Pernah tertanya soalan bagaimana cara nak buat link whatsapp? Nak belajar cara buat link whatsapp samada link whatsapp yang menunjukkan nombor telefon atau link whatsapp dengan nombor yang disembunyikan. Jom saya kongsikan caranya.
Alkisahnya minggu lepas saya ada sertai kelas e-usahawan anjuran MDEC. Banyak ilmu baru yang saya pelajari dalam kelas tersebut. Sudahlah percuma, makanan tengahari dan sijil penyertaan turut disediakan. Alhamdulillah sebab saya dapat sertai kelas e-usahawan tersebut.
Disebabkan banyak ilmu baru yang saya dah belajar, jadi saya nak kongsi beberapa ilmu yang saya dah pelajari yang saya rasa berguna buat semua peniaga online. Mungkin ramai yang dah tahu tapi saya percaya masih ramai juga yang tak tahu. Jadi bagi yang dah tahu tu, sila proceed baca topik lain ye. Ilmu ini untuk dikongsi dengan mereka yang masih tak tahu macam saya ;)
Okay, mungkin ramai yang pernah lihat link begini digunakan oleh penjual online.
Jika anda klik pada link tersebut, anda akan dibawa ke aplikasi whatsapp dengan ayat bertaip 'intelligent stick' dan akan dihantar terus kepada penjual tersebut sekiranya anda menekan butang send.
Selain itu, anda juga mungkin pernah melihat link begini.
Jadi apa persamaan dan perbezaan bagi kedua-dua link di atas? Persamaannya adalah jika anda klik kedua-dua link tersebut, penerima whatsapp tersebut adalah orang yang sama. Perbezaannya pula adalah link yang kedua menyembunyikan nombor telefon tetapi link pertama pula nombor telefon anda boleh dilihat. Jika anda merupakan peniaga online, link manakah yang akan anda gunakan untuk urusan jual beli anda?
Saya pilih link yang menyembunyikan nombor telefon saya. Kenapa? Selain memudahkan penjual online untuk mengetahui siapa yang menghantar whatsapp kepada mereka, penjual juga dapat melindungi nombor telefon mereka daripada disalahguna oleh individu tidak bertanggungjawab. Ia juga kelihatan lebih menarik dan profesional.
Jadi hari ini saya ingin kongsikan cara bagaimana membuat kedua-dua link tersebut yang mana amat sesuai digunakan oleh peniaga online. Mereka hanya perlu share link tersebut ke media social atau mana-mana platform yang diingini dan tunggu sehingga pelanggan hubungi melalui aplikasi whatsapp untuk mendapatkan produk mereka.
Cara Buat Link Whatsapp dengan Nombor Boleh Dilihat
1. Anda hanya perlu taip ayat di bawah:
wasap.my/601110808609/ intelligentstick
2. Tulisan yang berwarna merah digantikan dengan nombor telefon anda dan ayat yang ingin anda terima daripada pelanggan.
3. Jika anda mahu lebih pendek, tak perlu letak ayat. Contoh seperti di bawah:
wasap.my/601110808609
4. Copy link dan paste di laman social media yang anda kehendaki. Siap!
Cara Buat Link Whatsapp dengan Nombor Yang Disembunyikan
1. Taip wasap.my di Google Search dan masuk ke laman tersebut.
Daftar masuk dahulu sebelum boleh proceed.
2. Klik Add Link.
3. Isi bahagian kosong iaitu bahagian Link (tajuk utama), Phone (masukkan awalan 6 pada bahagian phone) dan Pre-filled text (ayat yang ingin terima di Whatsapp). Abaikan yang lain.
4. Klik Submit.
5. Copy link yang keluar dan paste di laman social media yang anda kehendaki. Siap!
Harap faham dengan penerangan ringkas ni. Kalau ada masalah boleh tanya di komen, yang tahu saya tolong jawabkan. Kalau tak tahu, saya pass pada master sifu. In shaa Allah lepasni saya kongsikan lagi tentang ilmu lain yang saya dah belajar. Ada banyak ilmu nak share ni tapi nak taip tu yang tak sempat. Apapun selamat mencuba dan goodluck :)
31 Ulasan
Akak pun baru tau cara nak buat.. Sebelum ni ada jgk link mcm ni tapi suruh member tolong buatkan.. Pasni blh buat sendiri lah hehe
BalasPadamBoleh kak Zaza..padahal tak susah mana pun nak buat kan? Saya pun baru tau :D
Padamohh.. aritu ejulz ada nampak link kat group fb kejiranan kampung ejulz. bila klik link tu, automatik ejulz join group whatsapp kejiranan kampung ejulz. hehe.
BalasPadamAgaknya dia guna cara yang sama macamni jugak kot Ejulz..
PadamPerkongsian yang bagus.. Thakns for sharing.. Baru lah sha tahu macam mana nak share no wassap..
BalasPadamWelcome Sha, lepasni dah boleh buat sendiri kan..
Padambaru tahu ni.. ilmu baru! thanks sbb berkongsi..
BalasPadamAerill Hassan
Welcome Khairil, semoga bermanfaat :)
Padampeniaga online wajib tahu semuanya ni
BalasPadamBetul tu, bantu mereka untuk marketing jugak kan..
Padamp/s nnt butiran letak je kat komen blog sy. sy x kn publish
BalasPadamOkay Anies, saya dah letak tadi. Thanks tau :)
Padamterima kasih.
BalasPadamhttp://ejulz.blogspot.com/2018/07/top-komentor-sepanjang-zaman.html
Yey! Im in :)
PadamNice sharing. Nanti boleh la zumal letak link whatsapp kat blog...
BalasPadamBetul tu..nak2 Zumal ada kedai dan jual online, memang elok sangat guna link macamni..
Padamsenang je rupanya, pernah juga cari tutorial tapi tak jumpa. thanks kak :D
BalasPadamWelcome, lepasni dah boleh buatla kan Pana..
PadamWahhh baru tahu ni. Sebelum ni tau cara yang satu tu je. Gud sharing sangat
BalasPadamSemoga bermanfaat CikTie :)
Padamowh macamni caranya..thanks for sharing this
BalasPadamWelcome, semoga bermanfaat ye :)
Padambaru tahu nih.. nice share.
BalasPadamSemoga bermanfaat :)
Padamsaya buat yg display number dekat ig shop saya..ooo tak tau ade yg boleh hide number..baikk akan tukar
BalasPadamHa, pi tukar cecepat..privacy sikit untuk diri sendiri..
Padamsalam singgah. terima kasih atas perkongsian. link whatsapp ni memang sangat berguna. sebab orang yg nak whatsapp kita, terus ja klik link :)
BalasPadamBetul tu, lebih memudahkan bakal customer. Thanks singgah wak :)
PadamBaru tau mcm ni cara dia. Thanks sharing rini.
BalasPadamWelcome ana :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam