Tiap kali pergi ke bazar mesti terasa nak beli kek batik. Nampak sedap sebab bercoklat. Padahal bukan susah sangat pun nak buat. Cuma apa yang tak best bila dah beli tapi rasa dia tak sedap. Buat spoil mood je.
Bila tengok kek batik, teringat kenangan masa kerja dulu. Satu hari, bos buat majlis perpisahan untuk seorang staf. Kebetulan masa tu member office order kek batik untuk majlis tersebut. Harganya memang mahal, RM100 untuk saiz lebih kurang satu kotak brownies. Masa tu ramai yang mengeluh 'ala kek batik je ke?'. Ada jugak yang tanya apsal mahal sangat harganya sampai RM100 padahal modal untuk buat kek batik takde la mahal mana.
Bila sampai kek batik tu, kami pun automatik sepakat bersetuju dengan harganya. Sebab utama adalah kerana topping yang penuh di atas kek. Ada strawberry, coklat kitkat, gula-gula m&m, cadbury dan beberapa jenis coklat lagi. Penuh sampai hampir menutupi permukaan kek batik. Lepas tu rasa dia memang unik sikit. Rangup! Pertama kali saya makan kek batik yang rangup. Biasanya kalau beli di kedai atau buat sendiri, tak pernah jadi rangup. Maksud rangup kat sini biskut masih crunchy walaupun dah disaluti coklat.
Bila dah resign, ada banyak masa si rumah kan. Jadi saya pun google resepi kek batik yang rangup. Kebetulan first percubaan guna resepi tu, memang menjadi kerangupannya. Jadi sekarang saya dah tahu apa rahsia nak buat kek batik supaya jadi rangup dan sedap. Caranya pula memang senang.
Resepi Kek Batik Rangup
Bahan-bahan
Biskut merry - 1 plastik (saya guna separuh sahaja. Boleh patahkan atau tidak)
Mentega - 1 cawan
Milo - 1 cawan
Serbuk coklat - 2 sudu besar
Susu pekat - separuh tin (boleh kurangkan kalau taknak manis)
Esen vanila - 1 sudu kecil
Topping - m&m, cadbury, kitkat, etc (kalau nak letak)
Topping - m&m, cadbury, kitkat, etc (kalau nak letak)
Cara Penyediaan
1. Dengan menggunakan api kecil, cairkan mentega di atas dapur.
2. Kemudian masukkan susu pekat, serbuk coklat dan esen vanila.
3. Masukkan milo. Kacau hingga semua milo tidak berketul.
4. Masukkan biskut merry dan gaul sekata dengan bahan lain. Padamkan api.
5. Simpan dalam peti sejuk.
Tips.
Untuk mendapatkan kek batik yang rangup, ada beberapa tips yang perlu diikuti. Pertama, tak perlu tambah air ke dalam adunan bahan. Kedua semasa mencampurkan biskut merry ke dalam bahan campuran lain, lakukan secepat mungkin dan terus simpan ke dalam peti ais.
Tujuan mencampurkan mentega adalah sebagai gam dan untuk memberi effect berkilat kepada coklat. Manakala serbuk coklat pula ditambah untuk menggelapkan warna milo. Kalau tak letak pun tak mengapa.
Jadi untuk menu berbuka petang nanti, saya dah ada kek batik rangup sebagai juadah. Kebetulan ada coklat di rumah, maka gigihlah saya tambahkan sebagai topping untuk hiasan :)
18 Ulasan
mak aii..menggodanya tgk gambar..:)
BalasPadamPuasa ni boleh tengok je tau CikNor, nanti dan iftar mai datang rumah makan sesama :)
PadamOmak aih.. Sedapnya.. Ternampak pula time lunch.. Kikiki.. sabar jelah menengoknya..
BalasPadamLunch puasa tau, jangan Sha pi makan pulak walaupun nama lunch..haha. Selamat berpuasa Sha :)
Padamsedapnya, boleh bayang kalau rangup tu. nak try jugak lah nanti
BalasPadamSila2..senang je nak buat. Kalau dah buat nanti update balik ye
Padamcantik laa susunan biskut tu...
BalasPadamKebetulan je part tu cantik anies..huhu
Padamwow..sedap juga nie..
BalasPadambilalah saya boleh mencubanya
Nak buat petang ni pun boleh, pagi ni pun okay. Tapi makan time berbuka tau :P
PadamNampak sedap sangat.......
BalasPadamAda sikit lagi dalam peti ais, mai saya pos sikit pi Taiwan ye :P
Padamwaaaa.. nampak sedap.. :)
BalasPadamBoleh suruh wife buatkan ni Ejulz, senang je caranya..
PadamCikma tak rajin wat nii..biskut merry pon xpernah beli...huhu..tapi terliur...nyum3
BalasPadamTry la buat sekali CikMa, senang je tapi sedap..
PadamSelalu buat tapi xtahu cara nk rangup. Uwhhh kena cepat2 gaul ye. Hahahha..kita kalau gaul lama.. ok da paham.
BalasPadamTry tau wak, dah siap pos sini jugak :P
Padam