Resepi Ikan Siakap Masam Manis yang Sedap dan Mudah


Saya jarang masak ikan sebab kurang peminat ikan di rumah ni. Biasanya untuk habiskan stok ikan, saya terpaksa rebus dan goreng sebelum dimakan oleh diri sendiri. Kalau tidak ikan akan tersimpan lama dalam peti ais. Jadi kalau nak masak pun dah tak berapa sedap sebab ikan tak segar. Kalau dah terlampau lama sangat dalam peti ais, saya akan bawa balik ke kampung. Mak boleh rebus dan gaul dengan nasi kucing, asalkan tak membazir buat je lah.

Tapi kalau beli ikan siakap, memang tidak akan simpan lama dalam peti ais. Suami dan anak peminat nombor satu. Terutama kalau masak ikan siakap masam manis. Sampai ke bahagian kepala ikan pun diratahnya. Lagipun ikan siakap masak masam manis memang sesuai dimakan oleh kanak-kanak macam kakak sebab rasanya yang tak pedas. Kiranya budak-budak memang suka masak ala masam manis ni. Kalau takde ikan siakap boleh gantikan dengan ayam.

Disebabkan puasa hari tu saya ada masak ikan siakap masak masam manis untuk berbuka, jadi saya nak simpan resepinya di sini dulu. Mana tahu kot lepas ni kakak pulak nak masak, boleh refer kat di sini je. 


Resepi Ikan Siakap Masam Manis yang Sedap dan Mudah


Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Mudah

Bahan Perapan Ikan 

Ikan siakap
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam

Cara Penyediaan

1. Lumur ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
2. Perap seketika kemudian goreng. Tidak perlu terlalu garing.


Bahan-bahan

Bawang besar - sebiji dipotong dadu
Bawang putih - 2 biji diketuk
Cili api - sebiji dihiris halus
Halia - setengah inci dihiris halus
Tomato - setengah biji dipotong dadu
Nenas - anggaran banyak seperti tomato dipotong dadu
Sos cili - 3 sudu besar
Sos tomato - 3 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
Sedikit asam jawa
Sedikit air
Perasa makanan

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan halia, cili api dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tambah sedikit air.
4. Masukkan tomato dan nenas yang telah dipotong.
5. Perasakan dengan asam jawa dan garam. Tambah air jika perlu.
6. Tuang ke atas ikan yang digoreng atau boleh masukkan ikan ke dalam campuran sos yang dimasak dan kacau seketika sebelum dihidang.


Tabur daun sup yang telah dihiris halus sebagai hiasan. Makan dengan nasi putih panas-panas sahaja pun sedap ni. Tak perlu masak lauk lain dah.
Pesanan daripada mak **Hari ini hari terakhir berpuasa. Jangan lupa untuk bayar zakat fitrah. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.

Untuk resepi ayam bakar sihat, boleh lihat > Resepi Ayam Bakar Halia
dan Resepi Sihat Ayam Bakar.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Nampak menyelerakan.. Mesti sedap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sedap ikut selera saya Munir :)

      Padam
  2. sedapnya! Nanti nak try lah resipi ni :D

    BalasPadam
  3. sedapnyaaaa...boleh try resipi ni nanti!

    BalasPadam
  4. sedap ni..kalau buat resepi ni mesti habis

    BalasPadam
  5. Resepi yang mudah dan menyelerakan..

    BalasPadam
  6. siakap sweet sour ni menu fav kat rumah ana. setiap minggu mesti at least 1x ada menu ni. kadang ratah macam tu je. hehe.

    BalasPadam
  7. anak-anak cikma suka sangat lauk nih... tambah diaorang dah suka makan ikan dah... lauk ni paling sedap..paling cepat kan...

    BalasPadam