Friday, 26 January 2018

Resepi Cupcake Coklat Yang Mabeles


Tengahari tadi rasa nak makan kek sesangat, makanya bersegeralah kami mencari resepi dengan pakcik google. Dah google tu terjumpa resepi dari Azie Kitchen ni dan kami pun try lah buat.

Semua bahan ada, so proses pembuatan cupcake coklat on. Kami cut half semua semua bahan sbb nak buat sikit aje. Buat banyak-banyak takut tak habis makan pulak. Lepastu ada part yang kami adjust sukatan.


Bahan cukup tp kami tambah coklat chip jugak

Resepi

Bahan A
Tepung gandum - 1 cawan
Serbuk koko - setengah cawan
Baking powder - separuh sudu kecil
Soda bikarbonat - separuh sudu kecil
Serbuk nescafe - separuh sudu kecil
Secubit garam

Bahan B
Gula - 2/3 cawan
Minyak masak - setengah cawan
Susu cair - setengah cawan
Telur - 2biji
Air panas - 2/3 cawan

Bahan C
Coklat chip


Setelah campur bahan A dan B

Cara Penyediaan

1. Ayak semua bahan A dalam satu bekas
2. Dalam bekas lain, campur semua bahan B kecuali air panas dan kacau hingga sebati (tak perlu guna hand mixer pun, kalau nak guna pun apa ada hal..
3. Bila dah sebati baru tambah air panas
4. Kemudian boleh sudukan dalam bekas cucake
5. Last sekali letak coklat chip


Dah sedia nak tan badan ni

Bakar ikut suhu sesuai, kami pakai adjust je suhunya..sebab oven kecik jadi cupcake pun cepat masak. Dalam 10 minit dah menggebu saiznya.

Gebu kan saya?

Ha..akhirnya siaplah cupcake mini yang gebu gebas dan sedap ni. Memang sedap! Bahagian atas crunchy sikit sebab kena bakar kan tapi bahagian dalam lembut. Tu yang lopong tu hasil letak coklat chip tadi tu la.

Coklat chip dah cair masuk dalam kek jadi lopong

Confirm lepas ni kami buat lagi cupcake guna resepi sama. Nak hidang dekat tetamu yang datang rumah pun boleh sebab cupcake boleh simpan beberapa hari. Rasa cupcake memang tip-top terbaik.

*Nota kaki*
Kami kurangkan sukatan nescafe sebab taknak pahit
Kami guna telur 2 bijik sebab takboleh nak guna 1 1/2 telur
Kami tambah coklat chip sebab ikut suka hati kami lah

12 comments:

  1. ehehehe ada lebih2 tu kasi kasi la kite sikit eheh =D

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss..dah habis la Siti. Takpe kami boleh buat lg, mai sini dtg amek

      Delete
  2. Ika ada buat cupcake vanilla haritu. Tapi tak jadi. Dia tak naik haha. Kelakar. Em. Nak try la ikut resepi ni. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak guna tepung naik sendiri, tambah sikit baking soda nak kasi naik. Tp kami pun pernah jd camtu jugak :(

      Delete
  3. al;olo sedapnya nmpk cupcake tu... heiii, cikyan pon suka baking kek tau.. alaaa best... lama dah x baking kek... dulu slalu buat, ulang2.. tak lepas punya... tp sekarang ni, dah xde masa... cikyan gila la kalo bab baking smua ni... wahh best sgt sgt sgt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita CikYan, kalau boleh semua benda nak masuk oven..suka sgt bau yg keluar time dah nak masak. Mai lah try buat cupcake ni, konfirm puas hati

      Delete
  4. nyuumyyy..sha ada try ari tu, jadi tp ada keras skit, nnt nak rujuk resepi ni pla..tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sha nak jd gebu lembut, try guna hand mixer. Biasa kami buat cenggitu la

      Delete
  5. Dah lama Hana tak beraksi di dapur! hehe ^^ thanks for the recipe!!! :) nampak menyelerakan dan agak menyiksa perut memandangkan Hana memang gila coklat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tau Hana, nanti jgn lupa pos kat kami sikit..ngee

      Delete
  6. ya ALLAH menggodanyaaa.. tgh lapa ni T_T
    follow sini #129

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha..nak ajak makan tp dah abis pulak..

      Delete