Discover The World dengan Burger Ayam Mexicana oleh McDonalds


Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Discover The World dengan Burger Ayam Mexicana oleh McDonalds

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.

Discover The World dengan Burger Ayam Mexicana oleh McDonalds

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

Discover The World dengan Burger Ayam Mexicana oleh McDonalds

Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.

Sumber dari : www.mcdonalds.com.my

Catat Ulasan

52 Ulasan

  1. ika baru rasa pie baru tadi. sedap sis. kustard strawberi dia peh :)

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-review-mereka-by-ariff-adly.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Saya semua pun belum try lagi. Nanti nak kena try jugak la..

      Padam
  2. Terliur dah tengok gambar Burger dia, kalau ada yang belanja jadi sedap ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yang free jadi sedap kalau orang belanja, tapi nak cari sponsorship tu yang payah :D

      Padam
  3. Dah Lama tak makan Burger mcd ni

    BalasPadam
  4. Belum cuba lagi burger ni. Stawberry custard pie tuu betul2 mengancam jiwa di buatnya. Nampak gaya kena ke mcd gak le hari ni. Nasib baik dekat je gan rumh sis..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah McD dekat dengan rumah sis, saya nak kena drive setengah jam dulu baru sampai..

      Padam
  5. Suka dengan kempen deorang ni sebab beger Rio haritu memang sedap. Lagi suka sebab dia still pakai beger ayam McChicken tu tp tambah sos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih belum makan Rio, lepasni nak cuba try Rio pulak la.

      Padam
  6. aritu dah mkn burger rio tp mcm x best laa plak...ok nnt sy terjah mc d blkg rumah tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Ramai yang saya jumpa kata Rio sedap tapi saya tak pernah makan lagi. Nanti nak cuba lah..

      Padam
  7. Semalam baru makan kat McDonald's tapi tak perasan pulak burger ni. Sedapnya nampak pencuci mulut strawberry tu especially strawberry custard pie tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh pencuci mulut aiskrim strawberry tu memang sedap. Siapa tak suka aiskrim kan?

      Padam
  8. fuh.. pagi-pagi tengok burger ayam mexicana ni.. mula lah kruk kruk perut TB ni tau.. tak baik tau.. huhuhu.. sedap dan pedas tak ayam dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berapa pedas pun TB, tapi agak banyak capsicum la. Kalau suka capsicum tentu suka makan..

      Padam
  9. Semalam baru jer li McD. Tak perasan lak promo baru Mexicano ni
    Nanti nak pi lagi laaaa... Nampak tergoda pai dan burger nya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila dapatkan di McD berdekatan, saya sudah..anda bila lagi? Haha..

      Padam
  10. Nampak sedap berger ni. Tapi x sure dia blh beat rio ke x.. sebab sy mmg suka yg pedas.. klu pedas mmg best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi ramai yang kata Rio lagi best, buat saya terasa nak makan Rio pulak..

      Padam
  11. Fuh, terliur zumal tengok burger mexicana ni...

    BalasPadam
  12. Baru lepas makan mc d tapi tak tahu pulak ada promosi baru. Mungkin lain kali kot. Bukan elok pun nak makan selalu kan. sesekali makan baru terasa nikmat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul tu, kalau makan selalu dah rasa kurang umphh pulak. Saya pun sama macam Mama, pi McD sekali sekala je :)

      Padam
  13. Ramai kata burger yg baru nu sedap. Pie dan sundae strawberry tu ramai kata sedap. Tak sabar nak try sendiri nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pernah cuba pencuci mulut tu, harap nanti sempat nak rasa jugak..

      Padam
  14. The Mexicana burger looks delicious. Gonna try it out this weekend together with the strawberry pie as dessert.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mostly my friends recommended strawberry pie because the taste is yummy, but i never have chance to try it yet.

      Padam
  15. Aduh..kecur ailio tengok mexican burger ni...tapi sis tengah diet ni...how la...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar sis..diet dulu na, nanti time nak buka puasa (tak jadi diet :P) sis makan tau..

      Padam
  16. ok..semua gambar makan kat sini nampak sedap giler..mc freeze tu lg lah mengancam masa panad lit lit gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hat tu tak boleh tolak, kasi aiskrim strawberry tengah lit lit ni memang umph la

      Padam
  17. I want to try this as it hot seller burger in Mc Donalds. Tomorrow must visit Mc Donalds and grab it for my lunch. Yum..yum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Must go and try Betty, i just ate Mexicana last week :D

      Padam
  18. Still haven't got a chance to try it yet! I only eat McD when I am travelling and the previous trip, I was supposed to go, but my friend called me for a meal and we went elsewhere to eat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I do enjoy grabbing McD when i am travelling alone esp during outstation, just drive thru. No need to Q, easy peasy.

      Padam
  19. Menarik sangat ni menu barunya.. Suka mcd sekarang banyak pilihan
    Husniey follow sini #240

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..banyak pilihan nak makan, selalu ada produk baru McD ni. Mesti team R&D diorang power..

      Padam
  20. WAH...SEDAPNYA DAH LAMA XPERGI mcd NAMPAKNYA DAH ADA MENU BARU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya akak kena pergi McD la lepasni untuk try menu baru :)

      Padam
  21. Nanti nak kena try ni. Lagipon dah lama tak makan kat mcd ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..mesti banyak pilihan burger yang nak dipilih sebab dah lama tak makan kat McD kan..

      Padam
  22. I nak semuaaaa ni, making me hungry now! McDonalds always come out alot of new flavor of pies and burgers combo!

    BalasPadam
    Balasan
    1. What are u waiting for Sharon? Goo grab yours at McD now, dont forget to redeem free burger by using McD apps :D

      Padam
  23. Apa kata selitkan gambar empunya blog sedang review menu baru mcdonalds. Lebih menyelerakan. Artikel ini seperti copy press release. Pelbagaikan supaya dapat komen yang lebih menarik dari rakan blogger yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Artikel ini memang adalah copy dari press release since McD minta tolong up di blog dan saya sendiri masih belum makan Mexicana pada ketika itu :D

      Padam