Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil
Bagi sesetengah orang yang bekerja dan tiada masa nak memasak, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk membeli makanan bagi juadah berbuka puasa. Bila badan dah penat, kita pun tak kisah untuk berbelanja daripada memasak sendiri kan? Di musim yang dipenuhi dengan bazar Ramadan ini, jadi memang ramai yang tak terlepas daripada membeli di bazar.
Walau macammana pun mood boleh spoil kalau makanan yang dibeli tak memenuhi kehendak dan expectation kita. Bayangkan bila kita dah keluarkan duit untuk dapatkan makanan kegemaran yang nampak sedap semasa di bazar tapi bila balik dan makan di rumah, rasanya tawar dan tak kena dengan tekak. Terus putus angin nak makan. Tak pasal kita kena scam dengan rupa makanan.
Tapi ada banyak scam makanan yang berlaku di bazar Ramadan sekarang. Rasanya korang mesti dah pernah tengok antara gambar scam di bawah tapi tetaplah saya nak kongsikan juga. Saya ambil daripada internet termasuk twitter jadi korang just enjoy the photos la ye. Bulan Ramadan ini kita nak santai-santai saja, malas nak taip cerita berat-berat.
Nampak tu, kentang seketul dia letak..senang kerja |
Pernah baca di blog fanny, katanya kalau karipap di Indonesia memang ada yang letak bihun sebagai inti tapi kalau di Malaysia, ia consider rare sebab inti karipap di Malaysia biasanya cuma ayam, daging, kentang dan ikan. Jadi kalau jual karipap inti bihun memang kena pamerkan signage di atas meja supaya orang tak terkejut sangat.
This is rare! |
Kita mungkin dah biasa dengar karipap inti angin tapi kalau popia inti angin, pertama kali dengar kan?
Semua makanan mentah kita boikot melainkan makanan frozen. Kenapa nak beli di bazar kalau kita nak kena balik rumah dan masak semula makanan dibeli sebab penjual masak mentah. Kes makanan mentah ini tak tergunapakai untuk ayam dan daging saja. Kuih muih mentah dan buah-buahan mentah pun sama masuk dalam list. Eh, pengecualian kepada sayur-mayur la kot..
Ini namanya beli martabak percuma kain. Tapi taktau la kain tu kain lap meja ke atau kain lap tangan. Kalau rasa confident kain itu bersih, bolehlah makan martabak tu. Tapi kalau bagi pada saya, terpaksa masuk tong sampahla keduanya walaupun selalunya saya suka barang yang buy one free one ni.
9 Ulasan
tu laaa
BalasPadamnetizn dah cakap
kalau tak pandai memasak
jangan berniaga kat bazar ramadan
haihh...
peniaga jenis mcm ni lain tak bukan
BalasPadamfikir nak untung je
apa dia ingat pembeli ni tak nak untung?
kita byr kot
bkn beli guna daun kering...
sy baru g bazar mggu lps
tapi beli yg msk kat situ
so bleh nmpk dpn mata
lagi satu cari penjual yg dah familiar
jenis2 BBNU kat bazar ramadan ni
tolak tepi...
setakat ni Ana blm jejak lagi Bazar Ramadhan.. byk msk di rumah aje sbb lebih terjamin bersih & selamat tu hehe
BalasPadamada jugak kecewa, tapi takdelah sampai tahap nak viralkan. kalau lauk-pauk saya masaklah sendiri, tapi murtabak memang kena beli, tak kuasa nak byat. hihi
BalasPadamSemua makananya emang menggoda, kecuali daging mentah.
BalasPadamWah sama kak, kalau beli makanan sudah ekspektasi tinggi rasanya enak, tapi ternyata sama sekali tidak ada rsa, pasti kecewa berat
Giler la org yg berniaga mcm ni.. pikir nak untung semata-mata.. tak kesah pasal yg membeli.. dah la penat berpuasa seharian.. buka makanan mood spoil..
BalasPadamHahahahahahahha, memang yg begini banyaaaak sangat kak 🤣🤣🤣. Terlihat tempting kan, pas dicoba urut dada lah 😂.
BalasPadamTapi saya benci sangat kalo beli martabak dan isinya bawang semua 🤣🤣. Confirm saya blacklist sellernya 😅
Betul sekarang ini kena hati-hati beli makanan di bazar.
BalasPadamaduyai sedihnya tgk diorg niaga macam ni, tak baik la buat mcm tu kat org puasa
BalasPadam