2. so yummmyyyy dah pernah try mmg berbaloi2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Saya pun suka. Sedap rasa lemak manis je dalam mulut..

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang rugi sebab makanan bermusim ni, kalau lambat makan kena tunggu tahun depan pulak..

      Padam
  4. Honestly Hana tak try lagi >_< heheh nanti kalau akak pegi lagi,belanja Hana tau! hahah gegurau ja :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. Mai akak belanja si kecik ni. Mai la datang umah :D

      Padam
  5. bau dia sedap tapi tak kena dengan tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak suka ye Pana? McFlurry Durian ni kena pulak dengan tekak akak, tu yang tak tahan tu..

      Padam
  6. Gigih singgah semalam, malangnya dah habis asikrim.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kesiannya..try pergi hari ni pulak ye Sha..

      Padam
  7. terbaek.. tp rasanya x sempat nak makan rm10 sampai puas tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah sebab sejuk..mesti kebas lidah lepas makan banyak2 tu :D

      Padam
  8. beli satu cup nanti kongsi ramai-ramai. hehehe. sedap weih MCFLURRY DURIAN ni. memang rasa durian yang sebenar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sangat! Nak makan lagi tapi McD jauh sangat la pulak daripada rumah..hurm..

      Padam
  9. bkn senang nk dpt mkn mcm ni kan.... sethn sekali kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..betul tu, kalau terlepas peluang..tunggulah pulak tahun depan kalau nak makan :P

      Padam
  10. Kat Perlis, McD sentiasa ramai orang. Memang susah nak dapat peluang camni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susahkan kalau cuma ada satu je McD kat satu2 tempat. Sama macam kat Terengganu ni, kena beratur panjang sebab nak membeli..

      Padam
  11. mcflurry durian mmg sedap.. nk kna tgggu next musim la kalau nk rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula..saya nak beli aritu pun tak sempat jugak, mengidam la camni..

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail