Ajar Anak Tadika Kenal Nombor Besar


Ajar Anak Tadika Kenal Nombor Besar | Dah beberapa hari saya tak update blog.
Kebetulan cuti pilihanraya dilanjutkan, jadi blog ini pun diberi cuti juga.


Sebelum ini saya ada kongsikan cara saya mengajar kakak operasi matematik tambah dan tolak. Kalau nak recall, boleh refer pada 4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak untuk Anak Tadika. Kebetulan ada yang bertanya bagaimana cara saya mengajar kakak mengenal nombor, jadi hari ini saya ingin berkongsi salah satu cara yang saya gunakan untuk kakak mengenal nombor.


Kenapa salah satu sahaja?
Sebab yang pertama kerana saya tak sempat nak menaip panjang, anak meragam sekarang. Maybe next time saya boleh kongsikan cara yang lain. Yang keduanya kerana banyak juga cara yang saya gunakan untuk mengajar nombor kepada kakak. Tetapi cara yang saya ingin kongsikan ini adalah cara untuk mengenal nombor besar iaitu nombor 10 dan ke atas. Cara ini saya lihat terbukti berkesan apabila diaplikasikan pada kakak.


Alat bantu mengajar yang diperlukan adalah buku latihan, stiker smiley dan nota dinding 123. Semua ABM ini saya beli di kedai ECO dengan harga RM2.12 setiap satu. Jadi untuk tiga ABM ini baru berharga RM6.36, murah kan? Langkah seterusnya boleh lihat dalam video di bawah.




Sebelum ini saya suruh kakak jawab soalan dalam buku, tapi lama-kelamaan kakak jadi makin malas mungkin sebab bosan. Jadi saya belikan stiker berwarni-warni untuk menarik perhatian kakak, menjadi juga tapi disebabkan saiz stiker yang besar, makan banyak ruang.


Jadi saya pilih stiker smiley pula untuk tarik perhatian kakak. Selain saiz yang kecil, ia juga ada pelbagai mimik muka. Kalau kakak buat salah, saya akan tampalkan smiley sedih atau masam. Kalau kakak buat dengan elok, saya letak smiley senyum.

Ajar Anak Tadika Kenal Nombor Besar

Lepas kakak siap buat latihan dalam buku, saya akan minta kakak mengajar menggunakan nota 123 yang telah ditampal ke dinding. Kakak cuma perlu sebut balik nombor yang telah dipelajarinya untuk hari itu. Kalau belajar sampai nombor 26, sebut balik nombor satu hingga nombor 26 tapi dalam gaya mengajar.

Tips penting.
1. Wajib ada stiker untuk menarik perhatian kakak. Kakak excited nak pilih dan tampal sendiri stiker yang dikehendakinya.
2. Jangan paksa, kalau kakak dah penat nak menulis saya suruh rehat tengok TV, makan atau sambung esok. Kalau paksa, esoknya dia mesti berat hati nak belajar lagi.
3. Belajar sama-sama. Kakak menulis, saya temankannya di sebelah.

Alhamdulillah dengan menggunakan cara begini, proses pengenalan nombor besar kepada kakak lebih mudah dan menggembirakan. Walaubagaimanapun, kakak masih belum ingat semua nombor. Masih lupa tanpa bantuan buku dan nota dinding. Saya kena selalu lakukan proses membaca ini kepada kakak setiap hari.

Tahun depan kakak akan masuk pra-sekolah, memang dah tak sabar sangat dia nak bersekolah. Umi pun tak sabar nak tengok kakak sekolah.
Sayang kakak.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. mudahkan..rasa macam kat sekolah plk..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah tapi kena ikut mood si kecik. Kadang2 berangin jugak :D

      Padam
  2. mesti kakak excited nk msk sekolah nnt kannn ;-) belajar rajin2 tau kakak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, tak sabar dah kakak request nak pi sekolah. Mak ayah dia je yang buat dono lagi. Thanks auntie anies :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Thanks Aerill, lama dah tak melawat blog awak. Satgi saya singgah ye :)

      Padam
  4. kakak ta zabar nak masuk sekolah. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak memang dah lama pujuk nak pi sekolah. Maknya tak sanggup nak lepaskan lagi..haha

      Padam
  5. Teringat pulak zaman prasekolah dulu.. macam ni la kena tulis abc ^^"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke YS? ABC pun ada kat sebelah tu ha..samalah cara kat sekolah rupanya

      Padam
  6. terbaik juga teknik begini.

    boleh sangat untuk dipraktikan..

    anak saya dah masuk tahun satu tahun ini...

    mungkin perlu ilmu yang lebih advance lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga mranafi kalau nak menguatkan hafalan anak, anak saya akan masuk pra-sekolah tahun depan. Goodluck ye :)

      Padam
  7. tak ingat dah dulu belajar nombo besar guna teknik apa tapi belajar sampai 100 je la hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai 50 nampak macam anak okay tapi dia makin malas pulak. Mak kena fikir strategi lain pulak nak mengajar..aiseh

      Padam
  8. semoga dipermudahkan dan cemerlang dlm akademik..

    BalasPadam
  9. Boleh try untuk Adik Rayyan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Safeni, next time boleh try pada anak pulak ye :D

      Padam