Bermain Sambil Belajar dengan Intelligent Stick


Intelligent stick bukan sahaja boleh dijadikan sebagai alat bantu belajar semata-mata, malahan ia boleh dijadikan sebagai alat mainan. Boleh katakan sebagai bermain sambil belajar.

Alkisahnya, semalam kakak bangun tidur awal. Jadi sementara adik masih tidur saya ajak kakak untuk buat aktiviti bersama menggunakan intelligent sticks. Jangan ingat intelligent sticks ini hanya untuk mengira sahaja ye. Kita boleh pelbagaikan cara penggunaannya.




Disebabkan kami selalu buat aktiviti mengira menggunakan intelligent sticks ini jadi saya nak tukar mood sedikit. Saya minta kakak teka bentuk yang saya buat dan kakak buat bentuk yang diingininya. Contohnya saya susun 4 batang sticks ini menjadi bentuk segiempat dan tanya kakak jawapannya.
Selain itu, kami juga buat bentuk mengikut kehendak masing-masing. Contohnya kakak buat bentuk heart manakala saya pilih untuk buat bentuk zirafah.




Disebabkan zirafah tiada muka, jadi saya lukis muka di belakang kotak tanda. Kemudian kakak request nak lukis juga. Jadi saya kasi can kakak untuk jadi pelukis sekejap. Lepas adik bangun, adik pulak yang main dengan intelligent stick. Kakak? Tukang kemas :D




Berminat untuk dapatkan intelligent stick ini? Hanya dengan harga RM15 dan tambahan RM5 untuk kos pos bagi Semenanjung Malaysia, anda sudah boleh memilikinya. Stock adalah terhad jadi klik link di bawah segera.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Menarik, nanti boleh cadangkan kat bekas boss beli untuk kegunaan taska.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok jugak tu, nanti nak order bagitau saya. Special price untuk belian pukal :D

      Padam
  2. Seronoknya...warna warni pulak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaler yang comel tu tarik perhatian kakak nak belajar sebenarnya..kalau tak memang tak rajin la beliau :P

      Padam
  3. Balasan
    1. Boleh try buat lepasni Gja, anak pun happy belajar :)

      Padam
  4. Ikut anak umur berapa.. Kalau anak saya umur setahun sembilan bulan.. Tak sesuai lagi kot.. Kalau dah besar sikit mungkin saya belikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawah umur 3 tahun tak sesuai sebab diorang tak pandai guna lagi kan. Kang tak pasal2 masuk dalam mulut, satu hal pulak nak ke Paed untuk keluarkan balik. Besar sikit nanti baru kasi ye Munir :)

      Padam
  5. Great idea sis. Salam singgah, follow done

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Nak tarik perhatian anak punya pasal terpaksa jadi kreatif sikit :D

      Padam
  7. mainan mcm ni bagus utk budak2 drpd phone.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tapi dalam sehari kasi jugak kakak guna phone. Untuk dia release tension kejap. Lepastu no more..esok pulak :D

      Padam
  8. drpd beri gajet baiklah kasi permainan ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, paling kurang boleh jugak gurau senda dengan mak dia. Kalau guna phone jadi anti-sosial pulak :P

      Padam
  9. hahaha comelnya orang lidi dia. Jimat beli stick ni sebab dwifungsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, terfikir nak buat camtu, tapi tak jimat mana pun. Tiap kali keluar kena pow jugak dengan kakak nak toys..hurm..

      Padam
  10. Bagus stick nie.. Sambil mengira boleh bermain juga..

    BalasPadam
  11. Wah produk yang sangat menarik ni...

    BalasPadam