Selasa, 6 Mei 2014

Tips Tanam Rumput Karpet


Suami teruja sangat nak tanam rumput karpet untuk letak kat laman rumah. 

Maka misi membeli rumput karpet dan meng 'clear' kan laman pun bermula. First survey di Kuala Berang, mahal rumput karpetnya tapi mmg dijaga elok. RM10 satu petak..biasanya RM3/petak. Suami pun ajak pi nursery laen..dapatlah harga RM3/petak. Balik rumah..operasi pun bermula.



First step kena clearkan semua rumput2 liar yg tumbuh, keringkan sehari then baru boleh bakar. Biasanya kerja2 clearkan rumput liar ni amek masa 2 hingga 3 hari jugak utk setel. Penat bahu ngan pinggang menebas.




Tanah yg dah bersih tadi dikambus dgn pasir, xpayah tebal pun lapisan pasir tu..just tutup bahagian batu2 yg tak diingini tu jer. Rumput karpet jugak dikenali sbg rumput Filipina..oh...baru tau..




Kerja2 kambus pasir ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi utk disiapkan. Tu encik hubby tgh semangat lg tu, kesabaran masih menebal lg. Penat pinggang buat ni, malam dah sakit2 sana, sakit2 sini..wife lah kena urutkan badan..




Bila semua dah rata baru boleh tanam petak rumput td..kalau rasa kesabaran masih tinggi, petak rumput td boleh kerat bbrapa bahagian buat kecik2 supaya cepat membiak. Tapi kalau kesabaran dah menipis, buat macam encik suami jer..tanam satu petak terus :)


 Tips tanam rumput carpet

Nak tanam rumput karpet ni, kena rajin menyiram dgn menjaga. Kalau tumbuh pokok liar lain, cepat2 cabut. Pagi2 kena siram, jgn letak benda berat mcm dumbell atas rumput, lepas tanam kena pijak2 sikit dan etc. Banyak jugak nak kena jaga. Tp lambat benar pokok ni nak membiak..tunggu jer lah dulu.

4 ulasan:

  1. wahhh good sharing...kat rumah pon ada rumput karpet mcm ni..main tanam je..ilmu baru ni...baru tau cara nak tanam dia...boleh la try nnt nak bg cepat membiak..cikyan ada tanam rumput ni kat atas kubur arwah emak..alhamdulillah mebiak dgn baik sekali...nmpk cantik...yg penting...semoga tumbuhan hijau tu mendoakan arwah mak kat sana...serius lawa tgk rumput ni kalau dah membiak dgn banyak...ramai gak suka usya rumput kat depan umah tu..ada yg mintak nak ambik utk tanam kat rumah depa pulak..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kan pokok saya dah mati la CikYan, aritu pindah KL takde siapa jaga. Balik-balik dah tumbuh lalang je pulak..hurm..

      Padam
  2. Dulu rumah sy pun mak tanam rumput karpet ni, cantik. tp skrg semua dah disimenkan, haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..sayang nak simenkan sebab saya suka pokok tapi tak larat pulak nak kemas selalu bila rumput dah panjang

      Padam