Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik

Hampir dua bulan saya diuji dengan masalah kesihatan. Sekarang bila dah makin sihat, baru saya perasan tinggal lagi dua minggu sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadan. Eh, cepatnya masa berlalu!


Bila badan tak sihat, banyak perkara yang saya abaikan sebab tak larat nak buat. Sampaikan perkara asas macam cuci muka pun banyak kali saya tinggalkan. Bila dah makin sihat sikit, saya tengok muka dalam cermin dan baru perasan, banyaknya kedutan muncul di muka, muka pun kusam je! Macammana nak sambut raya nanti. Tak boleh jadi ni..


Muka Bersih Berseri Menjelang Raya

Di hari raya nanti mestilah kita nak nampak cantik kan, barulah semangat nak keluar beraya. Tapi bila tengok muka kusam tak berseri, mood nak beraya pun kelaut. Jadi sebagai persediaan menjelang hari raya nanti, selain kena beli baju raya saya juga kena beli skincare raya. Almaklumlah, muka dah kusam selepas beberapa bulan tak buat rutin jagaan muka, jadi kita kena rajin sikit menyental muka lepas ini.


Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik

Saya hanya perlukan empat produk asas sahaja untuk lakukan rutin skincare yang betul. Empat produk asas tersebut adalah cleanser, toner, moisturiser dan sunscreen. Bila dah ada semua ini, in shaa Allah muka akan terjaga elok kalau rajin buat jagaan wajah.


Pilih Moisturizer yang Tepat

Di antara empat produk asas jagaan muka ini, moisturizerlah bagi saya yang paling susah nak pilih. Banyak kriteria yang perlu diambil kira bila buat keputusan untuk memilih moisturizer. Jika tersilap pilih, ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada pada wajah. Saya sendiri telah mengalami kesan yang timbul akibat salah pilih moisturizer sehingga sekarang.


Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik

Tujuan pemakaian moisturizer adalah untuk pastikan wajah cukup lembapan kerana fungsi moisturizer itu sendiri adalah untuk kekalkan air dalam kulit wajah supaya sentiasa lembap. Namun berpunca daripada silap memakai moisturizer cream-based pada kulit jenis combination, wajah saya kini dipenuhi dengan bintik kecil di bawah mata yang dikenali sebagai milia seed. Pengalaman ini memberi kesan besar kepada saya dalam membuat pemilihan moisturizer terbaik bagi wajah.


Moisturizer Aqua Whitening Cream Ada Semua Yang Saya Cari

Sebab itulah selama bertahun saya menjadi pengguna setia Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature. Moisturizer ini memiliki kesemua ciri yang saya mahukan ada pada sesuatu moisturizer. Aqua Whitening Cream adalah moisturizer terbaik yang saya pernah pakai dan saya tak rasa ragu-ragu mahu terus gunakan kerana yakin dengan kebaikannya. Tapi apa yang bestnya Aqua Whitening Cream ini? 


Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik

1. Aqua-based dan lightweight. Saya sebolehnya berusaha memilih moisturizer yang bersifat water-based kerana kulit combination saya amatlah tak sesuai digandingkan dengan moisturizer jenis cream-based. Tambah memburukkan keadaan apabila milea seed dibawah mata saya boleh bertambah sekiranya saya salah memakai moisturizer. 



Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik

Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik
Bintik air terbentuk selepas olesan moisturizer dilakukan

Kelebihan Aqua Whitening Cream adalah ia water-based. Selain itu, ia juga ringan dan tak memberi rasa greasy atau coating pada kulit. Tak terasa seolah memakai moisturizer dan setiap kali sapuan pada wajah, saya akan nampak bintik air terbentuk. Seolah mengoles air pada wajah tapi dalam bentuk gel. Selepas cucian juga, tiada rasa licin pada kulit seolah semua gel diserap masuk ke dalam wajah.


2. Tekstur lembut dan mudah menyerap. Tekstur gel Aqua Whitening Cream yang lembut bukan saja memudahkan proses olesan di wajah malah juga turut mengurangkan iritasi, jadi ia amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Selain itu, moisturizer ini mudah diserap ke dalam kulit wajah, jadi saya tak perlu habiskan banyak masa untuk membuat rutin skincare.


Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik
Lightweight dan mudah menyerap


3. Tak berminyak, tak melekit dan tak menyumbat liang pori. Sesetengah moisturizer bukan sahaja meninggalkan kesan lekitan selepas dioles pada wajah malah turut menyebabkan muka kelihatan lebih berminyak daripada kebiasaan. Saya elakkan menggunakan moisturizer begini kerana ia boleh menyebabkan wajah saya nampak sentiasa basah dan berkilau. Sebab itu saya gunakan Aqua Whitening Cream kerana ia tidak melekit dan tidak juga berminyak, memang moisturizer yang sesuai untuk kulit berminyak! Ia juga tak menyebabkan sumbatan pada liang pori.

Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik
Muka tak berminyak dan nampak fresh selepas sapuan


Seharian Beraya Muka Tetap Kelihatan Bersih Berseri

Macammana Aqua Whitening Cream mengurangkan kesan kedutan dan mengembalikan keserian wajah? Sebenarnya, bahan utama yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream adalah niacinamide dan minyak biji Camellia Japonica. Niacinamide bertindak melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari manakala minyak biji Camellia Japonica pula merawat kerosakan sel dari dalam wajah.


Apabila muka dilindungi dari dalam dan luar, masalah kulit dapat dikurangkan. Selain itu, paras kandungan asid lemak yang tinggi membantu menyimpan air dalam kulit wajah bagi mengelakkan masalah kehilangan air sekaligus menjadikan muka lebih anjal dan kurang kedutan. Kulit juga tidak akan menghasilkan sebum berlebihan apabila cukup kelembapan. Ini mengelakkan kulit jadi berminyak dan liang pori tersumbat. Bila liang tersumbat, bersedialah dengan kemungkinan wajah akan ditumbuhi jerawat pula.


Muka Bersih Berseri Menjelang Raya dengan Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Terbaik

Sebab itu, saya perlukan moisturiaer sebagai persediaan menjelang Hari Raya nanti. Iyelah, tentu penat seharian nak berjalan ke rumah saudara mara nanti. Dengan pemakaian Aqua Whitening Cream secara consistent, saya yakin sel kulit wajah saya akan dipulihkan dari dalam dan wajah akan lebih berseri, tak berminyak dan kurang kedutan menjelang satu Syawal nanti. 


Beli Secara Online 

Tak susah nak dapatkan produk daripada Hansaegee Nature ini. Saya hanya buat belian secara online saja kerana produk buatan Korea ini memang tak dijual di mana-mana kedai fizikal. Jadi jangan risau untuk buat belian secara atas talian. Tambahan pula sekarang tengah ada sale sempena Ramadan, jadi kalau buat belian sekarang, kita boleh grab banyak discount dan free gift.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. brand ni dah semakin dikenali... dari situ dah nampak kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran hansaegee

    BalasPadam
  2. habis laa makin berseri seri raya nanti
    sik baik laa jauh
    kalu x kena huluq angpau
    😁😁😁

    BalasPadam
  3. lady pula pakai produk mylea.. ldy takut nak tukar produk lain bimbang tak kene dengan wajah..

    BalasPadam
  4. Setujuuu, harus cari produk yg sesuai dengan jenis kulit kita. Saya pun pakai yg water based kak, Krn kulit saya sensitif dan combination. Jadi tak cocok pakai yg cream.

    Hanya saja, Krn saya terbiasa melakukan 10 steps skincare routine, step paling akhir saat malam ttp pakai rose oil. Saya suka kalo rose oil Krn paginya tak buat wajah berminyak. Benar2 lembab segar.

    BalasPadam
  5. mama percaya prodk hansaegee mmg tak memudaratkan kulit mama. terasa lembut dan hydrate

    BalasPadam