Pernah tak makan puding roti yang disajikan di hotel?
Mengikut pengalaman saya, rasa puding roti di hotel biasanya lembut dan gebu, sos kastard pula berkrim dan pekat tetapi tak muak dimakan. Jadi hari ini saya nak kongsi resepi puding roti yang sedap macam yang saya pernah makan di hotel dulu.
Mengikut pengalaman saya, rasa puding roti di hotel biasanya lembut dan gebu, sos kastard pula berkrim dan pekat tetapi tak muak dimakan. Jadi hari ini saya nak kongsi resepi puding roti yang sedap macam yang saya pernah makan di hotel dulu.
Sebenarnya roti yang saya guna ni dah hampir sebulan bertapa dalam peti ais. Tak tahu kenapa di bulan puasa ni, suami beli roti pulak. Agaknya dia ingat lepas iftar nak makan sambil cicah air milo kot. Disebabkan tak laku dan takde sesiapa yang nak makan, jadinya peti ais lah yang jadi mangsa.
Kalau nak tahu tips menyimpan roti supaya tahan lama, boleh klik di sini >> Tips Simpan Roti Supaya Tahan Lama.
Sebelum ni, saya pernah buat puding roti guna resepi yang sama cuma saya ubah sikit. 3 kali buat guna resepi yang sama tapi 3 kali jugak guna bahan berbeza. Try and error sebab kebetulan bahan tak cukup, itu yang keluarnya 3 resepi berbeza. Cuma kali ni dah finalized dengan resepi ni sebab memang sedap. Lebih 5 kali perkataan sedap keluar dari mulut suami, mak is happy :D
Macam biasa untuk senang saya buat next time, jadi saya nak save di blog dulu. Kalau ada yang nak cuba buat pun, apa salahnya. Senang dan sedap kan. Jom simpan resepi.
Resepi Puding Roti
6 keping roti
3 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar mentega (cairkan)
Setengah cawan kismis
Cara Penyediaan
1. Carikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam loyang.
2. Dalam bekas yang lain, masukkan susu tepung ke dalam air dan kacau sebati.
3. Tambahkan telur, gula, esen vanila dan gula. Kacau hingga semua sebati.
4. Masukkan hasil campuran bahan ke dalam loyang berisi roti. Ratakan.
5. Tabur kismis.
6. Masukkan ke dalam oven dan masak. Saya guna api atas bawah sehingga permukaan adunan berubah menjadi kuning.
**Untuk menjimatkan masa, masak sos kastard masa menunggu puding roti tengah dibakar.
Resepi Sos Kastard
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1/2 tin air (sukat guna tin susu)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara Penyediaan
1. Tuang susu cair ke dalam periuk.
2. Dengan menggunakan tin susu tadi, sukat air dan larutkan tepung kastard. Masukkan ke dalam periuk beserta dengan gula, esen vanila dan garam.
3. Kacau sebati dan tutup bila campuran semakin pekat.
4. Larutan kena selalu dikacau untuk mengelakkannya berketul. Guna api perlahan.
Bila dah siap, sejukkan dan hidang. Sedap dimakan sejuk baru keluar dari peti ais terutama pada bulan puasa. Sejuk je lalu ikut tekak. Oh, resepi asal ini saya ambil daripada mamawandiha.blogspot.com. Thanks mama diha :)
24 Ulasan
sedapnya. sha suka makan puding roti haha tapi orang yang buatkan la
BalasPadamHaha..Sha nak makan, mai datang sini..saya buatkan untuk awak :)
Padamwah nampak lazat sangatt tuh
BalasPadamLazat bagi saya tapi selera orang lain saya taktau. Awak try buat dulu ye, kalau sedap gtau saya..ngeee
PadamNampak sedap ni
BalasPadamSedap Cik Ash tapi selera kita mungkin tak sama, kena try buat dulu baru tau kan..
Padamsedap! kalau ada event dkt hotel selalu makan puding roti mcm ni..
BalasPadamKan? Saya suka ambil puding kat hotel, sedap..
Padamterbaek.. nak cuba buat la nanti. hehe
BalasPadamSila buat Ejulz, senang je resepi ni..
Padamadehhh. telan air liur jelaa bila tengok gambar puding roti sodap niii huwaa T-T hahaha
BalasPadamTu dah share resepi tu Sayidah, apa kata try buat. Boleh makan bebanyak..
Padamsedapnya. mek guna cara kukus. so dia moist bile mkn dgn kastad tak ngam sangat sbb kalau bkar dia akan lbh crunchy.
BalasPadamBetul jugak tu tapi saya tak rajin nak cari alat kukus la mek, oven senang..haha. Nampak tak tahap kemalasan di situ..
Padamtengok gambar pun dah terliur ni
BalasPadamSedap ikut selera saya ni, Anna boleh try buat jugak..
Padamdulu selalu buat sbb rajin... selalu buat mlm then perap smpi pagi... rs dia pun lain sket berbanding tanpa perap lama
BalasPadamOh first time dengar pasal perap untuk buat puding roti ni, lain kali boleh try jugak. Kita tengok hasil dia camana kan
PadamNampak menarik.. Nak kena seru mood rajin nie.. kikiki..
BalasPadamDah sampai belum mood rajin Sha tu ;P
Padamteringin nak buatlah....one day insyAllah..kekeke mcm jauh benor one day tu XD
BalasPadamJauh jugak kalau tak buat sampai sudah :P
PadamLapar pulak tgk
BalasPadamAda stok roti tak wak? Apakata pi buat sat? :P
Padam