Resepi Sedap Daging Masak Halia


Allah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Baqarah: Ayat 183)

Sedar tak sedar, kita akan mula berpuasa tak lama lagi. Ada lebih kurang 37 hari lagi sebelum menjelang Ramadhan. Pada tahun ini, 1 Ramadhan 1439H akan jatuh pada 17 Mei 2018 iaitu bersamaan dengan hari Khamis. Jangan lupa tengok pengumuman puasa jam 8 malam pada 16 Mei nanti.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, di mana pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya. Pada bulan ini juga syaitan akan dibelenggu dan diikat. Terdapat satu malam yang penuh berkat iaitu Lailatul Qadar yang mana jika seseorang beramal pada malam tersebut, ia seolah-olah dia telah beramal seribu bulan dalam bulan yang lain.

Selain melakukan puasa wajib, pelbagai amalan sunat juga boleh dilakukan pada bulan Ramadhan. Antaranya memperbanyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunat, memperbanyakkan amalan sunnah, menjauhkan maksiat, amar makruf nahi mungkar serta pelbagai lagi amalan mahmudah yang lain. 

Disebabkan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, jadi saya terpaksa memantapkan skill masakan bagi tujuan iftar nanti. Bosanlah kalau makan masakan yang sama. Jadi sebelum sampai masa tersebut, apa kata kalau mula praktis dari sekarang. Macam biasa, blog sebagai buku resepi saya. Jadi akan simpan resepi masakan di sini.


Resepi Daging Masak Halia


Resepi Sedap Daging Masak Halia


Bahan-bahan

Daging
Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 2 biji
Halia - satu inci
Cili besar - setengah batang
Tomato - setengah biji
Lada hitam - satu sudu kecil
Tepung jagung - 1 sudu besar (dilarutkan dalam sedikit air)
Sos tiram - 1 sudu
Air masak
Garam
Perencah


Resepi Sedap Daging Masak Halia


Cara Penyediaan

1. Daging, bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah dihiris halus. Tomato dipotong kasar.
2. Panaskan minyak di atas kuali dan masukkan bahan yang telah dihiris halus.
3. Apabila bahan telah layu, masukkan sos tiram dan daging. Masak sekejap sehingga daging berubah warna.
4. Masukkan air dan masak daging sehingga lembut. Tambah air jika perlu mengikut kehendak hati. Kalau nak berkuah, tambah banyak air.
5. Masukkan larutan tepung jagung dan lada hitam.
6. Masukkan garam dan perencah.
7. Apabila hampir masak, masukkan tomato.
8. Siap dan sedia untuk dihidang.


Daging masak halia ni memang menjadi kegemaran saya untuk dimasak sekiranya tak ada idea nak masak apa. Kenapa? Sebab cara masakannya yang senang selain daripada penggunaan bahan yang mudah didapati. Hanya gunakan bahan asas yang memang selalu ada di ceruk dapur.
Masakan ni pun sedap, memang berselera suami dan anak makan.

Sebelum terlupa, bagi sesiapa yang belum sempat ganti puasa tertinggal sebelum ni, masih sempat lagi nak qada' puasa. Tak banyak hari lagi yang tinggal, 38 hari tolak dengan hari uzur maknanya mungkin ada dalam 28 hari je lagi. Kepada yang masih belum bayar fidyah pun jangan berlengah buat bayaran.

Segerakanlah bayaran fidyah.

Saya pernah temankan kawan (rindunya kat beliau) bayar fidyah di Pusat Zakat Terengganu untuk puasa yang pernah ditinggalkannya sebelum ni. Selepas pengiraan, beliau kena bayar RM2000++ memandangkan kiraan fidyah yang tertinggal adalah sejak beliau berumur 12 tahun. Jadi segerakanlah bayar fidyah kalau taknak tertunggak sampai ribu-riban.


Pengiraan fidyah

Bayaran fidyah = (Harga 1 cupak beras) x (Hari yang ditinggalkan) x (Tahun gandaan)

 Tapi alternatif lain, mungkin boleh bayar di Pusat Zakat Selangor kerana kiraan fidyah di LZS tidak perlu di darab dengan tahun gandaan. Boleh rujuk ke Zakat Selangor.


Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. Ya Allah...sedapnyaaaaaaaa.. senang je rupanya ea.. baru kin tau. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..senang kan? Sebab tu saya suka masak lauk ni..xleceh mana nak buat

      Padam
  2. Wah, nampak sedap... Nanti zumal nak buat juga la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila..sila..senang je pun nak masak ni, mesti menjadi Zumal masak

      Padam
  3. Wow, rasa nak masak malam nanti hehe!

    BalasPadam
  4. Wahh Hana pun nak mantapkan skill memasak jugak haha! Thank you for the recipe kak!!! Nanti-nanti boleh try! (ayat yg tak boleh dipercaya) hahaha >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..takpela, untuk Hana akak masakkan pun bole :P

      Padam
  5. Balasan
    1. Favourite saya ni Normi..favourite sebab senang nak masak :P

      Padam
  6. bayar dekat selangor je sebab tak membebankan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru tau pasal Zakat Selangor tu Farhanna..kalau tau awal boleh suruh member pi bayar kat Selangor je..

      Padam
  7. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Khairil :)
      Thanks for the great review contest tapi saya tak terpilih..hurm :(

      Padam
  8. Ya..tak lama lagi puasa.

    pasti best dan saya sudah bersedia beberapa minggu yang lepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah mrhanafi!
      Saya pun dah start bersedia minggu ni, sebab terpaksa ganti puasa :P

      Padam
    2. terima kasih dan alhamdulilah..

      dah tak sabar nak Gear Up ibadah..

      in shaa Allah

      Padam
  9. sedapnya.. lama tak masak daging


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Mia untuk wish tapi saya tak bernasib baik, next time buat lagi awesome giveaway ye :)

      Padam
  10. apa ni, rasa nak jilat skrin jer buat nya..sedap la kak makanan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh jangan Del! Habis busuk skrin dengan airliur Del nanti, gosok gigi dulu baru jilat okay :P

      Padam
  11. Balasan
    1. Ahahahaha..dah pi masak Hans, refer resepi tu :P

      Padam