Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Salam Ramadan ke 14 kawan-kawan.


Jadi macammana dengan puasa korang? Okay tak okay tu? Sepanjang bulan puasa ni, saya baru dua kali jejakkan kaki di bazar, itu pun sebab balik ke kampung. Dah alang-alang balik kampung tu kami singgah ke bazar dulu untuk beli menu berbuka puasa untuk makan di rumah mak. Alhamdulillah saya masih belum terkena lagi dengan makanan tak sedap dan tak masuk akal macam ramai yang kongsikan di twitter. Korang ada tengok tak?

Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Kalau dulu kami selalu keluar beli makanan di bazar hampir setiap hari sebab rasa masakan di bazar semua sedap-sedap tapi sekarang rasanya saya masak lagi sedap. Hahah..isi bakul angkat sendiri la, mana ada orang nak puji kan. Kalau dulu kita excited nak cuba macam-macam makanan di bazar tapi bila dah jadi orang lama ni rasa macam takde makanan lain ke nak jual? Sama je sini sana jual benda yang sama je.


Sebab itulah saya ambil inisiatif untuk memasak sendiri bila nak makan melainkan kalau makanan tu memang susah sangat nak buat. Kalau macam onde-onde, puding atau percik ayam..baiklah saya masak sendiri. Tapi kalau nasi kerabu, laksa penang atau ketupat..saya pilih untuk beli sajalah. Nak prepare barang pun bukan main payah, tambah pula nak memasak. 

Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Bagi sesetengah orang yang bekerja dan tiada masa nak memasak, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk membeli makanan bagi juadah berbuka puasa. Bila badan dah penat, kita pun tak kisah untuk berbelanja daripada memasak sendiri kan? Di musim yang dipenuhi dengan bazar Ramadan ini, jadi memang ramai yang tak terlepas daripada membeli di bazar. 


Walau macammana pun mood boleh spoil kalau makanan yang dibeli tak memenuhi kehendak dan expectation kita. Bayangkan bila kita dah keluarkan duit untuk dapatkan makanan kegemaran yang nampak sedap semasa di bazar tapi bila balik dan makan di rumah, rasanya tawar dan tak kena dengan tekak. Terus putus angin nak makan. Tak pasal kita kena scam dengan rupa makanan.


Tapi ada banyak scam makanan yang berlaku di bazar Ramadan sekarang. Rasanya korang mesti dah pernah tengok antara gambar scam di bawah tapi tetaplah saya nak kongsikan juga. Saya ambil daripada internet termasuk twitter jadi korang just enjoy the photos la ye. Bulan Ramadan ini kita nak santai-santai saja, malas nak taip cerita berat-berat. 

Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil
Nampak tu, kentang seketul dia letak..senang kerja

Pernah baca di blog fanny, katanya kalau karipap di Indonesia memang ada yang letak bihun sebagai inti tapi kalau di Malaysia, ia consider rare sebab inti karipap di Malaysia biasanya cuma ayam, daging, kentang dan ikan. Jadi kalau jual karipap inti bihun memang kena pamerkan signage di atas meja supaya orang tak terkejut sangat.


Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil
This is rare!

Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Kita mungkin dah biasa dengar karipap inti angin tapi kalau popia inti angin, pertama kali dengar kan?


Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Semua makanan mentah kita boikot melainkan makanan frozen. Kenapa nak beli di bazar kalau kita nak kena balik rumah dan masak semula makanan dibeli sebab penjual masak mentah. Kes makanan mentah ini tak tergunapakai untuk ayam dan daging saja. Kuih muih mentah dan buah-buahan mentah pun sama masuk dalam list. Eh, pengecualian kepada sayur-mayur la kot..


Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Ini namanya beli martabak percuma kain. Tapi taktau la kain tu kain lap meja ke atau kain lap tangan. Kalau rasa confident kain itu bersih, bolehlah makan martabak tu. Tapi kalau bagi pada saya, terpaksa masuk tong sampahla keduanya walaupun selalunya saya suka barang yang buy one free one ni.


Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil

Walaupun kita suka makanan yang diimprovise tapi kalau letak inti karipap dalam tauhu bergedil, yang ni kita tak berapa suka dik. Macammana nak cicah kuah kicap bila dalam inti dah rasa kari? Aih, peliklah tukang jual pun. Tak taste dulu ke macammana rasanya..

Makanan Bazar Ramadan yang Bikin Mood Spoil


Tak pasti macammana tukang jual boleh claim kata martabak daging padahal lebih kepada martabak bawang. Mungkin saiz daging sekecil kuman kot kat dalam martabak tu. Jenuh nak main cari-cari di balik helaian bawang pula.


Jadi sebagai conclusionnya kita boleh simpulkan yang orang Malaysia ni memang mudah terpedaya dengan rupa. Bukan orang lain, orang Malaysia tu termasuk saya juga. Tapi siapa je yang tak terpedaya bila nampak packaging cantik, appearance kuih pun menggiurkan tapi bila makan rupanya kena scam. Sabar ye kawan-kawan di bulan Ramadan ni..

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. tu laaa
    netizn dah cakap
    kalau tak pandai memasak
    jangan berniaga kat bazar ramadan
    haihh...

    BalasPadam
  2. peniaga jenis mcm ni lain tak bukan
    fikir nak untung je
    apa dia ingat pembeli ni tak nak untung?
    kita byr kot
    bkn beli guna daun kering...
    sy baru g bazar mggu lps
    tapi beli yg msk kat situ
    so bleh nmpk dpn mata
    lagi satu cari penjual yg dah familiar
    jenis2 BBNU kat bazar ramadan ni
    tolak tepi...

    BalasPadam
  3. setakat ni Ana blm jejak lagi Bazar Ramadhan.. byk msk di rumah aje sbb lebih terjamin bersih & selamat tu hehe

    BalasPadam
  4. ada jugak kecewa, tapi takdelah sampai tahap nak viralkan. kalau lauk-pauk saya masaklah sendiri, tapi murtabak memang kena beli, tak kuasa nak byat. hihi

    BalasPadam
  5. Semua makananya emang menggoda, kecuali daging mentah.

    Wah sama kak, kalau beli makanan sudah ekspektasi tinggi rasanya enak, tapi ternyata sama sekali tidak ada rsa, pasti kecewa berat

    BalasPadam
  6. Giler la org yg berniaga mcm ni.. pikir nak untung semata-mata.. tak kesah pasal yg membeli.. dah la penat berpuasa seharian.. buka makanan mood spoil..

    BalasPadam
  7. Hahahahahahahha, memang yg begini banyaaaak sangat kak 🤣🤣🤣. Terlihat tempting kan, pas dicoba urut dada lah 😂.

    Tapi saya benci sangat kalo beli martabak dan isinya bawang semua 🤣🤣. Confirm saya blacklist sellernya 😅

    BalasPadam
  8. Betul sekarang ini kena hati-hati beli makanan di bazar.

    BalasPadam
  9. aduyai sedihnya tgk diorg niaga macam ni, tak baik la buat mcm tu kat org puasa

    BalasPadam