Sembilan Jenama Sardin Yang Mengandungi Cacing


Beberapa jenama sardin terkenal yang dipercayai mengandungi cacing jenis Genus Anisakis telah ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa hari yang lalu. Cacing jenis ini mampu menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia. Gejala penyakit anisakiasis adalah seperti sakit perut, mual, muntah, diarrhea berdarah dan demam yang tidak terlalu tinggi.

Sembilan (9) jenama sardin yang telah ditarik balik kerana mengandungi cacing adalah TLC, Ranesa, Cinta, TL Tan Lung, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. Oleh yang demikian jika anda terlihat jenama sardin ini masih berada di pasaran, anda boleh memaklumkannya kepada peniaga terbabit untuk mengeluarkannya daripada rak jualan atau melaporkan terus kepada KPDNKK.


Jenama Sardin Yang Mengandungi Sardin
Jenama Sardin Yang Mengandungi Sardin
Sembilan Jenama Sardin Yang Mengandungi Cacing


Walaubagaimanapun difahamkan bahawa cacing yang berada di dalam tin sardin akan mati semasa proses pengetinan dan masakan dijalankan. Larva cacing Anisakis akan mati keseluruhannya jika dimasak pada suhu 70 ℃, disimpan pada suhu sejuk -20 ℃ selama 24 hingga 72jam, atau dengan cara mengawetkannya menggunakan garam dengan taburan 25% secara sekata ke permukaan isi ikan selama 48 hingga 72 jam.

Jadi tidak perlu bimbang sekiranya ada telah termakan salah satu antara jenama yang mengandungi cacing seperti di atas. Ia tidak akan memudharatkan anda. Persoalannya, adakah anda masih mahu makan sardin berjenama tersebut?

Pasti pengusaha sardin yang terlibat dengan kes ini akan mula memikirkan jenama baru yang akan digunakan mereka dengan tujuan re-branding memandangkan jenama mereka kini pasti telah disenaraihitamkan oleh pengguna. Jadi, pesanan saya buat semua peminat sardin..berhati-hatilah dalam memilih jenama sardin selepas ini. Mungkin akan keluar jenama sardin yang baru seperti PLC, TC Girl, Queen Cup, Benci dan sebagainya :D
Jadilah pembeli yang bijak.

Jangan lupa baca pengalaman saya dengan sardin dalam >> Sardin Bercacing.

Catat Ulasan

46 Ulasan

  1. eh..sama plk entry kita hari ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, tersama tanpa sengaja. Boleh sekepala kita ni :D

      Padam
  2. Hati-hati memilih sardin. Selalunya kalau teringin nak makan sardin, Chik Tie masak sendiri guna Noxxa. Alhamdulillah puas makan yang buat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungla ChikTie ada Noxxa, kami takde :(
      Kalau rebus biasa, mau makan jam baru lembut tulang ikan..hurm..

      Padam
  3. So shock when saw the news. Can't believe my favourite brand content worm inside it. But luckily I did not buy sardine anymore.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Me too! Definitely will ban all sardine except Ayam Brand. Disgusting to imagine we pay to eat worm..urgh..

      Padam
  4. Geli betul when I baca pasal this news. Seriously, I personally memang tak makan sardin. Try to avoid any kind of can food. You never know how they prepare this.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lucky you! I just cannot resist temptation from canned food sebab senang nak disediakan and i ate lot of sardines before..hurm..

      Padam
  5. tak sangka TLC dengan King Cup ada cacing sebab selalu guna brand ni bila beli sardin. Haihhh lepasni memang taknak beli dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Selalu jugak beli TLC, King Cup dengan Cinta. Itu yang buat geli geleman satu badan tu..haish..

      Padam
  6. Adoi. baru je beli karipap sardin pagi tadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoii..bertabahla Gja. Nest time buat sendiri roti sardin kalau nak makan. Guna Ayam Brand punya sardin.

      Padam
  7. Dah lama tak makan sardin ni. Bersyukur jugak sebab banyak kes sardin ada cacing sekarang. Lagipun harga sardin sekarang bukan macam dulu. Sekarang ni harga sardin mahal mahal belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungla awak tak terjebak. Saya selalu makan sardin terutama kalau malas nak masak lauk. Senang, cepat dan mudah. Selain itu, tambahan perasa cacing untuk seisi keluarga..urgh..

      Padam
  8. Alamak....nasib x pernah beli sardin jenis yang macam dalam senarai tu..akak selalu beli samada cap ayam atau adabi atau Botan..itu je..skrg kalau masak sardin memang bedah siasat dulu semua isi dalam sardin tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungla..saya tereffect banyak ni kak. Serius kemurungan lepas tahu jenama yang ada cacing ni. Nasibla semua dah keluar jadi najis sekarang..

      Padam
  9. Nasib Liez mmg tak suka sgt sardin. Even xde stock pun dkt rumah. Igt dulu klau teringin nak mkn mesti beli Ayam brand je.. walaupun mahal tp puashati sedap.. ni dh kata ada cacing terus takut nak beli apa brand pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kesian pulak kat brand lain yang elok tu. Tak pasal2 tereffect dengan berita ni. Tapi saya pun rasanya memang takut dah nak beli brand apa pun walaupun elok..ngeri..

      Padam
  10. Selalu beli sardin mahal tu. sardin ni nad makan masa akhir2 bulan, duit tak berapa nak cukup..huhu..tapi ada member buat ikan sardin sendiri..nak tau resepi dia macam mana..tapi dia guna noxxa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tadi baru tengok resepi tapi tak ingat dalam blog mana, cuma masalahnya kami takde Noxxa. Hurm..kena saving duit nak beli Noxxa pulak la lepasni..

      Padam
  11. Lepas kes hari pertama 2 jenama tin ada cacing ni kita terus tak beli sardin tak kisah apa jenama sekali pun. Ada sesetengah pasaraya tu mereka ambil sardin dari luar kemudian bungkus dan buat jenama mereka jadi sama jer hati-hati lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh..padanla banyak brand yang tak famous pun ada. Cuma untuk rakyat yang tak berapa nak ada duit ni, memang pilih alternatif sardin yang murah. Terpaksa pulak terima pakej sardin dengan cacing..hurm..

      Padam
  12. Sis ni memang suka makan sardine. Tapi jarang2 jugak masak. Nasib baik brand yg sis selalu beli bukan dalam salah satu list kat atas ni..fuhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib sis baik tapi brand yang saya beli banyak kat atas. Bertabahla diri sendiri..past is past :(

      Padam
  13. Nasib baik tak pernah beli jenama-jenama sardin nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Sha! Saya dah boikot sardin sebab selalu makan brand yang positif cacing ni..hurm

      Padam
  14. Dah la Rawlins nie penggemas kari sardin - so now terpaksa stop makan kari sardin. Huhu. Nervous bila dapat tau - memang akan mati tapi kemungkinan untuk cacing still hidup tu masih ada kan? Ngeri la hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah takde lah Rawlins! Jangan macam-macam..geli tau bayangkan cacing tu bergerak dalam badan. Urgh! Esok nak makan ubat cacing -_-

      Padam
  15. Sejak viral isu ni terus terkunci selera nak makan sardin. Sedangkan mmg feveret makanan satu masa dulu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah saya dah terkuci mulut dan hati dari nak makan sardin lagi. Boikot!

      Padam
  16. harga sardin pasti jatuh menjunam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, semua chain effect daripada cacing ni. Sesuai pulak sebab cacing pun panjang boleh buat chain. Aish, termengarut pulak dah..

      Padam
  17. p/s sy nak details utk hantar hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anies, saya nak contact macammana ye? Tak jumpa contact number Anies di blog..

      Padam
  18. Sejak sejak kes sardin bercacing ni, terus famous resipi sardin homemade menggunakan pressure cooker..kan.
    Tak syak lagi. Honecooked memang terbaekk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Lepasni harga sardin akan jatuh menjunam dan kita boleh makan sardin cap Ayam dengan harga mampu milik balik! Yey! Eh, homecooked terbaik!

      Padam
  19. King Cup! Selalu makan jenama tu..kena stop la lepas ni kan

    BalasPadam
  20. Alamak! King cup pun sama rupanya T^T ya allah... sebaiklah family Hana dah tobat tak nak makan sardin dah..
    .
    Thank you for sharing kak!! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah Hana..akak geli gila bila baca ada cacing ni. Dahla akak geli binatang yang lembik2 basah camtu. Nak nangis rasa baca sardin ada cacing..huhu

      Padam
  21. Rasa risau nak makan sardin bila beli makanan kat kafe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stop dulu la makan sardin, geli nak makan. Ataupun Zumal boleh beli cap Ayam Brand, okay brand tu..

      Padam
  22. Omg Omg!!! eeee so geli. Now I tak berani makan sardin dalam tin lagi, kadang cacing dah mati atau terlalu kecing kita tak nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun dah stop makan sardin. For now, even people offer me money..i need to think twice before accept makan sardin >_<

      Padam