Khamis, 12 April 2018

Resepi Sedap Ayam Kam Heong


Pernah makan ayam kam heong tak? Kalau diterjemahkan maksudnya adalah ayam berbau wangi. Bau wangi ini merujuk kepada bau yang terhasil daripada daun kari kerana daun kari digunakan dalam masakan ini. Sebenarnya ayam kam heong adalah masakan popular bagi kaum Cina Muslim di Malaysia. Jadi kalau anda tak pernah rasa masakan ini, boleh dapatkannya di kedai makan Cina Muslim.

Tapi kalau ada yang nak cuba memasak sendiri pun boleh. Sebab hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam kam heong yang sedap dan mudah disediakan. Yang penting bahan semua cukup, baru seronok nak memasak.
Jom tengok resepi.


Resepi Sedap Ayam Kam Heong


Resepi Ayam Kam Heong

Ayam
Bawang merah - 2 biji
Bawang putih - 1 biji
Cili besar - setengah biji
Daun kari - 2 tangkai
Serbuk kari - 1 sudu dilarutkan dalam sedikit air masak
Sos cili - 1 sudu besar
Sos tomato - 1 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
Kicap manis - 1 sudu besar
Gula / garam / perencah - secukup rasa


Resepi Sedap Ayam Kam Heong


Cara Penyediaan

1. Lumur ayam dengan garam, kunyit dan lada hitam kemudian goreng hingga masak. Toskan. Tak perlu goreng sampai garing.
2. Bawang merah, bawang putih dan cili besar dihiris halus.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama tetapi dikurangkan separuh, panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris halus.
4. Setelah layu, masukkan daun kari dan serbuk kari yang telah dilarutkan. Kacau hingga kari masak.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis. Tambah air jika perlu.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidang.

Masakan ayam kam heong ni merupakan makanan kegemaran kakak. Saya akan masak sedikit manis dan kurang pedas. Jika anda nak tambah cili kecil dalam masakan ini pun boleh. Tentu lagi umph.
Boleh try and error mengikut kesukaan anda. 


Pilihanraya Umum ke 14

Disebabkan tarikh pilihanraya untuk PRU ke 14 telah ditetapkan pada 9 Mei 2018 iaitu jatuh pada hari Rabu, jadi kerajaan telah mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti peristiwa. Walau bagaimanapun pemilihan tarikh pilihanraya yang jatuh pada hari biasa menyukarkan sesetengah pihak untuk pulang mengundi. Antara golongan yang terkesan adalah pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan kukuh untuk pulang mengundi di kampung halaman. 

Manakala golongan pekerja yang terpaksa mengundi jauh dari tempat kediaman dan tidak mendapat kelulusan cuti selepas hari mengundi juga akan terkesan. Jika ini berlaku, pilihan mudah yang ada ialah untuk pulang menaiki kapal terbang kerana tempoh perjalanan yang singkat. Walau bagaimanapun, pembelian tiket di saat akhir sudah tentu membebankan kerana harganya yang lebih mahal. Sementelah pula syarikat penerbangan juga bermain harga pada ketika ini disebabkan oleh tarikh PRU yang telah ditetapkan. 

Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk pulang ke kampung halaman bagi tujuan pilihanraya ini, saya doakan agar urusan anda dipermudahkan. Sesungguhnya memilih pemimpin yang beriman adalah termasuk dalam suruhan Allah.

Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan barang siapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
(At-Taubah: 23)

Untuk membuat semakan daftar mengundi, boleh klik pada pautan ini

26 ulasan:

  1. Alahai teringinnya nak makan Ayam Kang Heong tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pos pun tak boleh dah habis masuk perut, Zumal try masak guna resepi atas tu la ye :D

      Padam
  2. Bab pilihanraya tu, semoga kita semua memilih yang terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah..aamiin..dan semoga dipermudahkan

      Padam
  3. Sedapnya..nak buat pun senang je ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je kan? Lepasni boleh try buat Amanda :)

      Padam
  4. lebih kurang macam ayam masak merah !..

    tentu sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak macam masak merah tapi rasa lain tau mrhanafi sebab tambahan kari tu, tak sama terus rasanya..sedap

      Padam
  5. sedapnya nampak.. first time dengan ayam kam heong ni..

    Aerill Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap masakan ni..next time bolehla cuba Khairil :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Next time boleh try masak ye Farah :)

      Padam
  7. uiii sedapnya sik baik br lps mkn ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok balik time lapar nanti okay..haha

      Padam
  8. Tengok resipi macam ada harapan nak menerai haha habislah bencana kalau Hana masuk dapur haha
    .
    Thank you bagi resipi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde nak bencana sangatla..tak cuba tak tau kan Hana?

      Padam
  9. Terliur Del tengok gambar. Cam sedap. Singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, tryla masak Del. Nanti pos kat saya sikit :P

      Padam
  10. Alamak, kenapa la termasuk kat sini. Lapar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kesiannya..sabar tau. Tak lama dah nak balik Malaysia ni..

      Padam
  11. Balasan
    1. Tengok je boleh Ejulz, puasa2..haha

      Padam
  12. dah pernah buat hihihi sedap sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Cik Ash! Lain rasanya dari ayam masak merah walaupun rupa lebih kurang sama..

      Padam
  13. qoutes bawah tu mek stuju. alhmdulillah malaysia will be better with new gov.
    ayam tu macam sng nk buat. igtkan kena perap dengan madu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, harap macam tu lah mek. Try la buat ayam kam heong ni, memang lain rasanya dari ayam masak merah..

      Padam