Penggunaan Facebook pada masa kini merupakan perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. Secara umumnya, kita menggunakan aplikasi Facebook untuk berhubung dengan kenalan, berkongsi gambar atau cerita serta tidak kurang juga yang menjadikan Facebook sebagai medium pemasaran. Banyak kebaikan yang diperoleh jika kita pandai menggunakannya namun tidak kurang juga banyak kesan negatif bakal berlaku jika salah cara penggunaannya.
Gambar dari Google |
Kita seringkali memuatnaik status terbaru di laman Facebook peribadi sebagai pemberitahuan kepada rakan-rakan mengenai perkara yang sedang kita lakukan. Selain itu, berkongsi cerita melalui butang Share di Facebook juga menjadi pilihan apabila info yang diberikan menarik minat individu. Dengan membuat perkongsian melalui butang ini, artikel yang ingin dibaca akan segera dikongsi di halaman Facebook peribadi dan boleh diakses oleh rakan-rakan yang lain.
Walaubagaimanapun, tidak semua cerita yang dikongsi itu menarik minta sahabat di Facebook. Jika salah perkongsian boleh mengakibatkan pergaduhan sesama sendiri. Bukan itu sahaja, perkongsian di Facebook juga boleh menjadi punca pertelingkahan antara pasangan sekiranya tidak dilakukan secara berhemah. Kita mungkin terlupa untuk menutup aib pasangan semasa mebuat perkongsian atau kita menjadikan laman Facebook sebagai tempat luahan perasaan yang boleh membuka aib di mata masyarakat. Jadi bagaimanakah caranya untuk kita mengawal siapa yang boleh melihat perkongsian kita di Facebook?
Tahukah anda bahawa tetapan Facebook membenarkan anda membuat pilihan untuk mengawal dengan siapa kita ingin berkongsi cerita?
Tips Mengawal Siapa Yang Boleh Melihat Perkongsian di Facebook
1. Log masuk ke Facebook
2. Buat status terbaru atau tekan butang share
3. Klik pada kotak bergambar bumi, sebelah kotak album (lihat contoh gambar di atas)
4. Klik pada siapa anda ingin berkongsi cerita (lihat contoh gambar di bawah)
5. Klik Post
Jika anda masih tidak perasan tentang kebolehan memilih targeted audiens yang telah dikemaskini oleh Facebook ini, anda boleh mula cuba membuat perkongsian dengan menggunakan cara ini sekarang.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
10 Ulasan
ada bagusnya bila ada setting mcm ni kan...
BalasPadamBetul tu, jadi kita boleh elakkan terbuka aib masing2 kan
Padambagus, dapat elak dari ada audiens yg kita tak nak dia baca tanpa unfriend
BalasPadamSetuju..at least kita menjaga hati diorang dengan tak unfriend
PadamThank you for the beneficial sharing kak!! ^^ hehe *even Hana dah tak main fb dah haha >_<
BalasPadamEh..haha lupa Hana tak main FB dan IG. Tak boleh nak buat macam Hana, akak banyak share resepi kat FB, IG akak guna untuk join contest..huhu. Sayang nak close both accounts tu
PadamSelalu juga Zumal guna cara tu untuk siar sesuatu tanpa pengetahuan seseorang. Hehe...
BalasPadamAmboi..rahsia dengan sorang tu je ye? Mesti someone special la ni kan
Padamtak perasan pulak boleh specific share! Thanks kak auni :D
BalasPadamLepasni boleh try..senang ada button specific share ni
Padam