Isnin, 16 April 2018

4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak Untuk Anak Tadika


Seawal usia 3 tahun, saya dah mula mengajar kakak mengira nombor 1 hingga 10 melalui perbuatan. Contoh apabila kami menaiki tanga, saya akan kira setiap anak tangga bersama dengan kakak secara kuat. Walaubagaimanapun, tak pernah terfikir pula saya nak mengajar tambah dan tolak kepada kakak waktu itu. Jadi kakak memang zero pasal ilmu operasi tambah dan tolak sehingga berumur 5 tahun.

Disebabkan kakak tidak dihantar ke sekolah, jadi saya merupakan guru bagi subjek Matematik di rumah sekarang. Saya telah mengajar kakak mengenal nombor dan kakak telah dapat membezakan antara nombor walaupun kadang-kadang ada tersasul juga sekali-sekala terutama nombor puluh. Namun untuk memulakan operasi tambah dan tolak agak susah memandangkan kakak tidak dapat memahami konsep setiap satu proses tambah dan tolak.

Sebagai seorang ibu yang prihatin (prihatin lah sangat), saya mengambil beberapa inisiatif bagi membolehkan kakak menguasai operasi tambah dan tolak. Otak saya cuba dikerah untuk menghasilkan idea bagi menjadikan subjek Matematik yang tak berapa disukai oleh saya ini menjadi subjek yang disukai oleh kakak. Maka, datanglah beberapa idea yang telah saya aplikasikan dalam kehidupan kakak semasa kelas Matematik dijalankan (skema no ayat).


Guna botol syampu hotel

Memandangkan saya tak jumpa cara nak mengajar Matematik yang senang, saya cuma teringat cara pengkhususan yang pernah diajar di sekolah. 


4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak Untuk Anak


Macam mana? 

Pilih satu objek yang sama tapi banyak. Dalam kes ni, saya pilih botol syampu yang saya kutip dari hotel sebagai kenangan sebab kebetulan ada banyak botol syampu ni di rumah. Tulis angka di atas styrofoam dan kertas yang digunting empat segi. Maknanya ada 2 bahagian nombor iaitu di atas styrofoam dan kertas. Kemudian susun botol syampu di atas nombor styrofoam mengikut nombor. 

Masa operasi tambah atau tolak dijalankan, keluarkan botol dari atas styrofoam dan letak atas kertas empat segi mengikut nombor. Jangan lupa untuk buat tanda tambah dan tolak di atas kertas. Mulakan operasi tambah atau tolak daripada kumpulan objek tersebut. Saya biasa mulakan dengan kumpulan nombor paling besar ditambah atau ditolak kumpulan nombor paling kecil.

Kalau taknak guna styrofoam pun boleh. Sengaja saya letak atas styrofoam untuk memudahkan kakak tengok nombor dan senang untuk terus ambil masa buat operasi tambah dan tolak tu nanti.


4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak Untuk Anak


Berkesan? 

Kurang berkesan kalau mulakan dari nombor 1 hingga 10. Boleh kecilkan skop dari nombor 1 hingga 5 dulu sebagai permulaan. Lepas tu sesuai gunakan objek yang lebih kecil. Guna objek besar macam botol syampu ni, makan ruang. Kurang sesuai untuk belajar atas meja yang kecil. End up kakak jadikan styrofoam itu untuk tulis nombor dan menconteng je.


Guna plastisin

Cara ni pun lebih kurang sama macam cara nombor 1, cuma yang best sikit guna plastisin ialah sesi pembelajaran akan jadi lebih menyeronokkan. Selain boleh buat bentuk yang disukai, kita juga boleh main dengan anak sambil-sambil buat bentuk. Buat tahi lalat letak kat pipi ke, atau buat bentuk ular sambil bunyi sssss. Enjoy sikitlah belajar sambil main.


4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak Untuk Anak


Macam mana?

Dengan menggunakan plastisin, buat satu objek yang sama. Contoh nak buat bentuk bulat, buat banyak-banyak. Kalau malas nak uli plastisin, boleh tekap dengan mould. Selain itu boleh gunakan warna yang berbeza jugak untuk bezakan nombor. Contoh, kalau nak buat operasi  '10 - 1', bezakan warna  bagi nombor 10 dan 1. 10 warna merah dan 1 warna kuning sebagai contoh.


4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak Untuk Anak


Berkesan?

Agak berkesan cuma drag masa agak panjang untuk buat bentuk dan main-main. Tapi takde masalah sebab esok boleh buat lagi. Kakak pun enjoy cuma tak boleh paksa bab belajar matematik tu, nanti memang dengarlah si kakak tu kata 'kakak penatlah'. Padahal kalau bab main biasa laju je yes nya.


Buat latihan mengira dalam buku

Bab buku latihan ni, kalau anak belum mengenal nombor adalah lebih baik kenalkan dengan nombor dulu. Bukan tak boleh buat latihan dalam buku, cuma biasanya buku tu akan tamat riwayatnya menjadi buku conteng sahaja. Lainlah kalau memang beli buku untuk anak mengenal nombor, sila teruskan.

Macam mana?

Suruh anak buka buku, kasi pensil dan start ajar anak mengira.


4 Idea Mengajar Operasi Tambah dan Tolak Untuk Anak


Berkesan?

In shaa Allah berkesan kalau selalu dipraktikkan. Tapi agak membosankan bagi anak yang baru nak kenal proses kiraan, elok diaplikasikan kepada anak yang dah ada sedikit asas kiraan. Yang penting jangan stress masa mengajar anak. Kalau stress, tak payah mengajar dulu. Esok masih ada. Mengajar melatih kesabaran ibu bapa juga. Sebab itu sentiasalah ucapkan terima kasih pada guru yang mengajar anak kita di sekolah. Berat sebenarnya kerja mereka untuk beri kefahaman kepada anak-anak kita.


Guna Wooden Number Cards and Counting Rods with Box

Disebabkan kanak-kanak memang perangainya suka bermain, jadi saya nak beli Wooden Number Cards and Counting Rods with Box memandangkan sekarang tengah ada sale untuk produk ni. Oh sebelum itu, saya tak beli lagi alat bantu mengajar ni, baru terjumpa dalam website malam ni. Disebabkan harga tengah dalam sale, sayang pulak tak beli memandangkan memang tengah mengajar kakak mengira sekarang. Diharap alat bantu mengajar ni boleh bantu proses pengiraan kakak dan membantu saya mengajar dengan lebih efisien.

Apa yang buat saya tertarik tentang set ni adalah rod kayu yang berlainan warna tu. Sangat memudahkan proses pengiraan memandangkan anak boleh bezakan nombor mana yang digunakan untuk tambah atau tolak macam contoh dalam gambar di bawah.




Harga?

Hanya RM15 dan kos pos RM5 untuk Semenanjung Malaysia. Di dalam kotak disediakan dengan 5 tanda operasi utama (tambah, tolak, darab, bahagi dan sama dengan), 19 kad nombor (0 - 9) dan 52 rod untuk proses pengiraan. Kalau berminat nak order, boleh klik

https://whatsapp.com/send?phone=601110808609


Ada cadangan idea tambahan lagi tak untuk saya aplikasikan pada kakak?
Terima kasih sumbang idea ye kawan-kawan.
Semoga kakak membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Dan semoga saya terus istiqamah ajar kakak :)

12 ulasan:

  1. saya dlu belajar mengira guna lidi jer..dlu2 itu jer yg xperlu bayar..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan? Saya guna batu, macammana boleh lupa ni?

      Padam
  2. Menarik tips ni. Harap membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, harap kakak boleh belajar dengan happy :)

      Padam
  3. Wah dah layak sangat jadi cikgu tadika ni kak haha ^^
    .
    Thank you bagi tips.. berguna untuk Hana di masa akan datang *ehh? mendalam maksdunya tu hahaha ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tadika kat umah je mampu Hana, eh..macam ciri-ciri bakal menjadi ibu tak lama lagi tu, tunggu prince charming masuk meminang je la ni eh..haha

      Padam
  4. Wow. Nice tips. Dulu pernah guna sekali yang aplikasi guna objek tu bila ajar kawan masa kelas tuisyen.

    BalasPadam
  5. membaca artikel menyebabkan saya teringat dengan anak bongsu..

    memori mengajar mengira dengan tangan begtitu indah untuk dikenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga engkau permudahkan urusan mrhanafi dan anak-anaknya. Sabar ye mrhanafi, saya takde niat nak buat mrhanafi sedih..

      Padam
  6. info yang menarik. boleh la kin praktikkan bila ada anak nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, semoga bermanfaat ye Kin :)

      Padam