Boikot Kurma Israel yang Dijual di Malaysia

Sedang saya menaip di komputer, masuk satu mesej daripada abah dalam group whatsapp keluarga. Saya buka mesej tersebut dan lihat ada senarai nama kurma Israel yang perlu diboikot dihantar oleh abah. 


Memandangkan bulan puasa dah hampir tiba dan jualan kurma akan meningkat naik nanti, saya nak kongsikan pada kawan-kawan antara senarai jenama kurma yang kita perlu boikot kerana ia hasil tarahan Israel daripada tanah suci Palestin. 


Boikot Kurma Israel yang Dijual di Malaysia

Sebelum kita ke senarai kurma Israel untuk diboikot, biar saya terangkan sedikit tentang kurma. Kurma ada pelbagai jenis. Yang biasa kita dengar salah satu daripadanya adalah kurma Ajwa. Selain itu ada juga kurma Safawi, Mazafati, Medjool (Medjoul) dan pelbagai lagi yang dikelaskan mengikut bentuk dan kelembapan masing-masing. Walau bagaimanapun, saya hanya nak berkongsi maklumat mengenai kurma Medjool.


Kurma Medjool Israel

Kurma Medjoul atau dieja juga sebagai Medjool banyak dijual di Malaysia. Berita tak bestnya adalah tiga daripada empat kurma Medjool yang terdapat dalam pasaran dihasilkan di Israel. Ini kerana kurma adalah tanaman paling menguntungkan Israel dan Israel merupakan pengeksport kurma kedua terbesar di dunia. Jika kita membeli kurma Medjool, kemungkinan besar kita membeli kurma Israel adalah tinggi. 


21 Kurma Boikot Israel yang Dijual di Malaysia

Melihat pada label sahaja tak menjanjikan kita tak membeli kurma Israel. Ini kerana Israel pernah ditangkap memalsukan label pada bungkusan dengan menyatakan produk yang dijual adalah keluaran negara lain termasuk Palestin. Malah ada juga bungkusan yang diletakkan bendera Palestin dan ditulis 'Buatan Palestin' meski tidak dikeluarkan di Palestin (sumber dari inminds.com).



Hadiklaim, seorang pengeksport Israel beritahu palet kotak kurma di gudang pembungkusannya dilabel 'Palestin - Jericho' kerana klien tak mahu nama Israel diletakkan di kotak.


Tiadakah kurma yang dihasilkan di Palestin? Tentulah ada, Palestin juga mengeksport kurma Medjool. Antara jenama kurma Medjool keluaran Palestin adalah Yaffa dan Zaytoun. Walau pun begitu, harga kurma keluaran Palestin adalah lebih mahal kerana proses penghasilannya yang sukar akibat diganggu oleh Israel. Mereka membakar pohon kurma serta mencuri dan menembak rakyat Palestin yang ingin memetik kurma. Rakyat Palestin juga dikenakan bayaran yang tinggi sekiranya ingin menggunakan pelabuhan untuk mengeksport kurma keluar.


Boikot Kurma Israel yang Dijual di Malaysia


Sekiranya awak bimbang terbeli kurma keluaran Israel..sebaiknya elakkanlah membeli kurma medjool. Selain itu, di bawah adalah senarai kurma boikot hasil keluaran Israel dan sekutunya yang boleh dielakkan.


Senarai Kurma Boikot Israel

  1. Bomaja
  2. Carmel Agrexco
  3. Delilah
  4. Desert Diamond
  5. Hadiklaim
  6. Jordan Plains
  7. Jordan River
  8. King Solomon
  9. Paradise Dates
  10. Rapunzel
  11. Red Sea
  12. Royal Treasure
  13. Shams
  14. Tamara
  15. King Medjoul
  16. Medjoul Plus
  17. Mehadrin
  18. Galilee
  19. AgriFood Marketing
  20. Navafresh
  21. Tesco Dates


Menjelang Ramadan yang mulia nanti, jomlah kita bantu saudara Palestin dengan tak membeli barangan daripada Israel. Lagipun Israel sendiri mencuri tanah Palestin dengan cara menghalau penduduk Palestin keluar daripada negara asal mereka, apa mungkin kita akan beli barangan yang dihasilkan di atas tanah hasil curian Israel dan menggunakannya?

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. insya-Allah...semoga jihat kecil kita membantu saudara kita di Palestin..aamin

    BalasPadam
  2. tak silap 2022 kot sy dpt info fasal kurma dr israel ni. nak elak waswas, kirim je kat sapa2 yg g umrah/haji. tolong belikan kurma dari sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi senang macam tu wak, saya minggu lepas pergi beli kurma timbang..tak ambil dah dalam kotak sebab nak elak daripada beli israhell punya

      Padam
  3. yusuf taiyoob import kurma dari iran kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas saya google, katanya yusuf taiyoob import kurma dari macam2 negara macam iran, dubai, saudi, etc wak

      Padam
    2. ok juga tu
      time bulan puasa ni kita boikot kaw2 kurma israhell ni! #jihaduntukramadan

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. macam familiar betul kotak kurma ni...pernah beli ke ntah? atau pernah dapat percuma ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun rasa macam familiar. tapi tu lah tu nasib baik dah lama. lepasni memang nak cuba elak la brand israhell ni

      Padam
  5. aduhai moga dijauhkanlah drpd terbeli kurma israel hermmm

    BalasPadam
  6. Tak sangka mereka juga kuasai tanaman kurma dan ambil keuntungan dengan menjual kepada orang Islam...nasib baik ada senarai tersebut dan boleh kita elakkan terbeli produk Israel

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun baru tau. tak terfikir pun sebelum ni israhell pun ada eksport kurma

      Padam
  7. dah la curi tanah orang..hasil tanah tu pun depa songlap buat jual..buruk betul perangai

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pasal. bangsa paling taktau malu, busuk hati, busuk jiwa jugak. semoga Allah laknat zionist

      Padam
  8. Thanks. Tidak terfikir pasal kurma.

    BalasPadam
  9. mama perlu ingat semua nama ni. tak ingin beli. bilalah israhell ni nak ke hell ye. kesian sgt tgk saudara kita di palestine

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, panas hati bila tengok diorang sengaja bom palestine untuk wipe out mereka dari tanah sendiri. israel is the real terrorist

      Padam
  10. Saya nak cek juga apa kurma2 itu masuk ke Indonesia tak. Saya sebenarnya tak suka kurma kak. Tapj kalo diolah jadi jus atau kue, saya suka.

    Walo tak suka buahnya, dan tak pernah beli juga, tapi terkadang selalu ada tetangga yg bagi. Makanya nak cek apa brand nya 😅. Memang tak nak kalo kurma yg berasal dr israhell itu lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak suka sangat kurma sebab manis fanny tapi tiap kali ramadan, saya blend kurma dalam susu untuk jadikan jus. minum waktu sahur memang boleh bagi tenaga dari pada sampai petang

      Padam
  11. rasanya macam dah lama terbeli produk mereka ni... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun rasa saya ada terbeli tapi itulah, susah juga nak tengok packaging. sekarang saya beli kurma timbang je. senang hati tak payah nak tengok packaging brand support israel ke tak

      Padam
  12. sy jarang beli kurma lain.. sy beli kurma ajwa saja

    BalasPadam