Subuh Macam Jumaat di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Suami selalu ajak saya solat jemaah Subuh di masjid. Tapi kekangan saya adalah nak berkejar untuk siapkan anak ke sekolah selepas siap solat. Jadi pada hari biasa, suami hanya akan bawa anak-anak bersamanya untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Tapi pada hari Jumaat, saya akan turut serta.


Sejak Alif Satar popularkan hashtag Subuh macam Jumaat, saya belum berkesempatan untuk pergi ke masjid yang ada anjurkan aktiviti begini. Masjid yang saya pergi untuk Solat Subuh kebiasaannya tak sediakan makanan atau aktiviti selepas solat kecuali tazkirah. Tapi bila dengar ada masjid yang akan buat program Subuh macam Jumaat ini di Terengganu, suami tak tunggu panjang terus ajak saya untuk pergi sama.


Meskipun dah beberapa hari saya sakit kepala, tapi sebab suami excited nak join Subuh macam Jumaat, jadi saya layankan saja. Balik rumah selepas itu memang melepek saya tidur sampai ke tengahari :P


Subuh Macam Jumaat Kami Yang Pertama

Kali pertama saya join Solat Subuh macam Jumaat adalah semalam. Beberapa hari sebelum pergi, suami dah ingatkan kami untuk bangun awal pada Jumaat ini kerana perjalanan kami jauh untuk ke Masjid Al-Wathiqubillah yang terletak hampir satu jam perjalanan daripada rumah. Jadi kalau ikut plan kami kena bangun jam 4 pagi untuk bersiap..mak aii..


Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Pada hari kejadian, kami terlajak bangun jam 4.30 pagi. Tapi saya masih bermalasan sebab saya sebenarnya berharap suami malas nak ke masjid pada pagi itu. Jadi saya bergerak dengan super perlahan. Perlahan ambil baju, perlahan iron tudung, perlahan dalam semua benda lah maksudnya. Tambah melambatkan keadaan bila anak-anak pun jadi super perlahan juga, semua dalam mode bermalasan kecuali suami.


Jadi kami terlewat nak ke masjid. Sepatutnya jam 5 pagi kami perlu keluar daripada rumah tapi pada hari itu, kami mulakan perjalanan ke masjid pada jam 5.15 pagi. Saya agak tentu kami akan sampai pada saat imam sedang solat nanti. Padan muka diri sendiri. Harapnya tak terlalu lambatlah untuk dapat solat jemaah bersama imam. Masuk saja dalam kereta, anak-anak sambung tidur. Saya yang mengantuk berusaha tahan mata supaya tak tertidur kerana saya dah berwuduk sebelum keluar rumah.


Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Walaupun perjalanan kami agak jauh tapi tak sangka kami sempat tiba di masjid sebelum imam alunkan azan Subuh. Suasana tenang dengan jalan yang lengang jadikan perjalanan kami ke masjid menjadi lancar. Lampu isyarat juga seakan-akan faham dengan tujuan kami dan berikan kami lampu hijau di sepanjang perjalanan. 


Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus Terengganu

Sebaik tiba di Masjid Al-Wathiqubillah, saya agak kehairanan bila lihat ramai orang berada di depan tangga masjid dan bukannya berada di dalam masjid. Kenapa duduk di luar? Tak muatkah dalam masjid? Bila turun daripada kereta, baru saya tahu rupanya mereka sedang mengaminkan doa. Saya tahu pun bila dengar sendiri bacaan doa berkumandang menggunakan pembesar suara masjid. Entah kenapa bacaan doa diaminkan di luar masjid tidak di dalam.


Saya agak tentu mereka baru sampai dan bergambar beramai-ramai kemudian imam mulakan bacaan doa sebelum masuk ke dalam masjid (saya agak saja). Ruang parkir di bahagian wanita juga sudah penuh, jadi suami terpaksa parking kereta agak jauh dan kami berjalan kaki bersama untuk masuk ke dalam masjid. Memang ramai yang pergi ke masjid pagi itu, termasuk kaum wanita yang turut sama mengheret anak-anak sama seperti saya.


Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus
Jam 6 pagi masih gelap, hairan kenapa ramai di luar masjid

Sebaik masuk ke dalam masjid, saya dapatkan tempat untuk duduk. Memang saya tak buat tahiyatul masjid kerana waktu azan dah hampir tiba lagipun ruang masjid agak terhad kerana bilangan jemaah wanita yang ramai. Apabila azan berkumandang baru saya teringat yang anak-anak dah tidur masa dalam kereta tadi, jadi mereka perlu ambil wuduk kembali. Lalu, saya bawa anak-anak keluar untuk cari tempat untuk berwuduk. Nasib baiklah tempat wuduk dan tandas wanita hanya terletak di depan pintu masuk ruang solat wanita sahaja. Tak perasan pula saya waktu masuk sebelumnya. 


Tazkirah Pendek Buat Kami Insaf

Selesai solat jemaah, kami dengar pula tazkirah pendek yang disampaikan oleh imam. Imam ceritakan tentang kisah seorang wanita yang ingin bertaubat dan datang bertemu dengan Nabi Musa. Wanita tersebut telah berzina dan hamil. Bila anaknya lahir, wanita tersebut mencekik bayinya sehingga mati. Bila dengar saja pengakuan wanita tersebut, Nabi Musa lantas menghalau wanita tersebut.


Lalu turunlah malaikat Jibril dan datang berjumpa dengan Nabi Musa. Jibril beritahu Nabi Musa bahawa ada lagi orang yang lebih jahat berbanding wanita tersebut. Nabi Musa kehairanan dan tanya kembali pada Jibril. Nak tau Jibril jawab apa? Baca sampai habis..muahahhaha..jadi kejam sikit. Last nanti saya bagitau jawapan okeh.


Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Imam sampaikan dua buah cerita yang buatkan saya dan Auni tersenyum berdua. Saya sakat Auni dengan cerita ustaz, memang tersenyum-senyumlah dia. Cerita kedua pun tak kurang bestnya. Memang terkena atas batang hidung kami berdua. Tapi kalau nak cerita, panjang pula. Saya skip sajalah cerita kedua.


Aktiviti Lepas Solat

Selesai solat, kami makan hidangan yang disediakan oleh pihak masjid di ruang kaki lima masjid. Saya ambil nasi lemak, roti dan keropok dan diminum bersama air milo dan nescafe (walaupun boikot tapi minum jugak sebab ini saja yang ada). Rupa-rupanya pihak masjid anjurkan Solat Subuh macam Jumaat pada hari itu dengan kehadiran RXZ members sebagai tetamu bagi menjayakan lagi program. Patutlah masa sampai ada banyak geng bermotor di ruang parking, rupanya geng RXZ.


Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Menurut pihak pengurusan masjid, kehadiran jemaah pada pagi itu adalah seramai 2,000 orang mengalahkan kehadiran jemaah paling ramai sewaktu solat Jumaat iaitu sebanyak 700 orang sahaja. Ma shaa Allah, betul-betul dapat sambutan hangat. Alhamdulillah kerana kami juga terpilih untuk jadi salah seorang yang dipanggil oleh Allah untuk solat di Masjid Al-Wathiqubillah pada pagi itu.


Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Subuh Macam Jumaat Kami di Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus

Selesai makan, kami bergambar di masjid dan terus ke taman permainan berdekatan untuk beri peluang anak-anak bermain. Perut dah kenyang, aktiviti riadah pun dah dibuat, akhirnya kami menaiki kereta untuk balik ke rumah. Eh, ingatkan mahu balik ke rumah rupanya suami bawa kami ke KTCC Mall pula. Aktiviti belum berakhir nampaknya. Tak sangka pula masa di KTCC Mall, ada cerita yang berlaku. Hari kami kebiasaannya berakhir dengan baik setiap kali kami mulakan pagi dengan solat Subuh berjemaah di masjid. Ma shaa Allah.


Untuk sambungan cerita di atas, orang yang paling jahat adalah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Sebab itulah Auni asyik tersenyum-senyum masa imam bercerita, sebab dia selalu tinggalkan solat Isyak. Terasa lettew haha..

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Alhamdulillah... Seronoknya dapat solat di masjid... Semoga terus meriah subuh di masjid

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah seronok tu dapat berjemaah kat masjid.

    BalasPadam
  3. Lain macam suasana Subuh berjemaah di masjid. Hendak pergipun lancar sebab tiada trafik.
    Aduh! Rindu hendak buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, dulu masa kecik jalan kaki je pi solat jemaah kat surau. semoga ada kesempatan nak kerap pergi solat jemaah kan

      Padam
  4. salam kenal sis, :D.. sebak baca coretan ni.,.. teruja kan bila dpt lalui suasana berpagian di masjid.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah lain mcm betul ramainyaaa #SolatSubuhMacamJumaat

    BalasPadam
  6. byk pahala alif
    ajak orang buat baik
    tapi tu laa
    ada juga yg kondem
    haihhh

    BalasPadam
  7. jauh betul tu
    sampai nak dekat sejam
    macam mana boleh terfikir nak
    subuh kat sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab kat masjid ini je yang anjurkan #subuhmacamjumaat. jadi kitorang pergi sebab nak rasa feel tu macammana

      Padam
  8. Hebaaaat, jumlah jemaat nya bisa mencecah 2000 😍😍😍😍😍. Rasanya di sini blm banyak yg begitu kak 😔. Saya sendiripun jarang sholat dj mesjid. Selalu subuh di rumah.

    Semoga yaa kebiasaan baik ini menular ke seluruh penjuru Malaysia, dan harap2 bisa ke Indonesia juga. Meramaikan mesjid di saat sholat subuh.

    BalasPadam
  9. Dugaan untuk solat Subuh berjemaah amat berat kerana hasutan syaitan tahap maksimum masa tu..belul lagi diuji soal ikhlas atau tidak...namun semuanya atas taufik dan hidayah daripada Allah SWT

    BalasPadam
  10. Masjid ni yang kat Pusat Islam tu kan rini? Kalau yang itu Adda pernah la sampai. Memang luas dan cantik masjid ni. Alhamdulillah Allah izin rini sekeluarga dapat ikut jemaah Subuh walalupun awal2 dah perlahan kan? hihi..lawak la rini ni..

    BalasPadam