Buat Live Shopee Review | Hari Ini Hari Ketiga Saya Buat Live

Hari ini adalah hari ketiga saya buat live streaming di Shopee. Walaupun cuma setengah jam tapi tetap terasa lama. Ada banyak juga perkara yang saya belajar bila dah buat live di Shopee.


Saya yang biasanya kelu lidah bila nak buat live dan berinteraksi dengan orang, eh dah makin lancar pula berkata-kata tadi. Saya bantai ceritakan semua benda yang saya ada di rumah walaupun yang melihat hanyalah saya seorang..haha..


Buat Live Shopee Review

Sebenarnya saya dalam keterdesakan untuk buat live memandangkan ada barang yang saya nak beli di Shopee. Tapi saya tak mahu beli dalam live orang lain bila saya boleh buat live sendiri dan collect komisen belian. Banyak juga barang yang saya nak beli jadi saya paksa diri buat live demi komisen dan untuk dapatkan harga lebih murah selepas tolak diskaun yang dibeli dalam live. 


Eh, sebelum ada yang tanya..saya jawab siap-siap ya. Saya beli guna akaun suami bukan guna akaun sendiri. Dan barang yang saya beli adalah barang yang nak digunakan di kedai, jadi saya letak alamat kedai sebagai penerima. Bagi yang tak tahu, jika order yang diterima adalah menggunakan alamat yang sama di bawah satu bumbung dengan SA, ia dikira sebagai satu kesalahan.


Buat Live Shopee Review | Hari Ini Hari Ketiga Saya Buat Live


Lagipun azam tahun baru saya sebelum ini kan nak tambah pendapatan dengan Shopee, jadi saya kena redah saja. Teringat satu kata-kata seorang Youtuber yang berkongsi semangat di Twitter, katanya 'beberapa tahun lalu dia sangat takut untuk bercakap di hadapan orang, jadi dia buat channel Youtube yang perlukan dia bercakap di depan kamera'. Sekarang dia punya jutaan pengikut di Youtube.


Apa yang saya belajar daripada beliau (maaf saya lupa siapa namanya) adalah we must challenge our fears. Kalau kita takut bercakap depan orang ramai, kita kena bercakap di hadapan orang ramai. Kalau kita takut tempat tinggi, kita kena pergi ke tempat tinggi. Masalah utama kita adalah tak mahu berubah kerana berada di zon selesa. Sayalah tu..hehe. Nak buat satu perubahan itu memang susah betul.


Hari Ini Hari Ketiga Saya Buat Live

Walaupun saya lambat bermula tapi tak mengapalah. Ramai SA beritahu live streaming Shopee sekarang dah tak berapa menarik. Kalau dulu banyak voucher belian diberi oleh Shopee termasuk kelebihan pop up window live semasa SA buat live stream tapi sekarang semua kelebihan itu ditarik balik oleh pihak Shopee. Kalau nak dapat kelebihan tertentu, SA kena buat bayaran tertentu kepada Shopee.


Saya nak praktis beranikan diri bercakap dengan orang ramai dan jana komisen daripada barang yang saya nak beli. Kalau kebetulan ada barang yang saya masukkan dalam beg orange yang viewer lain nak beli, mereka boleh terus checkout dan ada rezeki lebih saya untuk dapat komisen. Jika tak, saya masih boleh beli barang yang saya mahukan dengan harga diskaun dan dapat komisen live. Ha gitu..


Untuk pengalaman buat live, saya rasa paling worst adalah pada hari kedua saya buat live. Saya plan nak live selama setengah jam tapi dapat live hanya selama 10 minit sebab saya agak gabra takde persiapan dan terkejar-kejar nak ambil anak balik sekolah pada masa yang sama. Live terbaik saya adalah pada hari ini bila saya lebih yakin nak intro barang yang saya ada dan bercakap tanpa henti walaupun hanya saya je penontonya..muahahaha..


Panduan untuk Buat Live

Tak layak pun saya nak kongsi tips cara buat live stream di Shopee tapi sebagai orang yang baru bermula, saya rasa semua pemula live di Shopee kena tahu tentang beberapa panduan ini. Walaupun kita rasa macam 'oh, yang ni saya tau ni' tapi bila sampai masa nak buat live, eh semua hilang ditelan usia. 


1. Saya memang tak tahu macammana caranya nak tengok berapa komisen yang kita boleh dapat bila jual barang di Shopee Live. Jadi saya ketuk tingkap Facebook Ardini Humaira untuk tanya tentang hal ini. Nasib baik Dni dengan baik hati kongsikan ilmu tentang live. Sebenarnya saya pun baru tau yang Dni juga buat Shopee live dan boleh dikira master sifu juga kerana dah lama terlibat dengan live. 


Buat Live Shopee Review | Hari Ini Hari Ketiga Saya Buat Live
Kat sinilah nak tengok komisen jualan

Jadi sebelum mula buat live, semak dulu berapa komisen yang kita boleh dapat jika jual barang dalam live nanti. Sebagai contoh, kebanyakan barang makanan dalam Shopee tak beri komisen jika dijual melalui live tapi ada komisen diberi jika dijual melalui sosial media. Pelik kan? Jadi kena tengok betul-betul di bahagian ini, takut nanti bila nak kira komisen rasa sedih pula sebab komisen jualan tak dapat.


2. Buat persediaan awal dan jangan live jika masa sedang mencemburui kita (amboih). Pilih masa bertenang untuk buat live. Ini hasil pengalaman sendiri. 


3. Jual barang yang kita dah familiar daripada jual barang yang kita tak berapa tahu. Dalam beg oren saya sebaik mungkin masukkan barang yang saya guna sebab senang nak perkenalkan barang nanti. Walaupun takde siapa yang mendengar masa saya explain tentang produk tapi bot Shopee ada ye. Risau akaun saya kena suspend kalau saya tak intro tentang barang. Jadi nak pastikan sentiasa ada suara, saya teruskan bercakap walaupun takde yang mendengar.


Tapi sebenarnya kalau dah jadi SA biasanya ada manager yang handle SA baru ini tentang hal Shopee tapi entah kenapa saya jadi SA tanpa manager. Saya pun tak tahu macammana nak cari manager Shopee saya sebab sedar-sedar dapat invitation buat live. Sebab itulah saya terpaksa belajar sendiri dalam group dan join kelas onboarding. Btw saya ada onboarding esok, harap tak lupa untuk join.


Tak tahulah berapa lama saya akan buat live, doakanlah saya murah rezeki dan jadi lebih berani lepas ini okeh. Thank you support ye korang (ayat sebelum keluar live walaupun sebenarnya takde orang tengok hehe)..

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. waa... sy selalu juga tgok live shopee... kot kot manatau sy ternampak live sis hehe

    BalasPadam
  2. Cie baru je terjebak tengok live Shopee. Harga murah betul banyak diskaun.

    BalasPadam
  3. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    BalasPadam
  4. All the best tau.. Diah selalu practice dekat TikTok je.. Shopee belum pernah cuba lagi

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..Linda folo sini balik ya
    wah, tahniah sis Rini, moga sukses ya...
    linda nk tgok live pun x dan, inikan pulak nk buat live...kikiki

    BalasPadam

  6. Akhirnya live juga ya kak di Shopee. Aku masih belum percaya diri kalau diminta Live, seperti di TikTok kemarin. Ada brand yang ingin saya live promo produknya, tapi tidak prcaya diri menampilkan wajah hehe

    Semoga Kak Rini lancar terus livenya. Banyak dapat komisi dan sukses selalu

    BalasPadam
  7. tahniah tahniah! biasa laa tu. mula2 mmg akan ada mcm2 cabaran. sbb benda kita x biasa/x penah buat. kalau sekali buat je dah sng...x thrill laa kan hidup ni...

    BalasPadam
  8. pukul brapa buat live tu?
    part ni pun penting jg...
    waktu rehat org bekerja, sekitar jam 8-9pm dan sebelah ptg (weekends) antara waktu yg sesuai utk buat liv. kiranya crowd ramai aktif online pd waktu tu..

    BalasPadam
  9. wahhhhh bukan mudah nak beranikan diri buat Live Streaming jual barang.. moga akak terus maju & dpt capai target aminnn~

    BalasPadam
  10. Wahh bgtau sesiap kol bape live, boleh support.. Tahniah rin sbb berani.. Klo kite gigil ai

    BalasPadam
  11. benda yang masih tak berani Adda nak buat. HUwaaaa

    BalasPadam